Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n Iraq. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Iraq


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana menulis Perang Teluk? Perlukah ditulis dengan huruf besar? (Yang mana paling tepat?): 1. Ketika Perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku. 2. Ketika perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku. 3. Ketika perang teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku.

Salam sejahtera,

Perang Teluk merupakan kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar pada permulaan perkataan. Kata
nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain.

Jadi ayat 'Ketika Perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku' merupakan ayat penulisan yang tepat.

Tatabahasa19.11.2012
apakah istilah bagi "pengganas IS" yang sesuai untuk digunakan dalam esei? Mohon pebcerahan. Terima kasih.
Akronim IS adalah panggilan global untuk ISIS, akronim bagi nama 'Islamic State of Iraq and Syria' atau terjemahannya kumpulan ‘Negara Islam Iraq dan Syria’. Bagi tujuan penulisan esei, anda boleh memberikan makna akronim IS (atau ISIS) dalam bahasa Inggeris dan terjemahan dalam bahasa Melayu terlebih dahulu.  Pada penulisan yang seterusnya boleh disingkatkan kepada pengganas IS sahaja.
Tatabahasa08.03.2017

Kembali ke atas