Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar kekayaan; Tuhan yg ~ Tuhan yg memiliki segala kekayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Ghana


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GHANA UMUM 
EMPAYAR GHANA

Empayar Ghana merupakan negara

perdagangan orang kulit hitam yang penting di

Afrika Barat dari kira-kira tahun 300-an hingga

pertengahan tahun 1000-an.

UMUM 
ASHANTI

Ashanti ialah kumpulan etnik yang terbesar dan

paling berkuasa di Ghana, Afrika Barat. Nama

kumpulan ini juga dieja Asante . Kebanyakan orang

Ashanti yang berjumlah kira-kira 1 ½ juta orang

tinggal di selatan-tengah Ghana di kawasan

Ashanti. Ibu negeri kawasan ini, Kumasi, ialah

bandar kedua terbesar di Ghana.

UMUM 
ACCRA

Accra (pend. 964 879; pend. kaw. met.

 1 420 065) ialah ibu negara dan bandar raya

terbesar bagi Ghana. Ia terletak di pantai utara

Teluk Guinea (lihat Ghana [peta]). Kemudahan

pengangkutan Accra termasuk kereta api dan

lapangan terbang antarabangsa. Industrinya

termasuk pengeluaran jubin dan batu bata,

pemprosesan berlian dan kayu. University of Ghana

terletak di Legon, sebuah kawasan perumahan di

utara bandar raya Accra.

UMUM 
TASIK VOLTA

Tasik Volta, di tengah Ghana, merupakan salah

sebuah tasik buatan manusia yang paling besar di

dunia. Tasik ini merupakan takungan di belakang

Empangan Akosombo di Sungai Volta. Tasik Volta

terbentang sejauh 402 kilometer ke utara

empangan tersebut dan terbentuk apabila

empangan itu siap dibina pada tahun 1965. Tasik ini

meliputi kawasan seluas 8482 kilometer persegi.

Stesen janakuasa elektrik di Empangan Akosombo

menggunakan air dari Tasik Volta.

UMUM 
NKRUMAH KWAME

Nkrumah Kwame (1909–1972) ialah presiden

Afrika Barat, Republik Ghana dari tahun 1960

hingga tahun 1966. Pemimpin-pemimpin tentera

menggulingkannya pada tahun 1966, dan dia hidup

dalam buangan di Guinea. Presiden Sékou Touré

dari Guinea melantik Nkrumah sebagai presiden

kehormat Guinea.

UMUM 
MURABITUN, KERAJAAN

Murabitun, Kerajaan merupakan satu

daripada kerajaan Islam yang muncul dalam

lingkungan masa di antara tahun 448 hingga 541 H.

bersamaan tahun 1056 hingga 1147 M., di sebelah

barat laut benua Afrika. Beberapa kabilah iaitu

Sanhajah, Lamtunah, Masufah dan Jadalah al-

Barbariyyah telah bersatu pada abad ketiga Hijrah.

bersamaan abad kesembilan Masihi. Antara tujuan

penyatuan ini adalah untuk berusaha menyusun

urusan perdagangan antara kafilah-kafilah yang

melalui padang pasir – iaitu di antara bahagian

utara terletaknya wilayah Walata dengan bahagian

selatan terletaknya kerajaan Ghana. Namun,

penyatuan ini tidak dapat bertahan lama, malah ia

menjadi lemah dan seterusnya runtuh. Ghana telah

mengambil peluang di sebalik keruntuhan ini dan

menjadi semakin berpengaruh. Seterusnya, Ghana

berjaya menguasai beberapa bahagian di padang

pasir yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang

Barbar dan Arab.

UMUM 
ANNAN, KOFI

Annan, Kofi (1938-    ), diplomat Ghana, Setiausaha Agung PBB (1997-   ). Beliau ialah Setiausaha Agung yang pertama dilantik dalam kalangan staf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas