Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pustaka (kata nama,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan kitab, buku;,
Kata Terbitan : perpustakaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
centralised processingpemprosesan terpusatTeknologi MaklumatTiadaKaedah memproses beberapa atur cara yang dijalankan pada komputer di pusat komputer sesebuah organisasi. Contohnya sistem peristilahan dalam talian dikendalikan oleh pusat komputer Dewan Bahasa dan Pustaka.
gaya Dewangaya Dewan-TiadaGaya penulisan dan penerbitan yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
retellingpenceritaan semulaKesusasteraanTiadaMenceritakan kembali cerita-cerita lama dalam bentuk baru untuk bacaan umum dan kanak-kanak. Contoh: cerita Tukang Kasut Dengan Orang Kerdil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
electronic mail addressalamat mel elektronikTeknologi MaklumatTiadaMerujuk kepada pengenalan pengguna yang berdaftar dengan sesuatu pelayan mel elektronik yang dikendalikan oleh sesuatu organisasi tempat pengguna itu bekerja (seperti dpb (Dewan Bahasa dan Pustaka), ukm (Universiti Kebangsaan Malaysia), dan lain-lain), atau organisasi perniagaan/bebas (seperti yahoo, mimos, tmnet dan lain-lain). Alamat mel elektronik (atau e-mel) berbentuk seperti berikut: @ Contohnya, arh@dbp.gov.my bermaksud pengguna arh berdaftar dengan pelayan e-mel yang nama domainnya ialah dbp.gov.my. Pelayan e-mel akan menyediakan fail kotak e-mel yang saiznya bergantung kepada sesuatu organisasi (contohnya 1MB atau lebih) untuk menyimpan e-mel yang diterima, dihantar keluar ataupun disimpan oleh pengguna tersebut.
head of departmentketua jabatanPentadbiranPentadbiran Awam

Individu dalam perkhidmatan awam yang dilantik untuk mengetuai dan mentadbir sesebuah unit, jabatan, pusat, sektor mahupun institusi. Beliau bertanggungjawab untuk membangunkan jabatan tersebut sesuai dengan matlamat dan hala tuju yang telah ditetapkan. Ketua ini juga bertanggungjawab memelihara kepentingan anggotanya termasuk pengembangan kerjaya kakitangan di samping melayan kehendak orang ramai yang berurusan dengannya. Seorang ketua berkuasa memberi arahan, membentuk strategi, menentukan dan mengawal perbelanjaan serta melaksanakan dasar yang telah ditetapkan oleh kementerian atau pihak yang lebih tinggi. Ketua jabatan bagaimanapun tertakluk kepada arahan peringkat yang lebih tinggi seperti pengarah atau ketua setiausaha kementerian mahupun eksekutif tertinggi. Contoh ketua jabatan ialah Ketua Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka.

public sector agencyagensi sektor awamPentadbiranPentadbiran Awam

Pertubuhan, syarikat atau badan yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang berorientasikan kepada matlamat kerajaan. Agensi sektor awam merupakan jentera pentadbiran yang menjalan dan melaksanakan hasrat serta objektif kerajaan berdasarkan garis panduan yang tertentu untuk menjamin kebajikan dan keselamatan orang ramai. Agensi ini boleh dikategorikan kepada pelbagai aspek seperti syarikat perniagaan, badan kebajikan, peningkatan produktiviti dan pembangunan masyarakat. Setiap agensi mempunyai bidang tugas dan tanggungjawab masing-masing, namun masih tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Contohnya, Dewan Bahasa dan Pustaka, FELDA, FINAS, BSN dan MARA.


Kembali ke atas