Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Burung Helang

Puisi
 

Burung helang terbang melayang,
     Singgah mari di pohon rimbu;
Kuteringat kasih teringat sayang,
     Setiap hari menanggung rindu.


Lihat selanjutnya...(8)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BURUNG SIKAP MALAM

Burung sikap malam banyak menyerupai

whippoorwill, yang ada hubungan dengannya.

Burung ini bukan burung helang. Burung sikap

malam kira-kira 25 sentimeter panjang, dan warna

bulunya bercampur-campur coklat, hitam, dan

putih, dan bertompok putih pada lehernya.

UMUM 
BUZZARD

Buzzard ialah mana-mana satu kumpulan burung

pemangsa yang berkaitan dengan burung helang.

Buzzard sebenarnya hidup terutamanya di Eropah

dan Asia. Buzzard di Amerika Utara biasanya

dinamakan lang, atau lang buzzard.

UMUM 
PUCUNG

Pucung ialah mana-mana satu daripada 60

spesies burung randuk, yang termasuk burung

helang dan bittern. Pucung adalah burung yang

cantik, paruhnya panjang dan runcing. Burung ini

mempunyai kepala yang tirus, leher yang panjang,

dan kaki yang panjang. Sesetengah burung pucung

mempunyai jambul yang panjang dan berbulu

pada leher dan badannya. Burung pucung tinggal

di semua benua kecuali Antartika..

UMUM 
BURUNG GERODA

BURUNG GERODA, sejenis burung mithikal dalam sastera lama sama ada burung rajawali besar atau helang besar (kenaikan Visynu).  Dalam epik Hindu, burung geroda ialah kenderaaan Dewa Visynu.

BUDAYAKonsep
TAMAN NEGARA YELLOWSTONE

Taman Negara Yellowstone di Wyoming,

Amerika Syarikat ialah taman negara yang tertua di

dunia. Taman ini terkenal kerana terdapat banyak

keajaiban semula jadinya. Taman ini mempunyai

lebih banyak geiser dan kolam air panas daripada

mana-mana tempat di dunia. Antara tarikan

pemandangan yang menakjubkan di Yellowstone

ialah ngarai yang dalam, air terjun yang menderam,

tasik yang berkilauan, dan kawasan rimba yang

sentiasa menghijau, saujana mata memandang, yang

diselang-seli dengan padang rumput yang luas.

Taman ini meliputi kawasan seluas 900 000 hektar.

Yellowstone juga ialah hutan simpan hidupan yang

terbesar di Amerika Syarikat. Beruang, rusa, dan

kerbau liar, bebas merayau-rayau di taman itu,

helang botak, angsa, dan burung undan putih

bersarang di sana.

UMUM 

Kembali ke atas