Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; menghentak 1. memijak dgn kuat-kuat, merentak, menginjak (menumbuk dll) dgn keras: anak itu ~ lantai kerana tidak dapat wang; 2. menikam, menjolok, menu­suk, meradak (dgn lembing dll): anjingnya luka dihentak orang; 3. = menghentak-hentak berdenyut-denyut (hati dll): hatinya ~ menunggu keputusan peperiksaan; menghentakkan, menghentak-hentak­kan me­­mijakkan, menumbukkan, merentak­kan: ia ~ kasut tumit tingginya di atas lantai simen; ~ diri menjatuhkan diri; ~ kaki merentakkan kaki; hentakan hasil perbuatan menghentak atau menghentakkan: ia meninggalkan ruang itu dgn ~ kaki; penghentak alat pemadat tanah, antan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menghentak merodok (menikam, meradak) sesuatu dgn lembing dll: Anjing itu mati dihentak orang. meng­hentakkan 1 menghempaskan (kaki dll) ke bawah kuat-kuat; merentakkan: Dia ~ kasutnya di atas lantai. Budak itu ~ kakinya ke lantai. 2 merodokkan atau menikamkan (sesuatu): ~ lembing. hentakan hasil menghentak atau menghentakkan: ~ kakinya terlalu kuat. penghentak alat utk memadatkan tanah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hentak
Kata Terbitan : menghentak, menghentakkan, hentakan,

Peribahasa

Dientak (hentak) alu luncung.

Bermaksud :

Dialahkan oleh orang yang bodoh. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ditembak petus tunggal). luncung = lancip tetapi tidak runcing di hujungnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimana saya hentak hantar karya-karya saya untuk diterbitkan???Sdr Muhammad Zaid Md Saleh (van_persie1989@yahoo.com), harap maklum: jawapan kepada pertanyaan sdra itu adalah sama seperti jawapan kepada soalan sdr sebelum ini. Sekian, terima kasih.Lain-lain04.08.2010
tuan boleh menunjukkan kami dimana hentak semak bahasa signboard untuk memohon lesen perniagaan di mpsj. terima kasih

Sila buat permohonan dengan melayari laman web https://dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses.

Lain-lain03.12.2020
Salam sejahtera. Tuan, saya ingin dapatkan bantuan tentang penggunaan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan seperti ayat di bawah. Bas yang membawa pekerja kilang itu --------- kerana hampir kehabisan minyak. Penggunaan perkataan tersengguk-sengguk dan terhentak-hentak tidak sesuai. Boleh atau tidak menggunakan perkataan terhenti-henti? terima kasihCadangan kami terhenti-henti. Harap maklum.Tatabahasa28.07.2008
Faizol Azha Feb 18th, 7:23pm Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya berminat nak tahu sama ada DBP ada menerbitkan kamus/buku yg mengandungi perkataan yg hampir sama ejaan,bunyi dan maksud,tapi memiliki huruf ejaan berbeza... Contoh...Busuk,Buruk,Lupuk Hentak,Lantak,Sentak,Santak. Terima KasihPerkataan ygan sama ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya disebut homograf. Tidak ada terbitan khusus yang mengumpul semua kata-kata tersebut, melainkan senarai beberapa perkataan sebagai contoh sahaja.Tatabahasa18.02.2015
Salam. Apakah cadangan pihak DBP bagi terjemahan istilah bahasa Inggeris "key smash". "Key smash" bermaksud perbuatan menekan pelbagai kekunci di papan kekunci secara rawak di dalam sesebuah perbualan, bagi menyatakan perasaan yang sukar untuk digambarkan, lazimnya dalam spektrum kelakar. Bolehkah "hentakan kekunci" digunakan? Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk artikel mengenainya di Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Keysmash Terima kasih.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "key smash" ialah hentak papan kekunciMakna12.01.2021

Kembali ke atas