Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n Iran. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Iran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IRAN UMUM 
MESHED

Meshed (pend. 1 463 508) ialah salah sebuah

bandar terbesar dan pusat keagamaan utama Iran.

Bandar ini terletak di dataran subur di sebelah

timur laut Iran. Untuk lokasinya, lihat Iran (peta).

Pada setiap tahun, ramai orang mengunjungi

Meshed untuk melihat kubah emas makam Imam

Reza, seorang pemimpin Islam.

UMUM 
TEHRAN

Tehran. Tehran ialah ibu negara Iran dan bandar

raya yang mempunyai jumlah penduduk kedua

ramainya di Timur Tengah selepas Kaherah. Tehran

merupakan pusat kebudayaan, ekonomi dan politik

bagi Iran. Tehran terletak di utara Iran, di bawah

lereng Bukit Birz. Untuk lokasi lihat Iran .

UMUM 
KHOMEINI, AYATULLAH

Khomeini, Ayatullah (1900–1989) ialah

pemimpin umat Islam Iran. Dia ialah lambang

agama dan politik Iran sejak tahun 1979 hingga

kematiannya pada tahun 1989. Dia memegang

tampuk pemerintahan setelah berjaya

menggulingkan Shah Iran, Muhammad Reza

Pahlavi.

UMUM 
TABTABA'IY, MUHAMMAD IBN HUSAYN AL-

Tabtaba’iy, Muhammad ibn Husayn al-

(1321–1404 H./1903–1983 M.), pengikut Syiah

Imamiyyah, ahli tafsir, penulis dan guru. Dia lahir di

bandar Tibriz, Iran. Dia menamatkan pengajian

peringkat awalnya di Iran. Kemudian dia berhijrah

ke bandar Najaf di Iraq untuk melanjutkan

pengajiannya. Dia terus menetap di Najaf

sehinggalah memperoleh taraf ijtihad yang

melayakkan dia memberikan fatwa dan mengajar.

Taraf ini menyamai doktor falsafah.

Al-Tabtaba’iy akhirnya kembali ke Iran dan

menetap di bandar Qum. Di sana, dia mula

mengajar dan menulis. Dia menghasilkan pelbagai

karya ilmiah dan antara karyanya yang termasyhur

ialah kitab tafsirnya yang berjudul “ al-Mizan fi Tafsir

al-Qur’an . Ia merupakan ensiklopedia yang besar,

mengandungi 20 jilid. Karya ilmiahnya juga

mencakupi pelbagai bidang lain seperti

kebudayaan, falsafah, sastera dan sejarah. Dalam

mentafsirkan al-Qur’an, al-Tabtaba’iy berpandukan

kaedah pentafsiran yang tersendiri yang dipegang

oleh Mazhab Syiah Imamiyyah.

UMUM 
PARSI PURBA

Parsi Purba ialah negara yang meliputi Iran

dan Afghanistan kini. Parsi purba pernah

diperintah oleh Cyrus yang Agung, Darius I,

Xerxes, dan beberapa pemimpin lain. Perkataan

Parsi berasal daripada Persis, nama Yunani bagi

rantau ini. Parsi ialah negara maju dan pusat

empayar yang luas. Parsi juga dikenali sebagai

tanah Aryan, dan daripada perkataan ini terbentuk

nama bagi Iran yang bahasanya dikenali sebagai

bahasa Arya.

UMUM 
PARSI

Parsi lihat Iran; Parsi Purba.

UMUM 
SAFARIYYAH, KERAJAAN

Safariyyah, Kerajaan (254–289 H./ 868–902 M.).

Kerajaan Safariyyah didirikan di bahagian selatan

Iran. Nama kerajaan ini bersempena dengan nama

Ya‘kub ibn al-Layth al-Safar, seorang yang berani,

yang mengambil kesempatan semasa kerajaan

Abbasiyyah lemah akibat bergolak politik serta

kekacauan yang semakin serius, yang dilakukan oleh

orang Negro. Dia memang bercita-cita untuk

menguasai kawasan selatan Iran, Parsi dan

Khurasan. Dia berjaya menubuhkan kerajaannya

selepas menjatuhkan kerajaan al-Tahiriyyah, dan

diiktiraf oleh Baghdad sebagai gabenor yang

merdeka. Namun, dia masih belum berpuas hati

malah bercita-cita untuk mengambil alih kedudukan

orang Turki di Baghdad. Kerajaan terpaksa akur

kepada kehendaknya apabila dia menyiapkan

angkatan tentera untuk tujuan tersebut. Justeru itu,

al-Safar diberi pengiktirafan sebagai gabenor di

wilayah Khurasan, Tabaristan, Jurjan, Ray dan Parsi.

Dia juga dilantik sebagai Ketua Polis Baghdad dan

Samarra’. Al-Safar masih belum berpuas hati. Dia

berhasrat untuk ke Baghdad dan mengambil alih

Baghdad yang merupakan pusat kekuasaan bangsa

Turki. Khalifah al-Muwaffaq tidak ada pilihan lain

kecuali bertindak memerangi al-Safar. Khalifah

mengetuai satu angkatan tentera lalu menyerang al-

Safar berserta tenteranya dan berjaya menewaskan

mereka. Al-Safar tewas kerana tenteranya berpaling

tadah dan menyertai tentera khalifah apabila mereka

melihat pasukan yang akan ditentang diketuai oleh

khalifah sendiri.

UMUM 
TABRIZTabriz (pend. 852 296 ) ialah bandar yang keempat terbesar di Iran.UMUM 
RIYAL

Riyal ialah nama mata wang utama di Arab Saudi,

Iran, Oman, Qatar dan Yaman.

UMUM 
1234

Kembali ke atas