Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n Borneo. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Borneo


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah penggunaan kata yang tepat? Kepulauan Borneo atau Pulau Borneo. Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan, kepulauan membawa maksud sekumpulan pulau, gugusan beberapa buah pulau, contoh: Kepulauan Borneo. Manakala perkataan pulau pula membawa maksud tanah atau daratan dikelilingi oleh air (di laut, di sungai, dll). Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut adalah betul dan boleh digunakan asalkan sesuai dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan20.08.2018
Adakah kosa kata "pan" sudah menjadi kosa kata bahasa Melayu? Contohnya Lebuh Raya Pan Borneo. Di Singapura misalnya, Pan Island Expressway (PIE) diterjemahkan sebagai Lebuh Raya Rentas Pulau (PIE). Adakah sepatutnya Lebuh Raya Pan Borneo diterjemahkan sebagai Lebuh Raya Rentas Borneo?

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, perkataan pan ialah awalan asing yang membawa maksud seluruh atau segenap dan juga alat untuk menggoreng. Perkataan pan telah diterima pakai dalam bahasa Melayu seperti dalam pan-Afrika dan pan-Asia. Jika mengikut padanan maksud ayat, Lebuh Raya Pan Borneo diterjemahkan sebagai Lebuh Raya Seluruh Borneo. Walau bagaimanpun, perkataan tersebut telah didaftarkan/ digazetkan.  

Istilah29.03.2018
Salam. Pan Borneo Sabah. Sebutan pan tu pan ka atau pen? Terima kasih.Sebutan pan (misalnya dalam Pan Borneo Sabah) dalam bahasa Melayu ialah [pan].






.
Lain-lain20.09.2023
Salam. Ejaan sebenar bagi KM 0 TELOK MELANO LEBUHRAYA PAN BORNEO SARAWAK. Ejaan Lebuhraya atau lebuh Raya? Terima KasihEjaan yang betul ialah lebuh raya (ejaan dijarakkan). Contoh: KM 0 Teluk Melano Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak. Kekecualian berlaku jika kata/nama tersebut telah diwartakan atau digazetkan oleh kerajaan, seperti Keretapi Tanah Melayu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (ejaan keretapi dan bandaraya dirapatkan).Ejaan09.09.2023
Pecinta Numismatik 9:27AM Assalamulaikum Admin..sy sdg mencari buku seperti link di bawah..masih ada stok tak?? https://www.facebook.com/notes/bulan-bahasa-kebangsaan-malaysia/kenali-tanah-air-kita-pendudukan-jepun-di-tanah-melayu-dan-borneo/492564990859/ Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Borneo Penulis: Mohd Radzi Abd Hamid Penerbit: DBP No. KK: 9596211002274101 No. ISBN: 9789834602277 Tahun Terbitan: 2009Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Terima kasihLain-lain30.08.2016
Seperti berkepil.1. Permata pantai Timur, 2. Tempat bermula Budaya Melayu, 3. Permata Utara, 4. Jelapang Padi Malaysia, 5. Keajaiban Alam Semula Jadi Silam, 6. Bandaraya Bersejarah, 7. Bandar bersejarah dan Pulau Peranginan, 8. Penjelajahan Tanpa Henti, 9. Taman Pulau Borneo, 10. Ibu Kota Bercahaya Malaysia, 11. Gerbang Selatan, 12. Anugerah Alam Semula Jadi, 13. Bandar Taman Bestari.Makna27.12.2006
Orang utan atau orang hutan, yang manakah yang betul? Saya memohon pihak DBP untuk memberikan pencerahan. Terima kasih.

Orang utan ialah beruk besar, berbulu kasar kemerah-merahan yang tinggal di hutan hujan tropika di Sumatera dan Borneo. Manakala orang hutan pula ialah orang yang tinggal di hutan dan mempunyai monyet besar berwarna coklat ke­­me­rah-merahan yang mempunyai tangan yang panjang, 

Lain-lain19.10.2020
Tuan/Puan, Saya sedang manjalankan kajian tentang penjodoh bilangan Bahasa Melayu. Dalam proses mengumpul buku rujukan dan kertas kajian berkenanan penjodoh bilangan, saya telah menghadapi masalah. Saya telah cuba melayari laman web UM dan Perpustakaan Negara tetapi hasil dapatan adalah tidak memuaskan. Bolehkan pihak tuan memberi cadangan tentang buku-buku akademik dan kamus yang berkaitan dengan subjek penjodoh bilangan? Segala bantuan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih.

