Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bangsa yg nenek moyang mereka berasal dr benua India. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata India

Puisi
 

Berapa dalam lubuk Inggeris,
     Lebih dalam lubuk India;
Berapa tajam sidak keris,
     Terlebih tajam tergesel mata.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berdasarkan Kamus Dewan, keturunan bermaksud 1 yg diturunkan drpd anak kpd cucu dan seterusnya; turunan; zuriat. 2 sesuatu yg diwarisi. Dengan merujuk kepada maksud keturunan, wajarkah keturunan seseorang warganegara Malaysia dikatakan India? Berdasarkan definisi perkataan keturunan, seseorang warganegara Malaysia tidak mungkin mewarisi India ataupun memiliki apa-apa hak di negara India. India hanya wujud dengan kesatuan beberapa buah negeri yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan budaya, bahasa dan adat mereka tersendiri. Apa yang boleh diturunkan oleh nenek moyang ialah bahasa ibunda dan budaya. Apa yang telah saya mewarisi daripada nenek moyang saya ialah bahasa Tamil dan budaya kaum Tamil. Maka, keturunan, kaum dan bangsa saya ialah Tamil. Saya juga ingin bertanya tentang kewajaran India dirujuk sebagai suatu kaum dan bangsa kerana India ialah sebuah negara kerana bangsa ialah jenis manusia drpd satu asal keturunan ataupun kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan . Mengikut definisi bangsa yang pertama, bangsa saya ialah Tamil manakala bangsa saya ialah bangsa Malaysia jika merujuk kepada definisi kedua. Kaum pulu dirujuk sebagai golongan orang sbg sebahagian drpd satu bangsa yg besar; suku bangsa. Maka, kaum saya ialah Tamil. Saya ingin meminta pengesahan daripada pihak Dewan Bahasa mengenai kenyataan saya dan penjelasan mengenai soalan saya.

Untuk makluman tuan, takrifan dalam Kamus Dewan merupakan takrifan yang digunakan dari sudut bahasa. Kamus Dewan mentakrifkan India (dari segi bahasa) ialah bangsa yang nenek moyang mereka berasal dari benua India.  Perkataan Tamil pula bermaksud bahasa kaum yang berasal daripada campuran bangsa Dravidia dan Kaukasoid yang berasal dari selatan India dan Sri Lanka.

Makna29.08.2019
As salam.. Saya nak tanya tajuk mana yang lebih sesuai dan tiada unsur kesalahan BM. 1. Pencetus Keeratan Hubungan Etnik melalui Makanan Masyarakat India 2. Pencetus Keeratan Hubungan Etnik dalam Makanan Masyarakat India 3. Pencetus Keeratan Hubungan Etnik dalam Kepelbagaian Makanan Etnik India 4. Makanan Masyarakat India Menjadi Pencetus Keeratan Hubungan Etnik. Jika tuan/puan mempunyai idea yang lain, saya amat berbesar hati untuk menerimanya. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah saya hargai. Terima Kasih.Cadangan kami, "Makanan India mengeratkan hubungan etnik" atau "Makanan India menyatukan etnik".Tatabahasa12.04.2013
Salam, perlukah contoh perkataan di bawah menggunakan huruf besar? 1) Tamadun China atau tamadun China 2) Orang India atau orang India 3) Negara Timur Tengah atau negara Timur Tengah dan seumpamanya Sekian, terima kasihEjaan yang betul ialah tamadun China, orang India dan negara Timur Tengah.Ejaan13.12.2011
1. Orang India menyambut hari Deepavali. 2. Orang India menyambut Hari Deepavali. Saya ingin tahu ayat 1 atau ayat 2 yang betul? hari Deepavali atau Hari Deepavali dalam ayat tersebut mana yang betul? Sekian, terima kasih. Foo SianEjaan yang betul ialah Orang India menyambut Hari Deepavali.Tatabahasa09.08.2012
a) "Thaipusam lama lagi pak cik. Mengapa umumkan sekarang?" Salah seorang warga kampung berbangsa India memprotes. b) "Thaipusam lama lagi pak cik. Mengapa umumkan sekarang?" salah seorang warga kampung berbangsa India memprotes."Thaipusam lama lagi pak cik. Mengapa umumkan sekarang?", salah seorang warga kampung berbangsa India memprotes ... (apa yang diprotes?)Ejaan19.09.2011
INGIN MENCARI MAKLUMAT BERKENAAN TAMADUN INDIATerima kasih atas soalan anda. Di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP mempunyai beberapa buah buku berkisar tentang Tamadun India. Saudara boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dan seterusnya boleh membuat rujukan, penyelidikan dan pinjaman bahan.Lain-lain16.05.2010
di manakah saya boleh mendapatkan senarai lengkap maklumat penulis-penulis india di malaysia dan hasil karya mereka?Senarai lengkap maklumat penulis-penulis India di Malaysia dan hasil karya mereka, boleh di rujuk melalui Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), di alamat No. 27, Jalan 25/82-B, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Sdr. boleh layari e-mel dan blog Kavyan: uthayasb@yahoo.com.my dan www.uthayasb.blogspot.com serta no telefon bimbit: 016 - 3288142 dan 012 - 3368142. Sekian, terima kasih dan selamat berjaya.    Lain-lain25.05.2010
Bolehkah menggunakan terma "Bangsa Malaysia"? Bukankan bangsa merujuk kepada bangsa Melayu, cina, India dllMerujuk Kamus Dewan bangsa bermaksud jenis manusia daripada satu asal keturunan seperti Melayu, Cina dan India. Hal ini mungkin berbeza apabila kita berada pada peringkat global. Maka wajarlah kita menyebut kita adalah rakyat/bangsa Malaysia bagi melambangkan identiti kita sebagai satu bangsa yang bersatu di bawah nama Malaysia. Borang kami menggunakan bangsa untuk melengkapkan data bagi tujuan kajian kepenggunaan sistem perkhidmatan kami.Istilah30.08.2018
apakah yang dikatakan bahasa serapan nusantara ke dalam bahasa melayu? adakah bahasa nusantara sama dengan bahasa sanskrit?

Bahasa Nusantara merujuk bahasa yang dituturkan di Kepulauan Melayu atau wilayah Nusantara termasuklah keluarga bahasa Melayu-Polinesia, termasuk bahasa Tagalog yang dituturkan secara meluas di Filipina, bahasa Jawa yang dituturkan di Pulau Jawa dan sudah tentunya. Bahasa-bahasa tersebut diambil dan diserap kedalam bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit adalah salah satu bahasa Indo-Eropah yang paling tua yang masih dikenal, dan masih menjadi salah satu bahasa rasmi di India" title="India">India.Oleh itu bahasa nusantara dan bahasa sanskrit adalah dua bahasa yang berbeza.

Lain-lain23.06.2008
Selamat petang tuan. Saya Leveniya Mahalingam. Seorang pelajar di india-jaharharlal nehru medical college, belgaum. Saya seorang pelajar dalam bidang perubatan. Kita pelajar-pelajar malaysia ingin mengadakan "malam Malaysia". kita perlukan satu theme yang menunjukkan pelbagai bilangan kaum- melayu, india dan cina. tuan ang tolong kita carikan saya: leveniya@hotmail.com terima kasih.Kami cadangkan saudara memberi nama majlis tersebut seperti Malam Mesra Malaysia - merujuk majlis yang diadakan khusus untuk rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum beramah mesra.Lain-lain27.11.2008
12345678

Kembali ke atas