Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Burung Helang

Puisi
 

Burung helang terbang melayang,
     Singgah mari di pohon rimbu;
Kuteringat kasih teringat sayang,
     Setiap hari menanggung rindu.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, bolehkah kita menyebut helang bagi merujuk kepada burung helang atau perlu meletakkan perkataan burung di pangkalnya?Bagaimanakah dengan burung-burung lain seperti burung pipit, burung merpati dan lain-lain?Sewajarnya disebut burung helang, burung pipit, burung merpati dan sebagainya bagi merujuk burung untuk mengelakkan kekeliruan kerana nama-nama burung juga digunakan untuk benda-benda lain.Lain-lain15.11.2011
Perkataan apakah yang sesuai untuk menerangkan bunyi burung helang?Kicau. Murai berkicau pada pagi hari.Lain-lain28.12.2016
Dalam pasangan ayat yang berikut, perkataan bergaris yang manakah yang tergolong sebagai adjektif dan adverba? Berikan alasan anda. 1(a) Bangunan tinggi itu bangunan KLCC. 1(b) Burung helang itu terbang tinggi. 2(a) Lelaki itu orang kuat. 2(b) Dia bercakap kuat.1(a) Bangunan tinggi itu bangunan KLCC. - adjektif dalam frasa nama bangunan tinggi.
1(b) Burung helang itu terbang tinggi. - adverba kerana menerangkan kata kerja terbang.
2(a) Lelaki itu orang kuat. - adjektif dalam frasa nama orang kuat.
2(b) Dia bercakap kuat. - adverba kerana menerangkan kata kerja bercakap.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa14.11.2012
Dalam pasangan ayat yang berikut, perkataan bergaris yang manakah yang tergolong sebagai adjektif dan adverba? Berikan sebab. 1(a) Bangunan tinggi itu bangunan KLCC. 1(b) Burung helang itu terbang tinggi. 2(a) Lelaki itu orang kuat. 2(b) Dia bercakap kuat.1(a) Bangunan tinggi itu bangunan KLCC. Ayat biasa - Bangunan tinggi itu (Subjek - Frasa nama) bangunan KLCC (Predikat - Frasa Nama)
1(b) Burung helang itu terbang tinggi. Tinggi - Adverba
2(a) Lelaki itu orang kuat. Lelaki itu (Subjek - Frasa Nama) orang kuat (Predikat - Frasa Nama)
2(b) Dia bercakap kuat. Kuat - Adverba
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa25.10.2012
Mohon penjelasan yang manakah ayat yang betul dan yang manakah ayat yang salah? I Saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian tuan menyampaikan hadiah. II Persahabatan di antara Malaysia dan Indonesia telah lama terjalin. III Perbuatan adik saya menyorok di dalam almari memang berbahaya. IV Burung helang itu bersarang di celah dahan yang tinggi.Salam sejahtera, Soalan 1, di atas tukar kepada atas. Soalan 2, betul. Soalan 3, betul. Soalan 4, betul. Sekian, terima kasih.Tatabahasa21.03.2020
'Saya suka bermain bola' , saya biasanya nampak ayat ini dalam buku, adakah 'saya suka main bola' betul? Adakah sesetengah kata dasar boleh digunakan tanpa imbuhan, manakala ada kata dasar memerlukan imbuhan untuk menjadikan kata kerja yang bermakna misalnya main, renang? Bagaimana saya bilakah imbulan perlu digunakan? terima kasih.Ayat yang betul ialah "Saya suka bermain bola". Kata kerja yang terbentuk tanpa imbuhan ialah kata kerja tunggal. Kata kerja ini boleh hadir sebagai predikat tanpa imbuhan dan kebanyakan kata kerja ini bersifat tak transitif. Contohnya ialah balik, pulang, datang, terbang, gagal, hancur, ikut, jaga, keluar, lahir, Contoh penggunaan kata kerja tunggal dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Murid-murid itu balik ke rumah.
2. Burung helang terbang di angkasa.
3. Dia lahir di Segamat, Johor.
Untuk mendapatkan lanjut tentang perkara ini, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (muka surat 150).
Tatabahasa05.08.2013
Ayat mana yang betul? A) Saya tertarik dengan keindahan pulau itu. B) Saya tertarik oleh keindahan pulau itu. Jawapan yang diberikan dalam arkib soalan DBP tidak konsisten kerana kedua-dua jawapan telah diberikan sebagai jawapan yang betul dan mengikut kamus dewan, tertarik yang membawa maksud terpikat sebenarnya diikuti dengan perkataan 'oleh' dan bukannya 'dengan'. Sila jelaskan. Terima kasih.Kedua-dua sendi nama "oleh" dan "dengan" boleh digunakan. Sendi nama "dengan" digunakan dalam teks sastera, manakala "oleh" dalam teks biasa. Contoh lain: Suasana sekeliling dipenuhi dengan bunyi loceng dan burung pipit, burung merbah dan sekali-sekala bunyi burung helang (petikan daripada novel Madu dalam Saringan). Dalam ayat tersebut "dengan" boleh juga digantikan dengan "oleh".Tatabahasa20.11.2009
Apakah makna berkulik dalam pantun ini? Helang berkulik tengah hari Cenderawasih mengirai kepak Alang sakitnya berbapa tiri Awak menangis disangkanya gelakUntuk makluman, kulik-kulik merupakan sejenis burung. Berkulik dalam pantun tersebut bermaksud helang yang meniru bunyi burung kulik-kulik.Makna21.08.2020
Saya Asnee Maming sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar.Saya ingin bertanya DBP perkataan "garuda" berdasar dari bahasa apa? dan apa maknanya? Terima kasihPerkataan ‘geroda’ ialah sejenis  burung dalam  sastera lama, burung rajawali besar, helang besar.Makna24.09.2014
Assalamualaikum, Boleh cadangkan terjemahan untuk burung "Martial Eagle" (Polemaetus bellicosus)? Terima kasih.Belum ada padanan Martial Eagle dalam pangkalan data kami. Untuk mendapatkan cadangan yang tepat perlulah dirujuk Bahagian Peristilahan dan Leksikologi terlebih dahulu. Untuk sementara waktu kami mencadangkan helang besar digunakan berserta istilah dalam tanda kurung, seperti helang besar (Martial Eagle).Istilah27.11.2016

Kembali ke atas