Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Georgia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah kata nama seperti Georgia State University perlu diterjemah kepada Universiti Negeri Georgia? TK.Dalam hal penulisan tempatan, Georgia State University perlu diterjemahkan kepada Universiti Negeri Georgia.Penyemakan dan penterjemahan25.11.2015
Sila menterjemahkan ke dalam bahasa Jawi PUSAT MEMBAIKI KERETAEjaan jawi bagi PUSAT MEMBAIKI KERETA ialah georgia;"> ڤوست ممباءيقي کريتاEjaan10.12.2019
Mohon pencerahan mengenai sebutan perkataan "ee", di mana ia digunakan sebagai sr kata untuk menarik perhatian. Adakah sebutannya sama seperti "eh eh"? Terima kasih.georgia; font-size: 16px;">
Kata ee disebut sebagai (éé) sama dengan eeh (ééh). Sila rujuk versi bercetak Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 377.
Tatabahasa17.03.2020
Jika rumus bagi akronim Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ialah Jakim dan Berita Nasional Malaysia ialah Bernama, kenapa ejaannya tidak sama iaitu JAKIM dan BERNAMA (huruf besar) dalam Kamus Dewan Edisi Keempat?georgia;">Pada dasarnya  rumus menulis akronim dinyatakan di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 105-106. Walau bagaimanapun, dari segi amalan organisasi, contohnya JAKIM dan BERNAMA mengeja nama organisasi tersebut menggunakan huruf besar.  Untuk makluman puan, Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai kamus umum merakamkan bentuk ejaan sebenar yang digunakan oleh organisasi tersebut.Ejaan20.07.2018
Syarikat kami ingin memohon permit kelulusan pengambilan/pengeluaran air panas untuk tujuan perniagaan kesihatan kepada orang ramai. Kami telah berdaftar di Lemgaba Urus Air Selangor (LUAS). Syarikat berkhaskan pada MDHS untuk meluluskan membudayakan Bahasa pada penasihat Dewan Bahasa Dan Pustakageorgia; font-size: 12px;">Pertanyaan daripada pihak tuan kurang difahami oleh pihak kami.
Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/ papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda.
Lain-lain18.06.2017
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengapakah istilah 'subsidiary' diterjemahkan sebagai 'syarikat subsidiari' dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan, tetapi diterjemahkan sebagai 'anak syarikat' dalam Istilah Bahasa Melayu? Terjemahan manakah yang lebih tepat? Mengapa wujud perbezaan ini? Mengapa tidak diselaraskan sahaja? Sekian, terima kasih.georgia;">Tidak ada yang perlu diselaraskan sekiranya anda  memahami pemberian makna dan padanan dalam kamus. Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan, entri subsidiary diberikan padanan subsidiari, manakala entri subsidiary company yang diberikan padanan syarikat subsidiari.  Kamus Dewan memberikan makna entri syarikat subsidiari sebagai anak syarikat.Makna15.04.2018
Assalamualaikum, Dalam bukunya Sains Matematik dalam acuan bahasa Melayu dan Islam , Shaharir Mohamad Zain ada kemukakan istilah - istilah seperti barangkalianisme, nyataisme, hubunganisme, kebendaanisme, kejasmanisme. Saya tidak pernah dengar istilah - istilah ini dan saya ingin tahu jika DBP menerima pakai istilah tersebut dan mempunyai entri di PRPM?georgia;">Akhiran "-isme" digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme.Untuk makluman tuan, buku  Sains Matematik dalam Acuan Bahasa Melayu dan Islam karya Shaharir Mohamad Zain,bukan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Istilah yang tuan senaraikan, iaitu  barangkalianisme, nyataisme, hubunganisme, kebendaanisme, kejasmanisme tidak ada dalam pangkalan DBP.Makna16.10.2017
Adakah pihak DBP mengendalikan sebarang ujian bahasa Melayu kepada warganegara asing yang ingin mendapatkan certificate dalam bahasa Melayu? Jika tidak, badan manakah yang perlu dirujuk dalam perkara ini?

Tuan/puan,

Berkenaan dengan perkara tersebut, mohon pihak tuan tanyakan persoalan ini kepada Akademi DBP kerana perancangan pernah dibuat oleh Akademi DBP.

Boleh hubungi Akademi DBP melalui

    georgia, "bitstream charter", serif; vertical-align: baseline; background: rgb(255,255,255); white-space: normal; word-spacing: 0px; text-transform: none; font-weight: normal; color: rgb(51,51,51); padding-bottom: 0px; font-style: normal; padding-top: 0px; padding-left: 0px; margin: 0px 0px 0px 1.5em; orphans: 2; widows: 2; letter-spacing: normal; padding-right: 0px; text-indent: 0px; font-variant-ligatures: normal; font-variant-caps: normal; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial;border: 0px;">
  • Encik Mohd Asri bin Mohammad 03-2147 9323/019-3412 32 /asri_m@dbp.gov.my
  • Encik Mohd Amran bin Daud 03-2147 9223 / 019- 9934 09/ amran2@dbp.gov.my
  • Puan Zaidah binti Md Samin 03-2147 9227 /012-6106 256/ zaidahms@dbp.gov.my
Lain-lain30.04.2017

Kembali ke atas