Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Cyprus


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CYPRUS UMUM 
MAKARIOS III

Makarios III (1913–1977) ialah paderi Ortodoks

Yunani yang menjadi presiden pertama Cyprus

pada tahun 1959. Pada bulan Julai 1974, dia

digulingkan oleh tentera Cyprus di bawah

pimpinan pegawai-pegawai Yunani. Dengan itu, dia

terpaksa meninggalkan negara tersebut. Dia

kembali ke Cyprus pada bulan Disember 1974 dan

sekali lagi menjadi presiden sehingga dia

meninggal dunia pada tahun 1977. Semasa

Makarios tidak menjadi presiden, tentera Turki

telah menawan sebahagian besar bahagian timur

laut Cyprus.

UMUM 
NICOSIA

Nicosia (pend. 163 700) ialah ibu negara dan bandar

terbesar di Cyprus, sebuah pulau republik di Laut

Mediterranean . Ia terletak di bahagian utara-tengah

pulau ini (lihat Cyprus [peta]). Bandar ini menjadi pusat

perniagaan dan pentadbiran pulau ini. Ia juga

merupakan pusat perdagangan di Dataran Mesaoria.

Antara keluaran kawasan ini termasuklah buah

badam, buah-buahan, minyak zaitun, gandum, dan

wain.

Pada tahun 1974, tentera Turki menyerang Cyprus.

Nicosia kemudian terbahagi kepada bahagian

Cypriot Turki di utara dan bahagian Cypriot Greek di

selatan. Pejabat kerajaan yang utama di pulau ini

terletak di bahagian selatan.

UMUM 
PYGMALION

Pygmalion ialah pengarca dan raja Cyprus

dalam legenda Yunani. Oleh sebab benci

terhadap kezaliman wanita pada zamannya,

Pygmalion mengukir patung menyerupai wanita

cantik daripada gading lalu dia jatuh cinta

padanya. Demi menyahut permintaan Pygmalion,

dewi Aphrodite menukar patung tersebut

menjadi manusia. Pygmalion mengahwininya dan

mereka dikurniai anak lelaki bernama Paphos.

UMUM 
ZENO DARI CITIUM

Zeno dari Citium (335?–265? SM) ialah

pengasas falsafah Stoik di Athens. Zeno lahir di

Citium di Pulau Cyprus. Zeno pada mulanya,

adalah seorang saudagar, tetapi kapalnya karam

dan dia kehilangan semua hartanya dalam

pelayaran ke Athens pada tahun 314 SM.

UMUM 
TIMUR TENGAH

Timur Tengah ialah kawasan yang amat luas

meliputi sebahagian besar benua Afrika Utara, Barat

Daya Asia dan Tenggara Eropah. Para pengkaji tidak

sependapat dalam pemetaan yang tepat bagi

kawasan Timur Tengah ini. Walau bagaimanapun

mereka sekata bahawa kawasan ini merangkumi

negara-negara berikut: Cyprus, Mesir, Iran, Iraq,

Palestin , Jordan, Kuwait, Lubnan, Oman, Qatar,

Bahrain , Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Emiriah

Arab Bersatu, dan Yaman. Keluasan keseluruhan

kawasannya kira-kira 9 694 000 kilometer persegi.

Penduduknya pula mencecah 262 juta orang.

UMUM 
SALIM II

Salim II (930–982 H./1523–1574M.), sultan ke-11

dalam kerajaan Uthmaniyyah atau putera Sultan

Sulayman I. Baginda lahir di Istanbul dan

mewarisi takhta pemerintahan daripada

ayahandanya pada tahun 974 H./1566 M. Selepas

kemangkatan Sultan Sulayman I, kerajaan ini tetap

mengamalkan polisi peluasan negara

sebagaimana tradisi kerajaan Uthmaniyyah sejak

dahulu. Akan tetapi secara beransur-ansur

kerajaan Uthmaniyyah mengalami zaman

kelemahan sejak diperintah oleh sultan ini.

Baginda merupakan antara sultan yang tidak

pernah turun ke medan perang. Walau

bagaimanapun, kerajaannya mengalami banyak

peristiwa penting; antaranya penaklukan pulau

Cyprus dari tangan orang Bonodochia.

Kemenangan tersebut disebabkan adanya

beberapa tokoh terkemuka semenjak zaman

ayahandanya seperti Muhammad Suqlili, Mufti

Besar Abu Sa’ud dan Nasyanji Muhammad Dibyali

al-Qibtan Pasha. Pada zamannya juga, Yaman

dapat diambil semula selepas pemberontakan

yang dicetuskan oleh puak Syi’ah al-Zaydiyyah.

UMUM 

Kembali ke atas