Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (fébruari) bulan kedua dlm tahun Masihi yg biasanya mengandungi 28 hari (dlm tahun lompat ada 29 hari). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /fébruari/ bulan yg kedua dlm tahun Masihi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Februari


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah pengiraan minggu dalam setiap bulan dinafikan? Contohnya: Februari 2013 Minggu pertama dalam setiap bulan, adakah ia mula dikira semasa minggu tersebut mengandungi 7 hari? Atau, ia dikira bermula pada 1 hb Februari? Minggu ketiga Februari adakah mula dikira dari 10hb hingga 16hb? Adakah pengiraan ini sah digunakan dalam sistem awam/kerajaan di dalam negeri? Ribuan terima kasih.Minggu Pertama yang ada pada setiap bulan berdasarkan satu haribulan jatuh pada hari apa dalam minggu berkenaan. Contohnya Sabtu minggu pertama bulan Februari 2013 jatuh pada 2 Februari 2013.Lain-lain29.01.2013
Apakah maksud "delivery should not be later than February" atau terjemahan bahasa melayu "penghantaran tidak boleh lewat daripada Februari"? Adakah maksudnya penghantaran perlu dilakukan di dalam bulan Februari, iaitu sebelum Mac atau sebelum bermula bulan Februari iaitu sebelum atau pada tarikh akhir 31 Januari.Terjemahan untuk teks bahasa Inggeris, Delivery should not be later than February dalam bahasa Melayu ialah: Penghantaran perlu dibuat sebelum Februari.Makna29.03.2023
Februari atau Febuari?Ejaan yang tepat ialah Februari.Ejaan03.11.2015
Saya ingin bertanya mengenai ejaan yang betul bagi bulan Februari, adakah telah berlaku perubahan ejaan kepada Febuari? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah Februari.Ejaan26.02.2009
Berapa suku kata pada perkataan Februari? Bahasa Inggeris meletakkan tiga suku kata untuk Feb/rua/ry, tapi penggalan bunyi Feb/ru/a/ri?Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, penggalan bunyi bagi perkataan Februari ialah Feb.ru.wa.riLain-lain15.02.2022
Terdapat 2 fenomena menarik berkaitan bahasa minggu ini. i. Pada 22 Februari 2014, TV3 mengadakan program "Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur". Saya berpendapat mengikut tatabahasa yang betul sepatutnya. "ANUGERAH FESTIVAL DRAMA KUALA LUMPUR". ii. Pada 23 Februari 2014, tersiar dalam Berita Perdana di TV 1, RTM dan Berita Harian akan menyiarkan kembali rancangan `Mini Parlimen' yang popular pada era 1980-an. Mengikut hukum DM, sepatutnya 'PARLIMEN MINI'. Sekiranya berlaku ketidaktepatan atau kesilapan tatabahasa ini, apakah tindakan susulan Jabatan Pengembangan Bahasa DBP. Kalau tidak dibetulkan dengan SEGERA, pasti kesilapan ini akan berterusan dan menjadi contoh tidak baik kepada pengguna bahasa.Terima kasih atas makluman daripada pihak tuan. Pihak kami akan menyiasat perkara ini dan akan menghubungi pihak yang berkenaan untuk memaklumkan kesilapan ini. Terima kasih sekali lagi.Lain-lain24.02.2014
salam sejahtera, saya ingin bertanya, adakah biasiswa yang ditawarkan oleh DBP akan dibuka pada bulan februari 2015. Hal ini kerana, saya bercadang menyambung pengajian di peringkat sarjana, bagi program bahasa melayu untuk kemasukan bulan feruari 2015. Jika, tiada sebarang biasiswa DBP, ditawarkan pada waktu tersebut, bolekah saya memohon biasiswa DBP secara persendirian jika saya memenuhi syarat yang diperlukan DBP bagi pemohon biasiswa. Sekian, terima kasih.Puan, soalan puan ini saya panjangkan kepada pegawai bahagian Pembangunan Sumber Manusia untuk memberikan jawapan. Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel.  Terima kasih.Lain-lain15.08.2014
Salam sejahtera dan terima kasih kerana membantu. Saya ingin bertanya sekali lagi soalan saya bertarikh 10 Februari 2022 yang belum berjawab: Dalam konteks pembiayaan perdagangan asing, istilah "avalisation" merujuk kepada tindakan pihak ketiga (biasanya bank atau institusi kewangan) untuk menjamin obligasi pembayaran oleh pembeli kepada penjual mengikut terma kontrak jualan, bil pertukaran dll. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "avalisation" - bolehkah "penjaminan" diterima? Harap boleh mendapat jawapan pihak DBP dalam masa yang terdekat, terima kasih.Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

avalisation - avalisasi

Padanan ini merujuk kepada jaminan pembayaran oleh pihak bank ke atas tanggungan hutang oleh penghutang kepada pemberi hutang. Istilah ini sudah mantap digunakan di institusi perbankan dan kewangan.
Lain-lain23.02.2022
Saya rasa istilah bahasa Melayu telah ditukar semula menjadi bahasa Malaysia selepas sambutan kemerdekaan ke-50 tahun lepas. Tetapi Pelita Bahasa Februari 2008 masih menggunakan istilah bahasa Melayu. Adakah masih kekal sebagai bahasa Melayu? Huruf 'B' pada perkataan bahasa dalam huruf kecil atau besar? Terima kasih.Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia boleh digunakan di samping istilah bahasa Melayu. Ejaan bahasa Melayu yang menggunakan 'B' digunakan untuk mengeja nama mata Pelajaran : Bahasa Melayu.Lain-lain26.02.2008
kenapa tidak boleh hantar soalan?Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pertanyaan saudara melalui portal Khidmat Nasihat DBP pada 18 Februari 2023 dirujuk.

Kami memohon maaf atas kesulitan. Mohon saudara melayari portal KNDBP sekali lagi untuk mendapatkan Khidmat Nasihat DBP. 

Sekian, terima kasih.
Lain-lain18.02.2023
123

Kembali ke atas