Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Burung Helang

Puisi
 

Burung helang terbang melayang,
     Singgah mari di pohon rimbu;
Kuteringat kasih teringat sayang,
     Setiap hari menanggung rindu.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Burung helang terbang dekat, Dalam beringin tempat titinya; Barang yang hilang takkan dapat, Cari yang lain akan gantinya .Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Burung helang terbang melayang, Singgah mari di pohon rimbu; Kuteringat kasih teringat sayang, Setiap hari menanggung rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau memanah burung helang, Bolehkah tidak dia mengena; Kalau kakanda datang meminang, Adakah adinda sudi menerima?Kurik Kundi Merah SagaAdat
Patah sayap si burung helang, Kerana ditembak anak pemburu; Apalah diharap kepada abang, Hamba ini anak yatim piatu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tanam padi tumbuh lalang, Pantai landai tumbuh bemban; Jangan jadi burung helang, Mengintai ayam dalam reban.Pantun Melayu SarawakNasihat
Helang menyambar burung udara, Singgah menyambar gelugut batang; Hilang budi lenyap bicara, Kasih menjulung bencana datang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tempurung hanyut berkipas, Santapan raja di kayangan; Ayam berkurung jangan dilepas, Helang mengintai burung di halaman.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Jemur padi di tanah padang, Anak ayam disambar helang; Apa malang nasibnya badan, Burung di tangan disambar orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ketuk gendang tiup serunai, Raja berarak dari seberang; Putih mata burung punai, Ara masak ditunggu helang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pukul gendang meniup serunai, Raja berarak dari seberang; Putih mata si burung punai, Kayu ara dah tunggu helang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas