Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sl orang yg memegang harta benda kerajaan; 2. perdana menteri, wazir; 3. menteri dlm permainan catur; perbendaharaan 1. khazanah (tempat simpanan harta benda negara): pejabat ~; 2. kekayaan (harta benda, barang-barang, dll): jika laksamana itu hidup, seumpama kita mendapat ~ di muka bumi; Imam Hanafi, Maliki, Shafii telah meninggalkan ~ hukum atau undang-undang yg amat banyak kpd kita; ~ kata-kata Melayu keseluruhan kata-kata Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 orang besar yg mengendalikan harta benda negara atau raja. 2 menteri yg menjadi ketua kpd men-teri-menteri lain; perdana menteri. perbendaharaan 1 tempat menyimpan harta benda negara. 2 kekayaan (spt harta benda, barang-barang). ~ kata a. keseluruhan kata yg membentuk sesuatu bahasa. b. kata-kata yg diketahui atau yg digunakan oleh seseorang: Penyusun kamus mestilah mempunyai ~ kata yg luas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bendahara


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BENDAHARA

BENDAHARA, dalam tradisi Sanskrit bererti tuan perbendaharaan. Dalam sejarah kuno Sumatera dan Pulau Jawa, jawatan ini merupakan bendahari kepada kerajaan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PANGERAN BENDAHARA

PANGERAN BENDAHARA, salah satu jawatan wazir dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei.  Sejak zaman pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1605-1619), dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei terdapat empat orang wazir, iaitu Duli Pangeran Bendahara, Duli Pangeran Digadong, Duli Pangeran Temenggung dan Duli Pangeran Pemanca.  Di bawah wazir, terdapat 60 ceteria (sateria), iaitu empat kepala ceteria, lapan ceteria besar, 16 ceteria pengelasan, dan 32 ceteria damit (kecil).  Di bawah ceteria, terdapat jawatan kesetiawanan daripada kalangan rakyat biasa.  Jawatan tertinggi ialah Pehin Datu Perdana Menteri (1), Ketua Menteri (2), Kepala Menteri (4), Menteri Pengelasan Besar (8), Menteri Pengelasan Biasa (16) dan Menteri Pengelasan Damit-kecil (32).  Beberapa jawatan Menteri Dagang juga diwujud dan dikurniakan kepada orang asing, misalnya Datu Saudagar, ketua orang India dan Kapitan Cina, gelaran kepada ketua orang Cina.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
TUN MUTAHIRTUN MUTAHIR ( ? -1510), bendahara kerajaan Melayu Melaka.  Dia adalah anak Tun Ali dengan Tun Kudu, dan anak saudara kepada Tun Perak serta bapa saudara kepada Sultan Mahmud Syah (1488-1511).  Dia dilantik menjadi Temenggung semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488).  Semasa menjadi Temenggung, dia tidak dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan sehingga menyebabkan sultan menjadi murka.  Pada tahun 1500 dia dilantik menjadi Bendahara Melaka oleh Sultan Mahmud Syah atas cadangan Tun Senaja, bonda sultan bagi menggantikan Bendahara Tun Putih (1498-1500).  Setelah menjadi Bendahara, dia menggunakan gelaran Bendahara Seri Maharaja.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUN PERPATIH PERAMUKA BERJAJARTUN PERPATIH PERAMUKA BERJAJAR ( ? – ?), bendahara kerajaan Melayu Melaka.  Nama asalnya ialah Raden Bagus.  Mengikut Sulalatus Salatin, dia adalah putera sulung Raja Muda Melaka yang telah menggantikan ayahandanya Raja Iskandar Syah sebagai raja Melaka.  Dia adalah menantu bendahara Tun Perpatih Tulus, iaitu bendahara Melaka yang pertama.  Setelah Bendahara Tun Perpatih Tulus meninggal dunia, Raja Muda telah melantik Raden Bagus menjadi bendahara dengan gelaran Tun  Perpatih Peramuka Berjajar.  Dia dan pembesar-pembesar lain telah berusaha membantu raja Melaka membangun dan memajukan Melaka.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUN HABIB ABDUL MAJIDTUN HABIB ABDUL MAJID ( ? -1697), Bendahara Johor.  Dia juga dikenal sebagai Tun Abdul Majid.  Dia menjadi Bendahara Johor dengan gelaran Bendahara Seri Maharaja.  Terdapat dua versi mengenai keturunan Tun Abdul Majid.  Kedua-duanya dihubungkan dengan Syed dari Hadramaut.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KESULTANAN PAHANG

