Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Cina bukit


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELUARGA GERILYA

KELUARGA GERILYA, novel karya Pramoedya Ananta Toer.  Novel ini ditulis semasa dia menjalani tahanan politik di penjara Bukit Duri, Pulau Buru,  Indonesia.  Penulisan novel ini selesai pada bulan  Oktober 1949, Keluarga Gerilya diterbitkan pertama  kalinya oleh penerbit Pembangunan, Jakarta, pada tahun 1950 dan cetakan kedua novel ini pada tahun 1955.  Semenjak tahun 1958, novel ini diterjemahkan ke dalam tiga bahasa, iaitu Inggeris, Cina dan Rusia.  Seterusnya, cetakan ketiga novel ini diterbitkan  oleh penerbit N.V. Nusantara, Jakarta, pada  tahun 1962.

SASTERAKarya
ZURAINA MAJID, DATO'

ZURAINA MAJID, Dato’ (1944-     ), ahli arkeologi. Dia lahir pada 5 Oktober 1944 di Kuala Lumpur.  Nama sebenarnya ialah Siti Zuraina binti Abdul Majid.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Baru dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Selepas itu dia melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya dan lulus ijazah Sarjana muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Pengajian Cina pada tahun 1967.  Zuraina menyambung pelajaran pada peringkat sarjana di Cambridge University, United Kingdom dan memperoleh M.A. dalam Oriental Studies pada tahun 1971.  pada tahun 1978, dia memperoleh Ph.D dalam bidang antropologi dari Yale University, Amerika Syarikat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KELIAN PAUH

KELIAN PAUH, kawasan bijih timah yang terletak di daerah larut, Perak.  Pada tahun 1840-an, Long Jaafar telah menemui endapan bijih timah di kawasan ini.  Dia telah berusaha membuka lombong tersebut dengan meminjam modal daripada saudagar-saudagar di Pulau Pinang dan menggalakkan orang Cina daripada puak Hai San untuk melombongnya.  Dengan kejayaannya ini, Long Jaafar mula mengumpulkan kekayaan dan pengaruh.  Kedudukannya telah diiktiraf secara rasmi oleh Raja Muda Perak, Ngah Ali, dan pembesar-pembesar lain seperti Temenggung Panglima Bukit Gantang.  Panglima Kinta, Syahbandar dan Seri Adika Raja, apabila mereka menandatangani sepucuk surat mengesahkan kedudukan Long Jaafar di Larut pada tahun 1850.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas