Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Denmark


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DENMARK

Denmark ialah sebuah kerajaan yang kecil di

utara Eropah yang hampir keseluruhannya

dikelilingi air. Negara ini terdiri daripada sebuah

semenanjung dan 482 buah pulau berdekatan.

UMUM 
CHRISTIAN IXChristian IX (1818–1906) ialah raja Denmark
yang memerintah dari tahun 1863 hingga
kemangkatannya pada tahun 1906. Denmark
kehilangan satu per tiga daripada wilayahnya ketika
pemerintahannya
UMUMUmum
CHRISTIAN XChristian X (1870–1947) ialah raja Denmark dari
tahun 1912 hingga kemangkatannya. Baginda
menjadi simbol penentangan penting Denmark
terhadap pendudukan Jerman semasa Perang
Dunia II (1939–1945)
UMUMUmum
CHRISTIAN IVChristian IV (1577–1648) ialah raja Denmark
dari tahun 1588 hingga kemangkatannya.
Pemerintahannya selama 60 tahun adalah yang
terpanjang bagi seorang raja Denmark
UMUMUmum
DINESEN, ISAK

Dinesen, Isak (1885–1962) ialah nama pena

Baroness Karen Blixen-Finecke, pengarang

Denmark yang menulis dalam bahasa Inggeris dan

bahasa Denmark. Karya-karyanya membicarakan

manusia dan situasi yang aneh, tidak

munasabah dan ganjil.

UMUM 
OERSTED, HANS CHRISTIAN

Oersted, Hans Christian (1777–1851), ahli fizik

dan ahli kimia Denmark, yang meletakkan asas bagi

sains elektrokemagnetan (lihat Elektromagnet ).

Pada tahun 1820, dia mendapati bahawa jarum

kompas bergetar setiap kali dia meletakkannya

berdekatan dengan wayar yang membawa arus

elektrik. Dia mendapati bahawa setiap pengalir

yang membawa arus elektrik dikelilingi oleh

medan magnet. Oersted juga dianggap telah

menghasilkan aluminium yang pertama, pada

tahun 1825 [lihat Aluminium ( Aluminium yang

pertama)]. Dia menulis Spirit of Nature (1850).

Oersted lahir di Rudk øb ing, Denmark.

UMUM 
ÅRHUS

Århus, yang juga dieja Åarhus (pend. 204 193),

ialah bandar raya yang kedua terbesar di Denmark.

Ia merupakan bandar pelabuhan di pantai timur

Jutland, dan pusat perdagangan dan perindustrian.

Århus mempunyai katedral yang indah, yang

dibina pada tahun 1200, dan sebuah universiti yang

ditubuhkan pada tahun 1928. Untuk lokasinya, lihat

Denmark (peta).

UMUM 
SOKE

Soke ialah pertubuhan petani pemilik tanah

mempunyai asal usulnya di kawasan taklukan

Denmark di tangan England pada tahun 800-an

M. Soke merupakan daerah, yang kadangkala

terdiri daripada beberapa kampung, di mana

pemilik tanah asal membahagikan kawasan kecil

kepada petani sebagai upah bagi perkhidmatan

mereka. Soke Peterborough yang kini di

Cambridgeshire, mengabadikan nama soke, tetapi

Bukan bentuk soke pada zaman Denmark.

UMUM 
ØRE

Øre ialah duit syiling yang digunakan di Denmark

dan Norway. Ia bernilai satu per seratus daripada

satu krone.

UMUM 
KRONEKrone ialah wang syiling Denmark dan Norway.UMUM 
1234

Kembali ke atas