KESULTANAN PAHANG, institusi kerajaan Pahang. Kesultanan Pahang hari ini ialah keturunan Bendahara Siwa Raja Wan Ahmad yang diisytiharkan oleh pembesar negeri sebagai Sultan Pahang dengan gelaran Sultan Ahmad Al-Muazzam Syah. Baginda ditabalkan pada 12 Disember 1884. Dalam buku Sejarah Melayu dinyatakan Pahang di bawah pengaruh Siam dan ditadbirkan oleh Maharaja Dewa Sura. Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka, menghantar Bendahara Paduka Raja, Tuk Pikrama, Seri Bija Diraja dan Tun Bijaya Maha Menteri bersama-sama askar menyerang Pahang. Setelah Pahang dikalahkan, Seri Bija Diraja (Tun Hamzah) dilantik sebagai pemerintah Pahang. Setiap tahun Seri Bija Diraja menghadap Sultan Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
WAN MUTAHIRWAN MUTAHIR (  ?  -1863), Bendahara Seri Maharaja Pahang (1857-1863).  Dia ialah putera Bendahara Wan Ali yang telah dinaikkan pangkatnya sebagai Engku Muda pada tahun 1832.  Dia dikahwinkan dengan Tengku Chik, puteri Sultan Ahmad,  dari Terengganu.  Apabila Bendahara Wan Ali meninggal dunia pada tahun 1856, berlaku perang saudara antara anak-anaknya iaitu Wan Mutahir dan Wan Ahmad.  Punca perselisihan berpusat pada surat wasiat yang telah dirangka oleh Bendahara Wan Ali sebelum kematiannya.  Dia menegaskan bahawa putera kesayangannya, Wan Ahmad akan diberi kuasa mengawal Kuantan dan Sungai Endau. Wan Mutahir yang menaiki takhta pada tahun 1857 dengan gelar Bendahara Seri Maharaja tidak mengendahkan amanah ini.  Kegagalan Wan Mutahir menziarahi ayahandanya yang sakit tenat sebelum kematiannya memberikan Wan Ahmad peluang untuk mendapatkan haknya. Dikatakan bahawa Wan Mutahir adalah anak seorang gundik dan sebab itu dia tidak berhak menuntut takhta kerajaan. SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUN TEJAPermaisuri Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka dan anak bendahara pahang Seri Buana, bergelar Seri Amar Bangsa Diraja Pahang.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN AHMAD

SULTAN AHMAD ( ? - 1914), Sultan Pahang (1882 – 1914).  Nama sebenarnya ialah Wan Ahmad.  Dia adalah anak Tun Ali, Bendahara Pahang.  Wan Ahmad mengisytiharkan dirinya sebagai Bendahara Pahang berikutan kematian ayahnya pada tahun 1857.  Pengisytiharan ini menimbulkan pertelingkahan antara Wan Ahmad dengan Wan Mutahir tetapi berjaya didamaikan oleh pembesar Pahang.  Wan Mutahir diisytiharkan sebagai Bendahara Pahang dengan gelaran Bendahara Seri Maharaja.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SYAH IV

SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SYAH IV (? – 1721), Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang (1699 – 1718).  Nama sebenarnya ialah Tun Abdul Jalil.  Baginda menjadi bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja Johor semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah II (1685 – 1699).  Sultan Mahmud mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama pada tahun 1699 tanpa meninggalkan zuriat.  Justeru itu, Bendahara Tun Abdul Jalil melantik dirinya sebagai Sultan Johor dan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV.  Adinda baginda, Tun Mahmud, dilantik sebagai Raja Muda dan Tun Mas Anom sebagai Bendahara Seri Maharaja.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
1234

Kembali ke atas