Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Guinea


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MALABO

Malabo (pend. 15 253) ialah ibu negara Equatorial

Guinea (Guinea Khatulistiwa). Bandar ini terletak di

Bioko, sebuah pulau di Teluk Guinea, Afrika Barat.

Untuk lokasi Malabo, lihat Equatorial Guinea

(peta). Malabo ialah pelabuhan penting yang

mengendalikan eksport pisang, kayu kabinet, koko,

kulit cinchona, kopi, kacang kola, dan minyak

kelapa sawit. Kebanyakan penduduk di bandar ini

bekerja dengan syarikat import eksport. Lapangan

terbang terletak berhampiran Malabo.

UMUM 
GUINEA-BISSAU UMUM 
GUINEA UMUM 
NEW GUINEA

New Guinea ialah pulau tropika yang besar di

Lautan Pasifik, utara Australia. New Guinea

merupakan pulau yang kedua terbesar di dunia

selepas Greenland.

UMUM 
PAPUA NEW GUINEA

Papua New Guinea ialah negara merdeka yang

terletak di Lautan Pasifik, di sebelah utara Australia.

Negara ini asalnya ialah sebahagian daripada

kawasan Papua Australia dan New Guinea. Ia

membentuk kerajaan sendiri pada tahun 1973 dan

mencapai kemerdekaan pada tahun 1975.

Kawasannya terdiri daripada separuh bahagian

Timur New Guinea, pulau kedua terbesar di dunia.

Separuh bahagian di barat pulau itu ialah Irian Jaya,

wilayah Indonesia.

UMUM 
TELUK GUINEA

Teluk Guinea lihat Afrika (peta fizikal).

UMUM 
EQUATORIAL GUINEA

Equatorial Guinea ialah negara kecil di barat

Afrika. Ia terdiri daripada sebuah wilayah di pantai

barat benua itu serta lima buah pulau luar pantai.

UMUM 
PORT MORESBY

Port Moresby (pend. 152 100) ialah pusat

pentadbiran Papua New Guinea. Ia juga adalah

bandar dan pelabuhan yang terbesar di Papua New

Guinea. Port Moresby terletak di tenggara pantai

Papua. Ia juga dikelilingi oleh batu karang yang

cantik. Untuk lokasi, lihat Papua New Guinea (peta

politik).

UMUM 
AUSTRALASIA

Australasia merujuk kepada Australia, New Guinea,

New Zealand dan pulau-pulau yang berhampiran.

Lihat Australia ; New Guinea; New Zealand.

UMUM 
NKRUMAH KWAME

Nkrumah Kwame (1909–1972) ialah presiden

Afrika Barat, Republik Ghana dari tahun 1960

hingga tahun 1966. Pemimpin-pemimpin tentera

menggulingkannya pada tahun 1966, dan dia hidup

dalam buangan di Guinea. Presiden Sékou Touré

dari Guinea melantik Nkrumah sebagai presiden

kehormat Guinea.

UMUM 
12345

Kembali ke atas