Definisi : bangsa yg nenek moyang mereka berasal dr negeri China (Tiongkok), Tionghua; ~ buta ki lelaki yg menikahi seseorang perempuan yg telah ditalak tiga oleh suaminya, kemudian diceraikannya supaya perempuan tersebut dapat berkahwin semula dgn bekas suaminya, muhalil; ~ peranakan a) keturunan orang Cina dgn orang dr bangsa lain; b) = ~ peranakan Malaya orang Cina yg dilahirkan di Malaya; memperjuali orang ~ penjahit prb mengajar orang yg sudah memang pandai; kecinaan yg berkaitan dgn orang atau bangsa Cina: lukisan berus cina menggambarkan estetika ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : ; ~ maki a) sj tumbuhan (pokok), gelam bukit, Leptospermum flavescens; b) sj tumbuhan (pokok), cucur (hujan) atap, daing (Kl), rempah gunung (Ph), timur tasik, Baeckia frutescens; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok) akar berimbung, akar kacang betina (purai), akar sesudu, Taeniochlaena griffithii; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kuning (kunyit-kunyit), Limacia oblongata; akar ~ bukit sj tumbuhan (pokok), akar selupat, Iodes velu tina; akar ~ putih sj tumbuhan (pokok memanjat), bunga jengkal, Neuropeltis racemosa; bunga ~ sj tumbuhan (pokok dan bunganya yg berwarna putih atau kuning yg biasanya berbau wangi), Gardenia augusta; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), jati bukit, se(n)tada, Podocarpus neriifolius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : orang (bangsa) yg nenek moyangnya berasal dr negeri China; Tionghua. ~ buta ki orang yg menikahi seseorang perempuan yg telah ditalak tiga oleh suaminya dan kemudian menceraikannya pula (supaya perempuan itu boleh berkahwin dgn bekas suaminya semula). ~ peranakan a. orang Cina yg telah dilahirkan di Tanah Melayu. b. orang yg ibu atau bapanya berketurunan Cina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)