Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Indonesia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAMUS MODEREN BAHASA INDONESIAKAMUS MODEREN BAHASA INDONESIA, kamus ekabahasa: Indonesia-Indonesia, disusun oleh Sutan Mohammad Zain, Guru Besar Universitas Nasional di Jakarta, dan diterbitkan oleh Penerbit Grafica Jakarta tanpa menyebut tarikh penerbitannya. Kamus ini  mempunyai 896 halaman dan berukuran 20.5 cm x 14.5 cm. Isi kandungannya padat, bahasanya ringkas tetapi jelas.BAHASAPenerbitan
GERAKAN KIRI INDONESIAGERAKAN KIRI INDONESIA, gerakan politik Indonesia yang bermula pada awal abad ke-20. Menurut Lenin, pemimpin revolusi komunis di Rusia, gerakan kiri Indonesia ialah revolusioner yang didukung oleh rakyat Jawa dan di kalangan mereka lahir suatu gerakan Islam nasionalis. Gerakan tersebut juga didukung oleh kelompok cendekiawan yang lahir daripada perkembangan kapitalisme. Antara organisasi yang terlibat dalam gerakan ini termasuklah Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PKI), Parti Nasional Indonesia (PNI), Parti Indonesia Raya (Parindra) dan Gerakan Rakyat Indonesia (Gerindo).SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
INDONESIA UMUM 
EJAAN SOEWANDI

EJAAN SOEWANDI,  sistem ejaan dengan menggunakan huruf Rumi untuk bahasa Indonesia setelah Indonesia mencapai kemerdekaan. Sistem ejaan ini dilaksanakan berdasarkan surat perintah No. 264/Bhg. A yang ditandatangani oleh Soewandi, Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan ketika itu, bertarikh 19 Mac 1947.

BAHASABahasa
KESATUAN AKSI MAHASISWA INDONESIAKESATUAN AKSI MAHASISWA INDONESIA, gabungan persatuan mahasiswa di Indonesia yang menentang Gerakan 30 September 1965 (Gestapu). Kesatuan Aksi Mahasiswa Indonesia atau ringkasnya KAMI, dirasmikan pada 25 Oktober 1965 di rumah Menteri Pen­didikan Tinggi waktu itu, Brig. Jen. Dr. Syarif Thayeb. Antara pemimpin yang terlibat termasuklah Cosmas Batubara, David Napitupulu, Abdul Gafur, Marsilam Siman­juntak dan Liem Bian Koen. Anggota KAMI terdiri daripada Himpunan Mahasiswa Islam, Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia, Serikat Organisasi Mahasiswa Lokal, Perhimpunan Mahasiswa Katholik Republik Indonesia, Gerakan Mahasiswa Kristen Indonesia, Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah, Serikat Mahasiswa Muslimin Indonesia dan lain-lain.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
EJAAN PEMBAHARUAN BAHASA INDONESIA

EJAAN PEMBAHARUAN BAHASA INDONESIA, sistem ejaan yang ketiga menggunakan tulisan Latin atau Rumi bagi bahasa Indonesia selepas Sistem Ejaan Rumi van Ophuijsen dan Sistem Soewandi. Sistem ejaan tersebut dirancang oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Prof. Dr. Prijono dan E. Katoppo. Jawatankuasa ini ditubuhkan berdasarkan surat keputusan Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan No. 44876/s bertarikh 19 Julai 1958, yang ditandatangani oleh Moehammad Yamin, Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan pada waktu itu.

BAHASABahasa
KESUSASTERAAN MELAYU-INDONESIA

Kesusasteraan Melayu-Indonesia ialah

kumpulan sastera lisan dan tulisan yang dikarang

dalam bahasa Melayu Semenanjung Tanah Melayu

dan di Gugusan Kepulauan Melayu atau Indonesia

di Asia Tenggara. Lihat Gugusan pulau.

UMUM 
KAMUS LATIN-INDONESIA

KAMUS LATIN-INDONESIA, kamus yang disusun oleh Drs K. Prent C.M. Drs. J. Adisubrata dan W.J.S. Poerwadarminta. Kamus ini diterbitkan oleh Penerbitan Yayasan Kanisius, Semarang, Indonesia pada tahun 1969. Kamus Latin-Indonesia adalah hasil keputusan sidang Panitia Waligereja Indonesia untuk Seminar pada tahun 1961. Panitia itu mencadangkan supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyusun sebuah kamus Latin-Indonesia untuk kegunaan orang ramai.

BAHASAPenerbitan
KAMUS INDONESIA-BELANDA

KAMUS INDONESIA-BELANDA, kamus yang diterjemahkan daripada bahasa Indonesia kepada bahasa Belanda. Judul asal kamus ini ialah Indonesisch-Nederlands Woordenboek yang diterbitkan di negeri Belanda buat pertama kalinya pada tahun 1990. Versi terjemahan dalam bahasa Indonesia terbit pada tahun 1991. Penyusun asal kamus ialah A. Teeuw, seorang sarjana berbangsa Belanda yang pakar dalam bahasa dan kesusasteraan Indonesia. Semasa menyusun kamus ini dia dibantu oleh I. Supriyanto, T. Iskandar dan H. Vruggink. Terjemahan kamus ini dilakukan bersama oleh perwakilan Koninklijk Institut voor Taal-, Land-en Volkekunde (KITLV) dengan  Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI).

           

BAHASAPenerbitan
KONFRONTASI INDONESIA- MALAYSIA

KONFRONTASI INDONESIA- MALAYSIA, penentangan Indonesia terhadap penubuhan Malaysia. Gagasan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul rahman Putra iaitu untuk menggabungkan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Pandangan Tunku telah mendapat sokongan yang meluas daripada pihak British sehingga gagasan Malaysia muncul menjadi satu rancangan bersama antara pihak British dengan pemimpin-pemimpin Tanah Melayu. Idea penubuhan Malaysia telah membawa Malaysia dan Indonesia ke dalam satu krisis serantau. Sukarno, Presiden Indonesia, menganggap penubuhan Malaysia sebagai satu projek Indonesia mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
12345678910...

Kembali ke atas