Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Burung Helang

Puisi
 

Burung helang terbang melayang,
     Singgah mari di pohon rimbu;
Kuteringat kasih teringat sayang,
     Setiap hari menanggung rindu.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kuku helangkuku helangKesenianTiadaMotif ukiran berunsur haiwan berbentuk kuku burung helang, lazimnya diukir pada sarung keris atau hulu parang.
falconryfalkonriSukanTiadaSukan berburu menggunakan burung helang atau falkon yang dilatih untuk memburu burung dan haiwan kecil lain.
altricialaltrisialBiologiEkologiBerkaitan dengan anak haiwan yang tidak berbulu dan tidak bermaya ketika lahir, dan memerlukan penjagaan induk. Misalnya, anak burung helang dan burung hantu.
nidicolousnidikolusBiologiEkologiBerkaitan dengan anak burung yang tidak bermaya dan biasanya tidak berbulu dan buta, selepas sahaja menetas. Oleh itu anak burung ini harus diberi makan dan dijaga di dalam sarang oleh ibunya selama beberapa hari atau minggu, selepas menetas. Misalnya, burung helang. Bandingkan nidifugus.
wau helangwau helangKesenianTiadaWau yang menyerupai burung khususnya di bahagian ekor dan berasal dari Perlis.
sea eaglehelang lautPerikananTiadaSejenis burung daripada famili Accipitridae, genus Haliaeetus. Burung ini berhijrah beribu-ribu kilometer sebelum mendarat atau berenang di permukaan air. Antara faktor penghijrahan burung ini ialah perubahan musim, pemakanan dan pembiakan. Helang laut gemar memakan hidupan akuatik yang terapung di permukaan air seperti sotong, anak-anak ikan atau udang baring (udang geragau). Burung ini juga kerap menjadi mangsa kepada pemangsa laut seperti jerung. Kehadiran helang laut di sesuatu kawasan menjadi produk pelancongan berteraskan ekologi.
supertypesuperjenisTeknologi MaklumatPerisianEntiti atau set objek yang mengandungi subjenis dalam hieraki keseluruhan. Entiti atau set objek dengan jenis mantik yang sama dihuraikan mengikut hieraki subjenis. Contohnya, entiti burung yang merupakan superjenis boleh terdiri daripada subjenis murai, helang, kakak tua, gagak dan tiung. Lihat juga subjenis.
beast fablefabel binatangKesusasteraanTiadaBentuk karya sastera rakyat yang terawal dan penting yang mengisahkan alam kehidupan binatang. Cerita yang dipaparkan biasanya pendek dan melibatkan binatang seperti burung, arnab, kera, musang, anjing dan lain-lainnya. Binatang tersebut digambarkan memiliki sifat-sifat manusia biasa. Umumnya, fabel binatang memiliki plot yang ringkas dengan tema bersifat pengajaran. Cerita tersebut berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan moral kepada kanak-kanak. Ada kalanya unsur pendidikan moral disampaikan secara sindiran atau kiasan. Fabel binatang wujud dan berkembang dalam hampir semua tradisi sastera di dunia, sama ada di India, Arab, Parsi, Eropah, China, Jepun dan lain-lain. Fabel binatang dalam masyarakat Inggeris misalnya terkenal dengan cerita-cerita yang berkaitan dengan arnab, serigala, burung, kuda, beruang dan anjing. Salah satu contoh yang baik ialah koleksi fabel binatang dalam karya Chaucer berjudu The Nun�s Priest�s Tale. Cerita binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Arab dan Parsi ialah Kalilah Wa Damnah (Anvar-i Suhaili). Dalam kesusasteraan Melayu, fabel binatang dikenali sebagai cerita mergastua. Antara cerita yang terkenal termasuklah cerita tentang siput dengan helang. Di samping itu, terdapat juga cerita binatang lain seperti kisah kerbau dengan bangau, kisah ular dengan katak, kisah tikus dengan kucing, dan kisah anjing dengan kucing. Cerita-cerita berkenaan mengandungi pelbagai unsur pengajaran moral dan menjadi bahan pendidikan kepada kanak-kanak dan masyarakat keseluruhannya. Lihat juga cerita binatang.
fablecerita binatangKesusasteraanTiadaCerita pendek tentang binatang yang penuh khayalan. Cerita biasanya disampaikan dalam bentuk prosa atau puisi. Tujuannya untuk memberikan teladan atau pengajaran moral kepada pembacanya. Biasanya, watak dalam cerita ini terdiri daripada binatang di hutan dengan sifat yang menggambarkan kehidupan manusia. Cerita binatang merupakan salah satu hasil sastera yang awal dalam tradisi lisan yang terdapat di seluruh dunia. Walaupun cerita binatang menampilkan watak binatang, tetapi ceritanya mencerminkan daya pemikiran masyarakat yang tinggi kerana mengandungi pelbagai unsur kiasan, kritikan, dan pengajaran moral. Tema dan plot dalam karya ini agak mudah dan ringkas. Biasanya pada akhir cerita, pencerita atau salah satu watak dalam cerita akan menyatakan unsur pengajaran moral yang terdapat dalam cerita tersebut. Ada kalanya unsur pengajaran moral dinyatakan dalam bentuk epigram. Sejarah cerita binatang bermula daripada seorang hamba Yunani bernama Aesop yang hidup pada abad keenam sebelum Masihi. Cerita ini kemudiannya berkembang di India dengan karya terkenal berjudul Panchatantran. Pengaruh Panchatantran tersebar luas ke Asia Barat. Justeru, muncul pula karya berjudul Kalila Wa Dimnah yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan judul, Khalilah dan Dimnah. Cerita binatang berkembang di Parsi, antaranya melalui karya Anvar-i Suhaili oleh Hussayn Wa�iz Khasifi. Karya ini mengandungi pelbagai cerita binatang seperti kisah burung, kucing, harimau, tikus, anjing, angsa, kala jengking, serigala, burung hantu, singa, helang dan lain-lain. Cerita binatang juga hidup subur dalam tradisi kesusasteraan kanak-kanak di Barat. Antaranya termasuklah koleksi cerita binatang oleh Thurber berjudul Fables for Our Time (1940), dan Jus So Stories oleh Rudyard Kipling (1902). Contoh cerita binatang dalam karya sastera Melayu yang terkenal ialah cerita Sang Kancil (Hikayat Sang Kancil) dan Pelanduk (Hikayat Pelanduk Jenaka). Kedua-dua hikayat ini merupakan cerita binatang asli Melayu yang telah wujud sejak zaman lisan dan masih terus dinikmati hingga hari ini. Cerita binatang juga dikenali sebagai dongeng binatang. Lihat juga fabel binatang.

Kembali ke atas