Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; berbilas sudah dibilas; membilas membasuh atau mencuci sesuatu (tubuh, pakaian dll) utk kali kedua dan seterusnya sehingga bersih: setelah tujuh kali membasuh dgn air biasa, barulah dibilas dgn air yg ditapis; bilasan perihal membilas: sewaktu menghabiskan ~ kain baju itu, fikirannya tidak aman; pembilasan proses membilas; pembilas bahan atau alat utk membilas: utk menghilangkan kotoran, cuba campurkan secamca besar cuka ke dlm tiga gayung air ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kabur (mata). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; berbilas 1 mandi bagi kali kedua dgn air bersih; mandi dgn air tawar sesudah mandi di laut atau di kolam renang: Setelah mandi berenang-renang di laut, mereka ~ dahulu sebelum bertukar pakaian. 2 dibasuh bagi kali kedua atau seterusnya, atau dijirus dgn air supaya bersih: Pinggan itu belum ~ lagi, baru dicuci dgn sabun. membilas membasuh bagi kali kedua atau seterusnya dgn air bersih utk menghilangkan kotoran yg masih tinggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bilas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta tolong semak susunan perkataan di bawah adakah betul:- 1. Disyorkan agar mengecat satu lapisan dasar, diikuti minima dua lapisan cat Dulux. (atau "diikuti dua lapisan minima cat Dulux) 2. Jika terkena mata, bilas segera dengan banyak air (atau "air yang banyak" dan dapatkan nasihat perubatan. Harap pihak tuan / puan boleh memberi nasihat / cadangan secepat mungkin. Sekian, James

1.  Disyorkan pengguna mengecat satu lapisan dasar, diikuti dua lapisan minimum cat Dulux 

2.  Jika terkena mata, bilas segera dengan air yang banyak dan dapatkan nasihat perubatan.

Tatabahasa05.04.2019

Kembali ke atas