Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bersilang-pangkah


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pangkah IItanda bersilang spt tanda darab (X). memangkah membuat tanda pangkah utk menandai jawapan yg salah dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pangkah IItanda bersilang spt tanda darab (X). memangkah membuat tanda pangkah utk menandai jawapan yg salah dll.Kamus Pelajar
pelorekan silang(crosshatching)Proses mengisi ruang grafik dengan corak garis bersilang atau pangkah.Kamus Komputer
silangbentuk pangkah spt bentuk tanda campur (+) atau tanda darab (x). ~ empat simpang empat di jalan-jalan. ~ kata teka-teki utk mengisikan huruf-huruf tertentu di dlm petak-petak yg di­sediakan. bersilang yg satu melin­tangi yg lain keadaannya; berbentuk spt bentuk tanda campur atau tanda darab: Dia memakai lencana dua bilah keris ~. me­nyilang memotong yg lain (bkn garis, jalan dsb). silang-menyilang berselisih atau berpapasan letaknya; palang-me­malang; bersimpang-siur (bkn jalan, ken­deraan dll). menyilangi (bkn garisan) me­­lin­tasi atau memotong garisan lain. me­nyi­langkan meletak­kan atau menyusun bersilang: Dia berbaring di atas katil sambil ~ tangan ke dada. persilangan 1 keadaan atau hal bersilang. 2 tempat pertemuan dua jalan raya atau lebih; per­simpangan. penyi­langan perbuatan, proses dsb menyilangi atau menyi­langkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
silang1. bentuk spt salib (pangkah, palang) yg miring letaknya, bentuk spt tanda darab; 2. = kayu ~ kayu palang, salib; ~ empat simpang empat (jalan); ~ gunting bentuk atau rajah yg bersengkelang; ~ kata sj teka-teki utk mencari perkataan (dgn mengisi huruf-huruf dlm petak-petak yg disediakan); ~ keris bahagian hujung ganja (keris) yg tajam, kepit; ~ pukang tidak tersusun (letaknya), lintang-pukang; ~-seli selang-seli; ~ selimpat kusut tidak menentu, kacau sekali; ~ selisih a) = ~ sengketa tidak sesuai (fikiran, pendapat, dll), bertikaian; b) berlawanan arah, simpang­-menyimpang; ~ berpangkal, kerja berjunjung = ~ ber­pangkal, kerakap berjumpa junjung prb dlm tiap-tiap pekerjaan mestilah ada ketua atau kepalanya supaya selamat; bersilang 1. bersengkelang (spt salib atau tanda darab): kedua-dua kakinya diangkat ke atas dan ia duduk bersila, kedua-dua tangannya ~ di tepi meja; 2. = silang-menyilang bersimpang-siur (jalan, moto­kar, dll), berpapasan (berselisih) letak atau duduk sesuatu, palang-memalang; ~ selisih berlawanan arah; menyilangkan, mempersilangkan menjadi­kan atau meletakkan bersilang: ia pergi ber­baring di atas tempat tidur sambil ~ kakinya; kedua-dua belah kakinya disilangkan dan digoyang-goyangkan bagai ekor ikan; silang-menyilang bersengkelang letak atau duduknya (pedang, keris, dll), bersimpang­ siur, berpapasan: awan di langit ~; tersilang disilangkan: ia berjalan mundar­-mandir dgn tangan ~ ke belakang; silangan sesuatu yg letaknya (bentuknya dll) bersilang, silang: mereka bersandar pd ~-~ papan yg sedang dikeringkan; persilangan 1. perihal bersilang; 2. tempat pertemuan (jalan raya dll), persimpangan; penyilangan perihal (proses atau perbuatan) menyilang atau menyilangkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas