Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Finland


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FINLAND UMUM 
PERANG RUSIA-FINLAND

Perang Rusia-Finland. Semasa Perang Dunia

II, Kesatuan Soviet dan Finland berperang

sebanyak dua kali. Mereka berperang singkat

dalam “Perang Musim Sejuk” dari tahun 1939

hingga tahun 1940. Perang kedua, iaitu “Perang

Sambungan” berlaku dari tahun 1941 hingga tahun

1944. Finland kalah dalam kedua-dua peperangan

tersebut.

UMUM 
TELUK FINLAND

Teluk Finland lihat Laut Baltik.

UMUM 
TAPIOLA

Tapiola ialah sebuah komuniti dalam bandar raya

Espoo, Finland, yang menjadi terkenal di seluruh

dunia sebagai model perancangan bandar. Tapiola

terletak di bahagian selatan Finland. Untuk

mengetahui kedudukan Espoo, lihat Finland (peta

politik).

UMUM 
KEKKONEN, URHO KALEVA

Kekkonen, Urho Kaleva (1900–1986), menjadi

presiden Finland dari tahun 1956 hingga tahun

1981. Ramai yang percaya bahawa dasar yang

dijalankannya telah menyelamatkan Finland

daripada menjadi sebuah negara Komunis.

Kekkonen menekankan pengecualian dalam

Perang Dingin dan bekerjasama dengan kedua-dua

pihak, iaitu Kesatuan Soviet dan pihak Barat. Di

bawah pemerintahannya, Finland menjadi ahli

bersekutu kepada European Free Trade

Association (EFTA) atau Pertubuhan Perdagangan

Bebas Eropah. Finland juga terlibat dalam

persidangan keselamatan Eropah yang dapat

menjamin mengurangkan tekanan di kalangan

orang Eropah.

UMUM 
SIBELIUS, JEAN

Sibelius, Jean (1865–1957) ialah penggubah

Finland. Karyanya yang paling penting ialah tujuh

simfoni dan beberapa puisi simfoni untuk orkestra.

Sibelius melandaskan kebanyakan daripada puisi

simfoninya pada puisi epik kebangsaan Finland,

Kalevala . Gubahan ini menyatakan tanggapan

Sibelius terhadap hutan, tasik, musim panas yang

dingin, dan musim sejuk yang bersalji di Finland.

UMUM 
MANNERHEIM, CARL GUSTAF EMIL VON

Mannerheim, Carl Gustaf Emil von (1867–

1951) ialah pemimpin tentera dan politik Finland

yang membantu mengasaskan Republik Finland

pada tahun 1919.

UMUM 
SAARINEN, ELIEL

Saarinen, Eliel (1873–1950), arkitek Finland. Dia

menjadi masyhur pada peringkat antarabangsa

kerana reka bentuk tradisionalnya yang menarik

bagi stesen kereta api Helsinki (1904–1914).

UMUM 
NURMI, PAAVI JOHANNES

Nurmi, Paavi Johannes (1897–1973) ialah

pelari Finland yang memenangi sembilan pingat

emas Olimpik dan mencatatkan 29 rekod dunia

bagi lebih daripada 16 larian jarak jauh secara

berasingan.

UMUM 
ARGELANDER, FRIEDRICH WILHELM AUGUST

Argelander, Friedrich Wilhelm August

(1799–1875), ahli astronomi Jerman-Finland dan

profesor astronomi di Bonn, Jerman. Dia telah

membuat katalog dan mencartakan lebih daripada

300 000 bintang yang terdapat di hemisfera samawi

utara hingga ke magnitud kesembilan. Dia telah

menubuh dan menjadikan pengajian tentang

perubahan bintang sebagai satu cabang astronomi

dengan mengkaji sejarah perubahan bintang-

bintang dari segi kegemerlapannya. Dia lahir di

Meme (kini Klaipeda), Lithuania.

UMUM 
123

Kembali ke atas