Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mengganggu 1. mengusik, mengacau: pekerjaan orang jangan diganggu; 2. mengusik, mempermain-mainkan, menggoda (perempuan): tidak baik awak ~ murid perempuan itu; 3. menghalangi, mencegah, memacetkan, merusuh: batuknya ~ ia bercakap; ~ keamanan merosakkan keĀ­amanan; terganggu terusik, tercegah, terhalang: pasukan keamanan nampaknya ~ oleh pengganas-pengganas di hutan;gangguan 1. perbuatan mengganggu (mengusik dsb), usikan, godaan; 2. sesuatu yg mengganggu (mengacau, menghalang, menyusahkan, dsb), halangan;~ fikiran keadaan jiwa (perasaan atau minda) yg tidak tenteram, cemas, bercelaru dsb akibat sesuatu tekanan, terutamanya faktor luaran atau persekitaran; ~ mental (Ubat) sebarang penyakit atau keadaan seseorang, yg berlaku akibat perubahan organik atau tak organik pd otak, yg seterusnya mengganggu fungsi otak; ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, meraba dsb, biasanya dilakukan berulang-ulang, terutamanya oleh orang lelaki terhadap wanita;penggangguan perihal atau perbuatan mengganggu; pengganggu orang dll yg (suka, selalu) mengganggu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; mengganggu 1 berbuat sesuatu utk menimbulkan rasa tidak tenteram atau rasa gelisah; berbuat sesuatu utk menyusahkan orang lain sama ada dgn niat jahat atau utk bermain-main saja; mengusik: Jangan suka ~ anak isteri orang. 2 menyebabkan tidak dpt berjalan sebagaimana yg sepatutnya; menghalang sesuatu drpd berjalan dgn lancar; menimbulkan kekacauan dll: Orang Inggeris berasa risau kerana peperangan saudara di negeri Perak itu ~ perniagaan mereka. ~ gugat mendakwa atau memperkarakan: Menurut perlembagaan, tiada seorang pun yg boleh ~ gugat kedudukan seseorang sultan. terganggu mendapat halangan atau rintangan; terhalang: Siaran televisyen telah ~ kerana kerosakan alat pemancarnya. gangguan apa-apa yg mengganggu; sesuatu yg menyusahkan dll; halangan. ~ fikiran gangguan yg berlaku pd fikiran seseorang yg menyebabkan dia berasa tidak tenteram, fikirannya cemas atau bercelaru akibat sesuatu tekanan atau masalah yg dihadapi. ~ jiwa gangguan yg berlaku pd jiwa (batin) seseorang. ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, perbuatan meraba, yg biasanya dilakukan berulang-ulang. penggangguan perbuatan mengganggu. pengganggu orang yg (suka) mengganggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Ganggu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam...maaf m'ganggu...saya pelajar dari upm ingin mengetahui maklumat tentang persatuan penulis selangor.saya sudah menghubungi pihaknya tetapi mereka tidak dapat berjumpa buat masa sekarang.tugasan saya itu perlu di hantar selewatnya hujung bulan ini.bolehkah sekiranya saya ingin mengetahui maklumat berkaitannya melalui dbp??topik bicara yg saya ingin tahu ialah sumbangan ,ltr blkg psatuan,aktiviti...sy mohon maaf,mohon makluman dgn kadar segera...Saudara perlu berhubung terus dengan persatuan berkenaan, dalam pangkalan data kami tidak ada maklumat berkaitan yang dapat membantu saudara.Lain-lain10.02.2011
obsesiObsesi bermaksud sesuatu yang sentiasa meng­ganggu atau menghantui fikiran seseorang.Makna17.05.2010
Nik AmalView Profile TUES 19:55 Nik Amal Nik Assalam , maaf ganggu . Nak tanya .. buku ini masih ada stok ? Psikologi kanak kanak & remaja Jas laile suzana jaafarSalam dan salam sejahtera, Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasihLain-lain22.11.2016
Bolehkah 'mood' dalam Bahasa Inggeris digunakan dalam penulisan Bahasa Melayu? Misalnya, 1. Minuman seperti teh herba boleh membantu kita memelihara mood yang baik. 2. Jangan ganggu ibu. Mood ibu tidak baik hari ini. Sekian, terima kasih.Tidak ada perkataan "mood" dalam bahasa Melayu. "Mood" boleh dirujuk dengan perkataan "angin" atau "suasana".Tatabahasa07.06.2017
Selamat petang, Adakah wujudnya perkataan 'obses' dan 'pemerdagangan' dalam bahasa Malaysia?

Istilah obses tidak ada dalam bahasa Melayu, yang diterima pakai ialah obsesi yang bermaksud 1. sesuatu yg sentiasa meng­ganggu atau menghantui fikiran seseorang: segera dapat saya tangkap semacam ~ dlm kepala teman itu; 2. keadaan terlalu me­mikirkan sesuatu. Istilah pemerdagangan boleh digunakan dan ada dalam istilah ekonomi sebagai padanan kepada commercialization.

Istilah20.04.2010
Salam, saya ingin bertanya adakah perkara seperti lampiran yang disertakan ini betul dan boleh digunapakai dalam urusan rasmi & adakah perkataan berikut dieja rapat atau sebaliknya: 1)gunatanah 2)maklumbalas 3)kacauganggu 4)sama atau sama ada1. Pembetulan yang telah dibuar seperti Lampiran adalah betul.
2. Guna tanah, maklum balas, kacau ganggu, sama ada
Ejaan21.09.2015
Salam. Saya ingin bertanyakan perkara seperti di bawah: a) Ianya @ ia boleh digunakan di permulaan ayat atau tidak b) Kacauganggu/ Garispanduan/Samada dieja rapat atau jarak c) 'Ramp' jika ditukarkan kepada Bahasa Melayu bermaksud tanjakan. Adakah perkataan lain yang boleh menggantikan perkataan tersebut (sila rujuk lampiran) Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam. a) Perkataan yang betul ialah "ia", bukan "ianya". Perkataan "ia" boleh digunakan di permulaan ayat, contohnya: Rumah itu besar. Ia diperbuat daripada kayu.
b) kacau ganggu, garis panduan, sama ada c) Perkataan "ramp" bermaksud tanjakan atau landas iaitu pelantar, laluan jalan atau laluan pandu yang condong secara seragam.
Tatabahasa25.05.2015
Salam. Berdasarkan carian kata di PRPM, Obsess membawa maksud terlalu memikirkan sesuatu; menghantui. 1) Jika dalam contoh ayat, "She is obsessed with cartoon," bolehkah diterjemahkan Obsessed sebagai taksub? 2) Apa pula penerangan bagi perkataan Taksub? Ia tiada dalam PRPM. 3) Menurut PRPM, Obsession pula diterjemahkan sebagai obsesi, jadi mungkin boleh dipertimbangkan terjemahan ini, Obsess (BI) --> Obses (BM). Salam.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "taasub" bermaksud kuat pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang, fanatik. Padanan bahasa Inggeris untuk "taasub" ialah doctrinaire. Istilah "obses" tidak ada dalam bahasa Melayu, yang diterima pakai ialah "obsesi" yang bermaksud  sesuatu yang sentiasa mengĀ­ganggu atau menghantui fikiran seseorang.Makna04.11.2016

Kembali ke atas