Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (fébruari) bulan kedua dlm tahun Masihi yg biasanya mengandungi 28 hari (dlm tahun lompat ada 29 hari). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /fébruari/ bulan yg kedua dlm tahun Masihi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Februari


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intercalary dayhari tambahanMatematikTiadaHari yang turut diselitkan atau diperkenalkan di dalam takwim, seperti 29 Februari pada tahun kabisat.
baratbaratMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin badai kencang yang bertiup dari arah barat atau barat daya di kawasan pantai utara kepulauan Sulawesi, di antara bulan Disember hingga Februari.
summermusim panasMatematikTiadaTempoh dari solstis musim panas hingga ekuinoks musim luruh, iaitu di antara Jun dengan bulan Ogos di hemisfera utara dan bulan Disember dengan bulan Februari di hemisfera selatan.
Roman calendarkalendar RomawiMatematikTiadaTahun dalam zaman Rom dahulu, yang bermula pada bulan Mac dan setahun hanya ada sepuluh bulan sahaja; enam daripadanya berasaskan nombor manakala empat lagi berasaskan nama dari September hingga Disember kemudian ditambah dengan bulan Februari pada akhir tahun dan Januari pada awal tahun.
Julian calendartakwim JuliusMatematikTiadaTakwim yang digantikan dengan takwim Gregory. Takwim ini mempunyai 365.25 hari setahun dan pecahannya itulah yang menyebabkan wujud tahun kabisat setiap empat tahun sekali, dan dibahagikan kepada 12 bulan dan setiap bulan mempunyai 30 atau 31 hari kecuali bulan Februari 28 hari, dan pada setiap kabisat 29 hari.
levanterlevanterMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin berlengas tinggi di Selat Gibraltar dan di pantai timur Sepanyol. Angin ini bertiup dari arah timur atau timur laut dengan adanya tekanan tinggi di Eropah Tengah dan tekanan rendah di barat daya Mediterranean. Angin ini lebih kerap dan paling kencang dari bulan Oktober hingga Disember, dan Februari hingga Mei, dan berterusan dari dua hingga tiga hari.
privatization policydasar penswastaanPentadbiranPentadbiran Awam

Dasar yang dilancarkan pada tahun 1983 bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan, meningkatkan kecekapan dan kepelbagaian hasil, menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara, pengagihan sumber secara cekap dan memindahkan sebahagian pengurusan dan kepentingan kerajaan yang boleh menjana keuntungan kepada pihak swasta. Pelaksanaan dasar ini memberikan keutamaan kepada tanggungjawab pengurusan, aset dan hak untuk menggunakan aset tersebut dan tanggungjawab kakitangan. Dasar ini dicetuskan berikutan pelancaran Dasar Persyarikatan Malaysia pada 25 Februari 1983 yang menekankan kepada kerjasama di antara sektor awam dengan sektor swasta dalam pembangunan negara. Penswastaan adalah bertentangan dengan konsep “Memilik Negara” yang menambahkan penguasaan kerajaan dalam sektor ekonomi atau perniagaan.

Islamic Fiqh AcademyAkademi Fikah IslamUndang-undangUndang-undang AntarabangsaOrganisasi subsidiari yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), bertujuan untuk melakukan penyelidikan dan mengeluarkan hukum tentang isu-isu kontemporari berdasarkan prinsip perundangan Islam sebagai panduan umat Islam sedunia. Keputusan yang dibuat oleh akademi ini merupakan satu ijtihad yang melibatkan ulama dan pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan dari seluruh dunia, termasuk Malaysia. Contohnya, dalam Persidangan Akademi Fikah Islam ke-4 di Jeddah, Arab Saudi pada 11 Februari 1988, satu fatwa telah dikeluarkan yang menyatakan bahawa �diharuskan organ si mati dipindahkan kepada yang hidup apabila kehidupan penerima organ itu bergantung pada penerimaan organ tersebut atau keselamatan fungsi asas dalam diri penerima bergantung pada penerimaan organ tersebut, dengan syarat mendapat keizinan daripada penderma sebelum dia meninggal dunia atau keizinan daripada waris selepas dia meninggal dunia, atau daripada pemimpin masyarakat Islam jika si mati tidak dikenali atau tidak mempunyai waris�.

Kembali ke atas