Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Duli Yang Maha Mulia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata DYMM


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan Almarhum perlu diletakkan sebelum perkataan DYMMAlmarhum biasanya digunakan pada raja dan kerabatnya yang telah mangkat atau meninggal, contohnya Alamrhum Sultan Ibarim - Lazimnya Sultan yang sedang memerintah sahaja digelar Duli Yang maha Mulia (DYMM), seperti DYMM Sultan Ahmad Syah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Lain-lain21.01.2011
Adakan perkataan Almarhum perlu dijarakkan ? Adakah Perkataan DYMM perlu diletakkan sebelum perkataan Almarhum ?Almarhum dieja dalam satu perkataan (tidak perlu jarak atau tanda sempang) dan biasanya digunakan pada raja dan kerabatnya yang telah mangkat atau meninggal, contohnya Alamrhum Sultan Ibarim. Lazimnya Sultan yang sedang memerintah sahaja digelar Duli Yang maha Mulia (DYMM), seperti DYMM Sultan Ahmad Syah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Lain-lain21.01.2011
Saya ingin pencerahan, ayat "saya yang menurut perintah" dalam penulisan surat rasmi merujuk kepada perintah siapa? Adakah perintah Kerajaan atau perintah DYMM Raja atau DYMM Sultan? Soalan ini pernah ditanya kepada saya semasa proses temuduga pekerjaan... Terima kasihUngkapan "Saya yang menurut perintah" bermaksud perintah pegawai atasan kita. Dalam konteks penjawat awam berkemungkinan merujuk perintah ketua organisasi kita dan ketua kita menurut perintah pegawai yang lebih tinggi hinggalah Ketua Setiausaha Negara.Tatabahasa11.03.2015
Format yang betul untuk menulis DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, ejaan "venue" dalam bm, matapelajaran/mata pelajaran, ko-kurikulum/kokurikulum. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah - DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,  "venue" diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai tempat (belum ada istilah venue), mata pelajaran, kokurikulum.Ejaan30.07.2008
"Projek al-Quran ini telah dirasmikan pelancarannya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong" Adakah ayat ini gramatis?Ayat yang betul ialah Pelancaran Projek al-Quran ini telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.Tatabahasa22.02.2021
Mohon pengesahan DBP ayat di bawah yang mana lebih sesuai digunakan di dalam Minit Mesyuarat? (i) bersetuju mengesyorkan calon XXX untuk diangkat sebagai xxx tertakluk kepada perkenan DYMM Tuanku Canselor USIM; atau; (ii) bersetuju mengesyorkan pencalonan XXX sebagai XXX untuk diangkat bagi perkenan DYMM Tuanku Canselor USIM.Dari segi tatabahasa ayat yang betul ialah "(i) Mesyuarat bersetuju mengesyorkan pencalonan XXX untuk diangkat sebagai xxx dan  tertakluk kepada perkenan DYMM Tuanku Canselor USIM.  Tatabahasa27.03.2018
Adakah Malaysia mempunyai Furst Lady 2. Apa istilah First Laday dalam bahasa Malaysia. 3. Bagaimana kedudukan DYMM Raja ermaisuri AgomngPadanan bahasa Melayu bagi perkataan first lady ialah wanita pertama. Setiap negara mempunyai wanita pertama (first lady), namun untuk mengetahui siapa wanita pertama (first lady) di Malaysia dan kedudukan DYMM Raja Permaisuri Agong, sila hubungi Bahagian Protokol, Jabatan Perdana Menteri.Istilah23.03.2010
Boleh sila semak ayat serta ejaan di bawah betul atau tidak... terima kasih. ISTIADAT PELANTIKAN DAN PERTABALAN DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TUANKU AISHAH ROHANI BINTI ALMARHUM TENGKU BESAR MAHMUD PADA 14HB APRIL 2009 BERSAMAAN 18HB RABIULAKHIR 1430H DI-BALAIRONG SERI, ISTANA BESAR SERI MENANTITeks yang betul adalah seperti yang berikut : ISTIADAT PELANTIKAN DAN PERTABALAN DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, TUANKU AISHAH ROHANI BINTI ALMARHUM TENGKU BESAR MAHMUD PADA 14 APRIL 2009 BERSAMAAN DENGAN 18 RABIULAKHIR 1430H DI BALAIRUNG SERI, ISTANA BESAR, SERI MENANTI.Tatabahasa01.04.2009
Sebelum itu, saya ingin memohon maaf kerana saya telah menanyakan sesuatu di bahagian Pantau Tegur. Saya baru menyedarinya, sebetulnya di ruangan ini. Begini, gelaran DYMM itu boleh minta dijelaskan? Saya bukanlah Pakar Bahasa atau ingin memprotes Institusi Di- Raja, cuma ingin minta penjelasan. Hal ini kerana boleh jadi salah faham. Sekian, terima kasih.Gelaran DYMM ialah kependekan bagi Duli Yang Maha Mulia yang digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong.Lain-lain18.08.2010
SAPAAN AGONGDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONGLain-lain06.09.2010
123

Kembali ke atas