Beberapa makalah dan buku yang berkaitan dengan penjodoh bilangan antaranya termasuklah:

YIIB: Perihal Penjodoh Bilangan | Zasran Abdullah | Utusan Borneo | 28.01.2008

Penjodoh Bilangan Bahasa Melayu | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1995

Penjodoh Bilangan | Saudara Sinaran Berhad, | 1961

Tatabahasa18.03.2011
Aslm tuan, saya ada soalan berkaitan etimologi bagi "rusiga". Adakah rusiga ini sebenarnya kependekan bagi "rumput segi tiga"? Selain itu, saya ingin bertanya tentang padanan rasmi bagi "rush", iaitu sejenis tumbuhan bak rumput dalam keluarga Juncaceae. Adakah purun boleh dipakai?1. Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020) rusiga ialah tumbuhan jenis herba daripada famili Cyperaceae yang batangnya bersegi, bulat atau leper serta kasar, akarnya menjalar, daunnya runcing, bunganya halus berjambak dan berbeza-beza mengikut jenis, biasanya tumbuh di kawasan lapang dan kering, mis rumput sendayan. Tidak terakam asal usul kata rusiga ini daripada kependekan rumput segi tiga. Frasa rumput segi tiga juga tidak dijadikan entri/frasa dalam KDP.

2. purun 1;  purun danau ialah rumput sendayan yang hidup di dalam paya atau air yang cetek, dan ditanam di beberapa bahagian di Borneo untuk dijadikan tikar dan bungkusan barang; Lepironia articulata;

purun tikus
ialah rumput sandang; Fimbristylis globulosa.

rumput sandang
ialah rumput yg berbatang leper, agak tinggi, banyak terdapat di kawasan tanah rendah dan lembap, dan batangnya yang dikeringkan boleh dijadikan bahan anyaman; purun tikus; Fimbristylis globulosa.

purun
2 ► rumput purun batu

rumput puruh batu
atau rumput purun batu ialah rumput kepala lalat (tumbuhan); Fimbristylis dichotoma.

rumput kepala lalat ialah rumput sederhana tinggi yang tumbuh berumpun, bunganya berjambak di tengah rumpun, berdaun tirus dan biasanya berbulu, hidup liar di kawasan lapang, boleh dijadikan baja hijau, dan tumbuhan ini boleh dijadikan makanan binatang ternakan; rumput para-para; rumput purun batu; Fimbristylis dichotoma.

Berdasarkan senarai kata dalam PRPM dan KDP, tiada padanan tepat bagi rush yang berkaitan dengan sejenis rumput. Kata purun atau frasanya hanya boleh digunakan jika nama saintifik tumbuhan/rumput tersebut sama seperti yang tersebut di atas.
Makna04.09.2023
1)bagaimanakah ejaan "kongres" terhasil? 2)bilakah berlaku kongres bahasa dan persuratan melayu yang pertama? siapakah yang terlibat? dimanakah dan bilakah kongres itu berlangsung? apakah yang dibincangkan semasa kongres tersebut? 3)bagaimana pula dengan kongres kali kedua dan ketiga? seperti diatas.. 4)sekarang kali ke berapakah kongres diadakan? kali ke-7 atau ke-8? terima kasih
Kongres bermaksud mesyuarat besar wakil-wakil pertubuhan (politik, sosial, budaya, dsb) utk membincangkan sesuatu isu. Kongres (Bahasa) dan Persuratan Melayu I, diadakan di Special Hall, Sea View Hotel, Singapore, pada 12 dan 13 April 1952. Kongres ini anjurkan oleh persatuan yang menjadi kerabat Kongres, dipelopori oleh Angkatan Sasterawan ’50. Oleh sebab itu tujuan utama Kongres ini lebih kepada menjaga kepentingan ahli-ahli kerabat Kongres. Dengan demikian, Kongres memberi perhatian kepada pembentukan PIAGAM CONGRESS, yang kemudian-nya telah di-sahkan oleh Persidangan dan di-tandatangani oleh tiap2 ketua perwakilan yang hadhir bersidang hari ini. Tidak ada kertas kerja dibentangkan, tetapi tumpuan perbincangan berkisar pada isu-isu berikut: a. Perlunya ada usaha mempersatukan badan2 Persuratan Melayu di-Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara. b. Badan-badan ini menjadi pihak yang mengambil keputusan muktamad atas sebarang hal mengenai kemajuan bahasa dan persuratan Melayu. c. Adanya keperluan membela hak pengarang, sasterawan dan ahli-ahli bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut kongres sila berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan di pusat pengajian tinggi.
Lain-lain26.06.2008

Kembali ke atas