Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Cina bukit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi. Terdapat dua cara pembentukan aksara Cina. Pertama, aksara yang hanya terdiri daripada komponen tunggal, seperti "山" (bukit). Kedua, aksara yang terdiri daripada dua atau lebih daripada dua komponen, misalnya "好" (baik)yang terbentuk dengan gabungan dua komponen iaitu "女" dan "子". Bolehkah aksara yang terbentuk dengan komponen tunggal itu digelar "aksara bersifat tunggal / aksara tunggal" dan aksara yang terbentuk dengan cara kedua digelar "aksara bersifat majmuk / aksara majmuk"? Terima kasih.
Untuk makluman, soalan tuan adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya dalam bahasa Melayu sahaja. 
Tatabahasa01.03.2021
Penggunaan bahasa bukan rasmi atau kebangsaan pada iklan seperti dilampirkan. Iklan di Bukit Mertajam Pulau PinangUntuk makluman, DBP hanya mengesahkan iklan yang mempunyai perkataan bahasa Melayu. DBP tidak menghalang penggunaan bahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa Inggeris, tetapi perkataan bahasa Melayu mesti diutamakan dalam iklan.  Sekiranya tuan ingin membuat aduan tentang perkara ini., sila hantar aduan melalui Pantau Tegur Bahasa dan berikan lokasi tempat iklan tersebut supaya pihak kami dapat membuat pemantauan dan memberikan teguran yang sewajarnya.Lain-lain14.01.2015
Salam DBP, soalan saya berkisar mengenai frasa "ialah bahawa" dan "adalah bahawa" serta jenis-jenis frasa yang boleh berada di hadapan setiap frasa tersebut. Contoh: (1) Maklumat yang diterima [ialah bahawa / adalah bahawa] {Shirin seorang pegawai polis Bukit Aman}. {FN+FN} (2) Maklumat yang diterima [ialah bahawa / adalah bahawa] {budak Cina itu sedang menggali longkang.} {FN+FK} {3} Maklumat yang diterima [ialah bahawa / adalah bahawa] {warna baju Kamariah kemerah-merahan.} {FN+FA} {4} Maklumat yang diterima [ialah bahawa / adalah bahawa] {angin itu dari arah selatan ke utara semenanjung. {FN+FSN} Mohon ajukan soalan sintaktis ini kepada munsyi-munsyi yang bertauliah. Terima kasih
"Ialah" dan "adalah" tergolong dalam kata pemeri. "Ialah" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala "adalah" digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Kata "bahawa"  ialah kata hubung pancangan komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. 

Cadangan jawapan:

(1) Maklumat yang diterima ialah Shirin seorang pegawai polis di Bukit Aman.
(2) Maklumat yang diterima ialah budak Cina itu sedang menggali longkang.
(3) Maklumat yang diterima adalah warna baju Kamariah kemerah-merahan.
(4) Maklumat yang diterima ialah  angin itu dari arah selatan ke utara semenanjung.

Contoh penggunaan kata "bahawa": 
Ali menyedari bahawa dia telah melakukan kesalahan terhadap ibunya

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Tatabahasa05.05.2022

Kembali ke atas