Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bulgaria


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BULGARIA UMUM 
SOFIA

Sofia (pend. 1 056 945; pend. kaw. met. 1 142 582)

ialah ibu negara dan bandar terbesar di Bulgaria,

di samping merupakan pusat ekonomi dan

kebudayaan yang terpenting. Bandar ini terletak di

barat Bulgaria dan dikelilingi oleh Banjaran Balkan

dan banjaran gunung lain. Untuk lokasinya, lihat

Bulgaria (peta).

UMUM 
PERJANJIAN SAN STEFANO

Perjanjian San Stefano lihat Bulgaria

(Pemerintahan Turki); Kongres Berlin.

UMUM 
MACEDONIA

Macedonia ialah kawasan bersejarah di

Semenanjung Balkan di bahagian tenggara Eropah.

Kawasan ini meliputi seluruh bahagian negara yang

juga dikenali sebagai Macedonia, dan juga bahagian

utara Greece dan barat daya Bulgaria. Negara

Macedonia mempunyai keluasan 25 713 kilometer

persegi. Macedonia Greece meliputi kawasan seluas

34 203 kilometer persegi dan Macedonia Bulgaria

seluas 6480 kilometer persegi. Kawasan Macedonia

menjadi kuat pada zaman purba, apabila

pemimpinnya Iskandar Agung menakluki sebahagian

besar Asia dan menyebarkan budaya Yunani dan

Macedonia di seluruh empayarnya.

UMUM 
ORANG TATAR

Orang Tatar ialah penduduk Eropah dan Asia

yang berbahasa Turkik. Kebanyakan orang Tatar

tinggal di bahagian tengah dan selatan Rusia, dan

di Bulgaria, China, Kazakhstan, Romania, Turki, dan

Uzbekistan. Orang Tatar ialah bangsa Turki, dan

mereka berkait rapat dengan orang Turki.

UMUM 
THRACE

Thrace ialah nama purba satu kawasan yang luas

di Semenanjung Balkan yang menganjur dari utara

Macedonia ke Sungai Danube, dan ke timur

hingga sejauh Laut Hitam. Wilayah Thrace purba

kini terbahagi kepada Bulgaria, Greece, dan Turki.

Gunung-ganang di Thrace mengandungi

longgokan emas dan perak yang bernilai.

Datarannya yang luas digunakan untuk

perladangan dan penternakan kuda dan lembu.

Penduduk Thrace merupakan orang Indo-

Eropah yang menggemari peperangan dan

perampasan.

UMUM 
NEGARA SLAV

Negara Slav ialah negara yang kebanyakan

daripada penduduknya berbangsa Slav (negeri

Slav). Negara tersebut termasuk Republik Czech,

Poland, Slovakia, dan Slovenia di tengah Eropah,

Bosnia-Herzegovina (kadangkala dikenali sebagai

Bosnia dan Hercegovina), Bulgaria, Croatia,

Macedonia, dan Yugoslavia di selatan Eropah,

Belarus dan Ukraine di timur Eropah, dan Rusia,

yang terletak sebahagiannya di timur Eropah dan

sebahagiannya di Asia.

UMUM 
MINYAK ATAR

Minyak atar, juga dikenali sebagai otto, iaitu

minyak pati yang didapati dengan melalukan wap

pada kelopak bunga. Minyak pati memberi

kewangian kepada bunga tertentu. Minyak atar

digunakan untuk memberikan bau kepada minyak

wangi dan kosmetik. Kebanyakan minyak atar

didapati daripada bunga ros. Minyak atar daripada

bunga ros dihasilkan terutamanya di Bulgaria.

Sebanyak kira-kira 1800 kilogram kelopak bunga

ros menghasilkan 0.5 kilogram minyak atar

daripada bunga ros. Pembuat minyak wangi

menghargai minyak atar ros dari Bulgaria kerana

bau bunganya yang kuat dan harum.

UMUM 
ATANASOFF, JOHN VINCENT

Atanasoff, John Vincent (1903-1995), ahli fizik teori Amerika Syarikat keturunan Bulgaria. 

FIZIKTokoh

Kembali ke atas