Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sl gambar, lukisan, arca. 2. gambaran atau imej peribadi seseorang (barangan, organisasi, dll): yg menarik tentang cerita tersebut ialah usaha Arena Wati utk membina ~ wanita; bercitra memiliki atau mempunyai gambarĀ­an tentang peribadi seseorang (barangan dll); citraan kaedah (cara) membentuk gambaran seseorang atau sesuatu; kecitraan hal (sifat) yg berkaitan dgn citra; percitraan perihal bercitra: pelbagai aspek sastera spt tema, plot, ~ dapat menonjolkan ciri-ciri keindahan novel itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Citra


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pastoral poetrypuisi desaanKesusasteraanPuisiPuisi yang menonjolkan citra-citra yang berhubung dengan kehidupan masyarakat desa yang diselubungi dengan suasana yang aman tenteram. Alamnya masih bersifat semula jadi kerana belum dicemari. Contohnya, puisi ''Kasih Petani Buta" karya Kemala.
corporate imagecitra korporatKomunikasiKorporatGambaran citra sesebuah organisasi atau syarikat. Gambaran ini wujud dalam dua keadaan. Pertama, citra yang diwujudkan dan dibina oleh organisasi atau syarikat itu sendiri. Kedua, citra yang dipersepsikan oleh khalayak luar organisasi atau syarikat berkenaan. Citra yang diwujudkan oleh organisasi terbentuk daripada falsafah dasar dan format operasi sesebuah organisasi berkenaan. Contohnya, Universiti Putra Malaysia mempunyai citra sebagai sebuah universiti pertanian, sementera Universiti Kebangsaan Malaysia pula mempunyai citra kebangsaan dan negara bangsa. Citra yang wujud daripada persepsi khalayak pula terbentuk hasil daripada prestasi yang ditonjolkan oleh organisasi itu sendiri. Contohnya, Universiti Putra Malaysia yang berusaha membentuk citra baharu melalui perubahan nama, namun persepsi khalayak masih melihatnya sebagai sebuah institusi yang berteraskan pertanian. Citra organisasi boleh dilambangkan melalui falsafah, visi dan misi, warna, simbol, slogan, atau reka bentuk bangunan. Pengamal komunikasi korporat dalam organisasi berkenaan bertanggungjawab untuk mengukuhkan, mengekalkan, dan mempertahankan citra korporat masing-masing. Antara kaedah yang digunakan untuk melaksanakan fungsi ini adalah menggunakan strategi media massa, penerbitan dalaman, risalah, aktiviti hubungan masyarakat dalaman dan luaran, serta penganjuran acara khas organisasi. Tujuan kewujudan citra korporat bagi sesebuah organisasi adalah untuk memudahkan perancangan identiti yang tersendiri dan berbeza dengan organisasi lain. Selain itu, kewujudan citra korporat juga bertujuan untuk menentukan fokus aktiviti dan mewujudkan rasa kekitaan dalam kalangan khalayak dalaman. Sinonim imej korporat.
earthworkcitra tanahKesenianTiada2. Citra tanah: Hasil kerja citra yang menggunakan tanah.
brand imagecitra jenamaKomunikasiKorporatPersepsi khalayak terhadap sesuatu jenama. Persepsi ini biasanya bergantung pada cara pembentukan citra sesuatu jenama diberikan. Pemberian citra barangan atau perkhidmatan yang dipasarkan biasanya berasaskan identiti barangan melalui proses promosi dan pengiklanan berpandukan falsafah serta prinsip syarikat atau organisasi. Citra jenama biasanya bersifat positif dan dikaitkan dengan ciri kejayaan, kemanusiaan, keselamatan, ketuhanan, dan perkara lain yang positif serta bermakna. Hal ini sangat akrab dengan kepercayaan, kenyakinan, pendapat, dan pendirian khalayak umum. Contohnya, sesebuat syarikat multinasional membentuk citranya dengan mengaitkan barangannya dengan kebersihan alam sekitar, manakala sebuah syarikat lain pula mengaitkan barangannya dengan pengurusan kebajikan para pesakit kanser. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan persepsi positif terhadap barangan dan organisasi serta mengukurhkan pasaran. Pembentukan sesuatu citra kerap juga dikaitkan dengan arah aliran dan gaya hidup khalayak sasaran. Sinonim imej jenama.
futuristic artcitra futuristikKesenianTiada1. Citra yang menggambarkan ramalan-ramalan masa depan.,2. Citra yang berhubung dengan futurisme.
erotic artcitra erotikKesenianTiadaCitra yang hal subjeknya berunsurkan seks.
esoteric artcitra maknawiKesenianTiadaCitra yang dihasilkan dan difahami oleh golongan tertentu sahaja.
figurative artcitra figuratifKesenianTiadaCitra yang menggambarkan alam dan manusia.
fibre artcitra gentianKesenianTiadaCitra yang dihasilkan daripada gentian.
geometric artcitra geometriKesenianTiadaCitra yang menggunakan unsur-unsur geometri.
12345678910...

Kembali ke atas