Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Burundi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BURUNDI

Burundi ialah salah satu negara terkecil dan

paling padat penduduk di Afrika. Negara ini

mempunyai jumlah penduduk melebihi 200 orang

per kilometer persegi, iaitu kira-kira sembilan

kali ganda kepadatan penduduk seluruh Afrika.

Bujumbura ialah ibu negara dan menempatkan

komuniti perbandaran terbesar.

UMUM 
TASIK TANGANYIKA

Tasik Tanganyika, di timur tengah Afrika,

merupakan tasik air tawar terpanjang di dunia dan

yang kedua paling dalam. Hanya Tasik Baikal, di

Rusia, yang lebih dalam. Tasik ini disempadani oleh

Burundi dan Tanzania di sebelah timur dan oleh

Zaire dan Zambia di sebelah barat. Panjangnya Tasik

Tanganyika ialah 680 kilometer dan, di tempat yang

paling dalam ialah 1435 meter.

UMUM 
MOMBASA

Mombasa (pend. 442 369) ialah bandar kedua

terbesar di Kenya selepas Nairobi. Mombasa ialah

bandar pelabuhan yang sibuk di pantai timur Afrika

(lihat Kenya [peta]). Pelabuhan ini mengendalikan

hampir keseluruhan urusan perkapalan

antarabangsa Kenya, Uganda, Rwanda, Burundi,

dan timur Zaire yang terletak di pedalaman.

Bandar ini mempunyai kilang penapis minyak,

lapangan terbang antarabangsa, dan banyak

bahagian yang moden dengan bangunan kerajaan

yang besar dan mempunyai banyak hotel.

UMUM 
BUJUMBURA

Bujumbura (pend. 151 000) ialah ibu negara dan

bandar terbesar di Burundi. Ia terletak di bahagian

barat negara itu di sepanjang pesisir timur laut

Tasik Tanganyika.

UMUM 
HUTU

Hutu, penduduk yang mendiami Rwanda dan Burundi. Mereka membentuk 85% daripada jumlah penduduk.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas