Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sl gambar, lukisan, arca. 2. gambaran atau imej peribadi seseorang (barangan, organisasi, dll): yg menarik tentang cerita tersebut ialah usaha Arena Wati utk membina ~ wanita; bercitra memiliki atau mempunyai gambarĀ­an tentang peribadi seseorang (barangan dll); citraan kaedah (cara) membentuk gambaran seseorang atau sesuatu; kecitraan hal (sifat) yg berkaitan dgn citra; percitraan perihal bercitra: pelbagai aspek sastera spt tema, plot, ~ dapat menonjolkan ciri-ciri keindahan novel itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Citra


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mercu Jaya, Citra Utama, Citra Perdana, Santapan Perdana, adakah nama2 ini sesuai untuk sesebuah dewan ataupun bilik?Mercu Jaya, Citra Utama, Citra Perdana, Santapan Perdana tidak sesuai untuk menamakan dewan atau bilikLain-lain07.08.2008
Adakah perkataan"citra" diterima dan digalakkan untuk ditulis dalam karangan spm untuk menggantikan perkataan "imej".Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 440 dan 818)

citra kata nama
1 gambaran keperibadian seseorang atau sesuatu pihak secara umum menurut tanggapan orang atau pihak lain:
Citra ini terbina hasil daripada himpunan kegiatan kakitangan UKM yang mengharumkan namanya di dalam atau di luar negara. Salah satu aspek untuk membentuk sikap patriotisme adalah dengan mencintai bahasa kerana bahasa merupakan citra sebuah bangsa.

2 bahasa klasik gambar, lukisan atau arca;

imej kata nama
1 gambaran keperibadian seseorang atau sesuatu menurut tanggapan orang atau pihak lain; citra:
Perubahan imej Jabur daripada kekampungan kepada kebandaran menjadi tanda tanya kawan-kawannya. Perbuatan gadis itu betul-betul memalukan nama dan imej sekolah kami.

2 gambaran seseorang atau sesuatu objek dalam fikiran:
Tiba-tiba terbayang imej ayahnya sedang bekerja. Imej rumah berhantu itu menakutkan saya.

3 gambaran mental atau asosiasi idea seseorang pengarang dalam sesebuah karya: Sastera Melayu banyak melukiskan imej-imej tradisi. imej wanita dalam novel-novel Khadijah Hashim;

4 gambar, terutamanya yang diukir menyerupai seseorang atau sesuatu:
Dia menghulurkan kepingan emas dengan imej binatang yang menyerupai seekor lembu.

5 Fizik
salinan sesuatu objek yang dihasilkan secara pemfokusan sinaran elektromagnet, bunyi atau cahaya yang terpancar daripada objek atau yang terpantul oleh objek;

