Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Guinea-Bissau


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coup d�Etatrampasan kuasaSains PolitikHubungan AntarabangsaRampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak tentera atau pihak awam untuk menjatuhkan kerajaan. Rampasan kuasa biasanya dilakukan oleh kelompok kecil kepimpinan tentera atau pihak awam melalui konspirasi politik terancang. Rampasan kuasa biasanya menggunakan taktik mengawal bahagian penting ketenteraan dan memastikan bahagian lain perkhidmatan bersifat berkecuali. Kumpulan utama ketenteraan ini menyingkirkan kepimpinan kerajaan, mengawal bahagian penting jentera kerajaan, saluran komunikasi seperti stesen televisyen dan radio, dan infrastruktur penting seperti perkhidmatan bekalan tenaga elektrik. Contohnya, pada zaman tradisional, rampasan kuasa pernah berlaku dalam empayar Rom. Pemerintah empayar Rom umpamanya Caligula dan penggantinya Claudius telah memegang tampuk pemerintahan melalui rampasan kuasa. Pada masa kini, rampasan kuasa kerap terjadi di negara membangun seperti Afrika, Amerika Latin dan Asia. Rampasan kuasa juga berlaku di beberapa negara di Eropah dan Pasifik. Contohnya, rampasan kuasa di Pakistan (1999), Fiji (2000), Guinea-Bissau (2003) dan Thailand (2006). Sinonim kudeta.

Kembali ke atas