Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; menghentak 1. memijak dgn kuat-kuat, merentak, menginjak (menumbuk dll) dgn keras: anak itu ~ lantai kerana tidak dapat wang; 2. menikam, menjolok, menu­suk, meradak (dgn lembing dll): anjingnya luka dihentak orang; 3. = menghentak-hentak berdenyut-denyut (hati dll): hatinya ~ menunggu keputusan peperiksaan; menghentakkan, menghentak-hentak­kan me­­mijakkan, menumbukkan, merentak­kan: ia ~ kasut tumit tingginya di atas lantai simen; ~ diri menjatuhkan diri; ~ kaki merentakkan kaki; hentakan hasil perbuatan menghentak atau menghentakkan: ia meninggalkan ruang itu dgn ~ kaki; penghentak alat pemadat tanah, antan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menghentak merodok (menikam, meradak) sesuatu dgn lembing dll: Anjing itu mati dihentak orang. meng­hentakkan 1 menghempaskan (kaki dll) ke bawah kuat-kuat; merentakkan: Dia ~ kasutnya di atas lantai. Budak itu ~ kakinya ke lantai. 2 merodokkan atau menikamkan (sesuatu): ~ lembing. hentakan hasil menghentak atau menghentakkan: ~ kakinya terlalu kuat. penghentak alat utk memadatkan tanah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hentak
Kata Terbitan : menghentak, menghentakkan, hentakan,

Peribahasa

Dientak (hentak) alu luncung.

Bermaksud :

Dialahkan oleh orang yang bodoh. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ditembak petus tunggal). luncung = lancip tetapi tidak runcing di hujungnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
drivinghentak; pacu; penggiringanVeterinarTiadaTiada
drivinghentak; pacuKejuruteraanTiadaTiada
mark timehentak kakiPendidikanTiadaTiada
empi atehentak sikuSukanTiadaPukulan dengan menggunakan siku.
hiji atehentak sikuSukanTiadaPukulan dengan menggunakan siku.
hiza atehentak lututSukanTiadaHentakan lutut ke badan lawan.
tamping rollerpenggelek hentakKejuruteraanTiadaTiada
bumper jarjar hentakKejuruteraanTiadaAlat yang dipasang pada rentetan gerudi bagi menghasilkan hentakan apabila ditarik.
tamping rollerpenggelek hentakKejuruteraanKejuruteraan BangunanPenggelek yang digunakan untuk memadat tanah bergantung kepada kuasa hentakan semasa memadat.
tamping concretekonkrit hentakLandskapTiadaCampuran simen yang dipadatkan dengan alat penghentak di tempat pembinaan.
12

Kembali ke atas