Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pustaka (kata nama,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan kitab, buku;,
Kata Terbitan : perpustakaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),

badan pembinaan dan pengembangan bahasa,

kesusasteraan dan penerbitan dalam bahasa

Melayu.

UMUM 
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, badan pembinaan dan pengembangan bahasa, kesusasteraan, dan penerbitan dalam bahasa Melayu yang ditubuhkan pada tahun 1956. Pada tahun 1959, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berubah tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. Pemberian autonomi kepada badan ini membolehkannya menggubal dasar tentang pelaksanaan matlamat yang ditetapkan dalam akta tersebut.

BAHASAInstitusi/Organisasi
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, BRUNEI DARUSSALAMDEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, BRUNEI DARUSSALAM, sebuah institusi kerajaan yang bertanggungjawab meningkatkan dan menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayubahasa rasmi negara. Institusi ini di bawah Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan diterajui oleh seorang Pengarah.BAHASAInstitusi/Organisasi
HARI-HARI TERAKHIR SEORANG SENIMANNovel pertama karya Anwar Ridhwan. Novel ini memenangi “Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah” yang diadakan pada tahun 1979. Kemudian novel ini diterbirkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1979.SASTERAKarya
DEWAN MASYARAKATDEWAN MASYARAKAT, majalah bulanan bacaan umum, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak 15 September 1963. Majalah yang mengandungi 60 halaman ini berukuran 21 cm x 28 cm dan merupakan majalah kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka selepas majalah Dewan Bahasa. Pada peringkat awalnya, majalah ini diterbitkan pada setiap 15 hari bulan, tetapi mulai keluaran Jun 1986, majalah ini diterbitkan pada setiap awal bulan. Pengarang pertamanya ialah Kamaluddin Muhammad (Keris Mas). Dia memegang jawatan itu hingga bulan Januari 1967. Mulai Februari 1967, jawatan pengarang dinaikkan tarafnya kepada ketua pengarang. Keris Mas terus memegang jawatan tersebut hingga bulan Julai 1975. Mulai bulan Ogos 1975, jawatan ini dipegang oleh M. Noor Azam.SASTERAPenerbitan
AYN

‘AYN, kumpulan puisi keempat Kemala, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1983. Kumpulan ini memasukkan pengantar Profesor Dato’ Haji Shahnon Ahmad (vii-xx) tentang permasalahan dunia puisi dalam Islam.

SASTERAPenerbitan
DEWAN SISWADEWAN SISWA, majalah bulanan khusus untuk golongan remaja dan pelajar sekolah menengah. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak Januari 1979, dengan moto “Bulanan Pengetahuan dan Kreatif Siswa Menengah”. Majalah ini berukuran 21 cm x 28 cm. Anggota sidang pengarang pertama majalah ini terdiri daripada M. Noor Azam sebagai ketua pengarang, Haji Ahmad Ismail (Ajikik) sebagai pengarang, Jaafar Abdul Rahim, Mohammad Bahadon dan Kamariah Yusof sebagai penolong pengarang.SASTERAPenerbitan
MUSAFIR

MUSAFIR , novel karya Hassan Ali. Novel ini memenangi tampat kedua Peraduan Mengarang Novel Dewan Bahasa dan Pustaka 1958. Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1959, dan terpilih sebagai teks sastera sekolah menengah. Hingga tahun 1993, Musafir telah diulang cetak sebanyak 13 kali.

  

SASTERAKarya
PROJEK 238PROJEK 238, novel karya B.H. Amir. Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 1989. Novel ini tergolong sebagai sebuah novel perisikan yang bersifat futuristik.SASTERAKarya
KAMUS SIMPULAN BAHASAKAMUS SIMPULAN BAHASA, kamus yang disusun oleh Abdullah Hussain dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1966. Kamus ini diterbitkan semula sebagai edisi kedua pada tahun 1992 dengan dua pembaikan, iaitu menggunakan sistem ejaan baru yang disempurnakan dan dibuat pengemaskinian, lebih-lebih lagi daripada bahasa Melayu Brunei yang mengambil kira pengalaman penyusunan selepas bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei pada masa itu.BAHASAPenerbitan
12345678910

Kembali ke atas