Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mengganggu 1. mengusik, mengacau: pekerjaan orang jangan diganggu; 2. mengusik, mempermain-mainkan, menggoda (perempuan): tidak baik awak ~ murid perempuan itu; 3. menghalangi, mencegah, memacetkan, merusuh: batuknya ~ ia bercakap; ~ keamanan merosakkan keĀ­amanan; terganggu terusik, tercegah, terhalang: pasukan keamanan nampaknya ~ oleh pengganas-pengganas di hutan;gangguan 1. perbuatan mengganggu (mengusik dsb), usikan, godaan; 2. sesuatu yg mengganggu (mengacau, menghalang, menyusahkan, dsb), halangan;~ fikiran keadaan jiwa (perasaan atau minda) yg tidak tenteram, cemas, bercelaru dsb akibat sesuatu tekanan, terutamanya faktor luaran atau persekitaran; ~ mental (Ubat) sebarang penyakit atau keadaan seseorang, yg berlaku akibat perubahan organik atau tak organik pd otak, yg seterusnya mengganggu fungsi otak; ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, meraba dsb, biasanya dilakukan berulang-ulang, terutamanya oleh orang lelaki terhadap wanita;penggangguan perihal atau perbuatan mengganggu; pengganggu orang dll yg (suka, selalu) mengganggu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; mengganggu 1 berbuat sesuatu utk menimbulkan rasa tidak tenteram atau rasa gelisah; berbuat sesuatu utk menyusahkan orang lain sama ada dgn niat jahat atau utk bermain-main saja; mengusik: Jangan suka ~ anak isteri orang. 2 menyebabkan tidak dpt berjalan sebagaimana yg sepatutnya; menghalang sesuatu drpd berjalan dgn lancar; menimbulkan kekacauan dll: Orang Inggeris berasa risau kerana peperangan saudara di negeri Perak itu ~ perniagaan mereka. ~ gugat mendakwa atau memperkarakan: Menurut perlembagaan, tiada seorang pun yg boleh ~ gugat kedudukan seseorang sultan. terganggu mendapat halangan atau rintangan; terhalang: Siaran televisyen telah ~ kerana kerosakan alat pemancarnya. gangguan apa-apa yg mengganggu; sesuatu yg menyusahkan dll; halangan. ~ fikiran gangguan yg berlaku pd fikiran seseorang yg menyebabkan dia berasa tidak tenteram, fikirannya cemas atau bercelaru akibat sesuatu tekanan atau masalah yg dihadapi. ~ jiwa gangguan yg berlaku pd jiwa (batin) seseorang. ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, perbuatan meraba, yg biasanya dilakukan berulang-ulang. penggangguan perbuatan mengganggu. pengganggu orang yg (suka) mengganggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Ganggu


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dipijak. (HID) quadrant electrometer quagmire Kamus Sains.indb 527 7/8/08 11:50:13 AM 528 qualitative protection (pertahanan kualitatif) Alelopati yang menggunakan racun tertentu. Contohnya, alkaloid yang meng- ganggu metabolisme haiwan secara terus. (BIO) quality control (kawalan kualiti) Kaedah analisis statistik yang digunakan dalam pengeluaran hasil supaya kualiti keadaan hasil sentiasa sama dengan kualiti yang telah ditetapkan. (KEJ) quanta

Kembali ke atas