Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pustaka (kata nama,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan kitab, buku;,
Kata Terbitan : perpustakaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
hello seamstress petang saya ada personal mengenai di bawa , apakah 1. Sejarah Dewan Bahasa dan Pustaka.? 2. Fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka.? 3. Sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka.?Salam sejahtera,

Maklumat Korporat Dewan Bahasa dan Pustaka

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, maklumat korporat mengenai sejarah dan fungsi penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka bolehlah dirujuk melalui laman sesawang DBP, iaitu: http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/2?mid=22

Sekian, untuk pemakluman.
Lain-lain09.07.2022
hello selamat petang saya ada personal mengenai di bawa , apakah 1. Sejarah Dewan Bahasa dan Pustaka.? 2. Fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka.? 3. Sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka.?Salam sejahtera,

Maklumat Korporat Dewan Bahasa dan Pustaka

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, maklumat korporat mengenai sejarah dan fungsi penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka bolehlah dirujuk melalui laman sesawang DBP, iaitu: http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/2?mid=22

Sekian, untuk pemakluman.

Lain-lain09.07.2022
Dewan bahasa dan pustaka bukakah setiap hari ahad?
Dewan Bahasa dan Pustaka dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.
Lain-lain10.11.2016
Adakah Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah Kementerian pendidikan? Adakah kursus yang dianjurkan oleh DBP boleh dimasukkan ke dalam 7 hari kursus yang perlu dihadiri oleh penjawat awam pada satu tahun?Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai kursus anjuran DBP, sila hubungi Bahagian Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel kepada pegawainya Puan Faridah A. Rahman dbp.gov.my">faridah@dbp.gov.my.Lain-lain14.03.2013
Mohon pencerahan berkenaan singkatan nama sesebuah agensi di permulaan ayat. sebagai contoh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah disebut di perenggan sebelumnya. Bagaimanapun,bagi perenggan seterusnya, di permulaan ayat, perlu untuk menulis sebagai nama penuh Dewan Bahasa dan Pustaka. Adakah benar? Atau memadai dengan DBP sahaja di permulaan ayat tersebut.Jika telah ditulis Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di permulaan ayat atau perenggan, dalam ayat atau perenggan seterusnya, memadai jika menggunakan singkatan DBP sahaja.Lain-lain27.09.2018
Berepa lama (hari) untuk mendapat pengesahan dewan bahasa dan pustaka untuk iklan papan tanda premis ?Proses pengesahan aspek bahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk iklan papan tanda premis ialah tiga hari waktu bekerja.Lain-lain14.07.2015
Bagaimana cara membuat permohonan untuk melakukan latihan industri di Dewan Bahasa dan Pustaka dan siapa yang perlu dihubungi

Salan sejahtera,

PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Untuk makluman, semua pelajar yang  ingin  menjalani  latihan  industri  di  DBP,  perlu menghantar  permohonan kepada  Ketua  Akademi  DBP melalui alamat e-mel: akademi@dbp.gov.my serta mengemukakan sekali:
 

  1. Surat  permohonan  –  nyatakan  bidang  pengajian,  peringkat pengajian,  tempoh  latihan  industri  dan  maklumat  lain  yang berkaitan.
  2. Surat  pengesahan/sokongan  daripada  fakulti/institusi  pendidikan berkaitan.
  3. Resume.
  4. Salinan  keputusan  peperiksaan  setiap  semester.
  5. Borang jawapan penerimaan pelatih  industri.

Urusan surat-menyurat:

Ketua Akademi DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 4, Wisma DBP,
50460 Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi:

Laman sesawang: http://akademi.dbp.my/

Nombor telefon: 03-2147 0220/0230

Faksimile: 03-2147-0231

E-mel: akademi@dbp.gov.my



Lain-lain02.08.2021
Endang Purwasari Oct 29th, 7:56am Yth. Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Dengan hormat, Perkenalkan kami dari Jurusan Sastra Indonesia, Universitas Gadjah Mada. Kami sampaikan bahwa dalam rangka kegiatan benchmarking, kami berencana mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia pada tanggal 5 November 2014. Surat permohonan lawatan terlampir dan akan kami kirimkan melalui faksimile. Atas perhatian dan kesediaan Tuan/Puan kami ucapkan terima kasih. ----- Salam,Sehingga kami memberikan maklum balas ini kepada pihak puan, Dewan Bahasa dan Pustaka belum menerima surat rasmi daripada pihak puan berkaitan lawatan yang dimaksudkan. Tiada juga surat yang terlampir bersama-sama pertanyaan ini. Mohon surat tersebut dapat dihantar kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Selain itu, tuan juga boleh menghubungi Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-2147 9464/012-6956446 atau e-mel razali3@dbp.gov.my.Lain-lain29.10.2014
Askum. boleh saya menghantar karya novel saya ke dewan bahasa dan pustaka. terima kasih.Saudara, saya tidak pasti siapakah sasaran pembaca novel saudara itu. Jika ia untuk pembaca remaja, saudara boleh menghantar kepada Ketua Editor Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Dewan bahasa dan Pustaka, atau di alamat e-mel arshad@dbp.gov.my. Jika untuk pembaca dewasa, sila hantar kepada Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka atau di alamat e-mel norimah@dbp.gov.my. Manuskrip saudara itu akan kami nilai kesesuaiannya terlebih dahulu sebelum dapat diterbitkan. Terima kasih. Lain-lain11.10.2010
Saya ingin bertanya juka terdapat sebarang keperluan atau stipulasi akta dewan bahasa dan pustaka untuk mendapat sebarang kelulusan untuk penerbitan penterjemahaan piawaiaan perakaunan Malaysia.

Tidak ada peruntukan yang berkaitan dengan kerja penterjemahan dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk mendapatkan khidmat terjemahan, sila berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia di talian 03- 41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-21424381.

Lain-lain09.08.2011
12345678910...

Kembali ke atas