Pengantian kata hanya memenuhi sebahagian daripada makna dan penggunaannya dalam konteks tertentu. Secara umumnya, kata citra lebih bersifat kejatidirian berbanding kata imej yang bersifat kata pinjaman.
Makna18.05.2023
SAYA INGIN TAHU ADAKAH PIHAK DBP MASIH MELAKUKAN ANUGERAH UNTUK MAJALAH SEKOLAH. JIKA ADA MACAM MANA KOLEJ SAYA INGIN SERTAI.Salam, Untuk makluman, Anugerah Citra Majalah Sekolah ini diuruskan oleh DBP Wilayah dan Cawangan. Peraduan ini terbuka kepada semua sekolah menengah kebangsaan. Pada kebiasaannya, pihak urus setia akan iklankan/hantar surat kepada pihak sekolah untuk menghantar pencalonan majalah sekolah. Anugerah ini digilirkan dengan anugerah citra yang lain. Untuk makluman, tahun ini tiada Anugerah Citra diadakan. Sekian.Lain-lain19.03.2021
Semakan Tema Majlism Anugerah Citra Khidmat (ACK) "Melantasi Entiti Gemilang"Jawapan Melantasi Entiti Gemilang adalah betul dari segi struktur dan tatabahasa bahasa Melayu. oleh itu, tema ini boleh digunakan untuk maksud yang diberikanTatabahasa15.05.2013
Apakah maksud istilah 'negara bangsa' dalam frasa 'citra negara bangsa'. Bolehkah 'negara bangsa' digunakan untuk menggantikan perkataan 'bangsa'. Apakah perbezaan di antara kedua-dua perkataan?Istilah negara bangsa bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Negara bangsa merupakan suatu istilah yang sama sekali berbeza dengan bangsa kerana bangsa hanya merujuk kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan.Istilah19.12.2008
Syafiq Syazuan Ruzaidi Nov 20th, 3:05pm Salam, Saya Syafiq Syazuan Ruzaidi, Pembantu Penerbit untuk TV3 KIDS ( BANANANANA ) saya ingin memohon pertolongan, bagaimana saya boleh dapatkan individu yang bertanggungjawab untuk Kumpulan Citra Cilik DBP? Kerana saya ingin menemubual mereka untuk rancangan BANANANA di Tv3. Pertolongan daripada pihak DBP amat saya hargai. Terima Kasih,Berkaitan Kumpulan Citra Cilik DBP, tuan boleh menghubungi Puan Norimah binti Bajuri, Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Remaja dan Kanak-kanak, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-2147 9202, e-mel norimah@dbp.gov.my.Lain-lain20.11.2014
salam.. tentang tema makan malam boley x kite gunakan tema berunsur ilmiah seperti mengorak citra di lawangan cendikia bermaksud menbentuk imej di gerbang ilmiah.. boley ke or ade contoh2 yang lain yang boley dibuat rujukan..Lazimnya tema majlis mengungkapkan perkataan/ayat yang ringkas, mudah difahami dan bersesuaian dengan konsep majlis yang dianjurkan. Pada pandangan kami tema majlis makan malam tidak perlu terlalu ilmiah sesuai dengan konsep majlis (makan malam) lebih kepada tujuan sosial dan meraikan seseorang atau sesuatu peristiwa.Tatabahasa23.05.2011
sejarah bahasa rojak? pengertian bahasa rojak? penggunaannya dalam majalah hiburan? penguatkuasaannya? penggunaannya dalam lirik lagu? kesan daripada penggunaan bahasa rojak?Artikel dibawah ada kaitan tentang topik tuan : 1. Zurinah Hassan. Jati diri bangsa dalam lirik Dewan Budaya 05 2006. 2. Ramli Sarip Citra bangsa dalam lirik Dewan Budaya 05 2006. 3. La Hami Ahmad Kelemahan Bahasa dalam Lirik Lagu Melayu Pelita Bahasa 09 2001 . 4. Lim Swee Tin Lirik lagu cerminan citra budaya bangsa Dewan Budaya 05 2006 . 5. Ahmad Ramli Melodi + lirik lagu = lagu yang baik Dewan Budaya 02 2007 . 6. Zuraini Abu Bakar Lirik Indah Bahasa Gagah Pelita Bahasa 04 2002 . 7. Wan Mohd. Saophy Amizul Wan Mansor Menentukan Citra Lirik lagu Melayu Pelita Bahasa 07 2003 . 8. Teo Kok Seong Moral dalam Lirik Lagu Under Ground Dewan Budaya 12 2003 .Lain-lain07.12.2007
Rahman Haji Yusof Aug 21st, 12:32pm Assalamualaikum. Saya Rahman Haji Yusof pemenang ketiga sayembara novel Citra Malaysia 2013 merayu kepada KP DBP agar diterbitkan segera novel-novel yg menang. Saya sudah tua ingin melihat karya saya diterbitkan sebelum saya meninggal. Terima kasih dan salamWaalaikummusalam, Tuan, berkenaan perkara ini, kami akan panjangkan kepada KP DBP. Walau bagaimanapun, terbitan ini novel bergantung pada manuskrip dan diluluskan oleh pihak jawatankuasa penerbitan. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung dengan Ketua Buku Sastera, Datin Hajijah Jais di talian 03-21479697 atau e-mel hajijah@dbp.gov.my.Lain-lain21.08.2014
Salam terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak DBP kerana telah membantu UTM memilih nama majlis anugerah kualiti kita kepada Anugerah Citra karisma. Sekali lagi saya ingin mendapatkan kerjasama pihak tuan untuk mencadangkan nama klasik untuk majlis meraikan pesara dan bakal pesara utm yang bakal diadakan pada November 2009. Atas kerjasama saudara dalam perkara ini didahului dengan terima kasih.

Saudara Norazizah,

Kami mencadangkan nama berkut : i. Majlis Jasamu Dikenang ii. Majlis Sanjungan Budi iii. Majlis Budimu Disanjung  

Lain-lain02.09.2009
1234567

Kembali ke atas