GANGGA NEGARA | GANGGA NEGARA, kerajaan Melayu kuno di Perak. Kewujudan kerajaan tersebut tercatat dalam sumber Yunani purba, India, China dan Arab-Parsi tetapi sehingga kini amat sedikit, malahan hampir tiada langsung bahan-bahan, bertulis ataupun bukti-bukti arkeologi yang secara pasati dikaitkan dengan kerajaan Gangga Negara. Gangga mungkin mengambil sempena nama Sungai Ganges di India, manakala Negara dalam bahasa Sanskrit bermakna negeri. Gangga Negara bererti negeri di tepi sungai. Namun begitu catatan Ptolemy dalam bukunya, Georaphike Huphegesis, yang ditulis sekitar tahun 150 M, ada menyebut nama Coconagara yang secara fonetiknya seakan-akan perkataan Gangga Negara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
TELUK BENGGALA | Teluk Benggala ialah bahagian utara Lautan Hindi, yang bersempadan dengan India, Bangladesh, dan Myanmar. Sungai-sungai yang mengalir masuk ke teluk ini termasuk Sungai Gangga, Brahmaputra, dan Irrawaddy. Bandar pelabuhan yang penting di teluk ini ialah Calcutta, Madras, dan Rangoon. Pantai baratnya mempunyai sedikit pelabuhan. Pantai timurnya agak berbeza. Kepulauan Andaman dan Nicobar serta Kepulauan Mergui terletak di timur teluk ini. Rangkaian kepulauan gunung berapi terletak di luar pantai Burma. Siklon yang diiringi ombak gadang ada kalanya berlaku di teluk ini pada penghujung musim monsun (September/Oktober). | UMUM | |
BERUAS | BERUAS, daerah yang terletak antara garis bujur 100 46” T dan garis lintang 427’U, di Perak. Sejarah kerajaan tua Melayu Beruas mempunyai kaitan yang rapat dengan dua buah kerajaan tua Melayu yang lain, iaitu kerajaan Gangga Negara dan kerajaan Manjung yang dikatakan berhampiran antara satu sama lain. Daripada kerajaan Beruas bermulanya Kesultanan Perak hingga ke hari ini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
DINDING | DINDING, sebuah daerah di barat daya negeri Perak. Perihal Dinding ada disebut dalam buku Sejarah Melayu, iaitu adanya sebuah kerajaan lama bernama Gangga Negara terletak di barat Dinding. Di situlah raja bersemayam dan memerintah. Semasa Melaka di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Dinding telah ditakluki dan menjadi jajahannya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |