Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n Iraq. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Iraq


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IRAQ UMUM 
MOSUL

Mosul, juga dinamakan Al Mawsil (pend.

293 100) ialah bandar ketiga terbesar dan pusat

perdagangan yang penting di Iraq selepas

Baghdad dan al Basrah. Mosul terletak di tebing

barat Sungai Tigris di utara Iraq (lihat Iraq [peta]).

UMUM 
PERANG TELUK PARSI

Perang Teluk Parsi berlaku pada awal tahun

1991 antara Iraq dengan gabungan 39 buah

negara yang ditubuhkan terutamanya oleh

Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB). Perang berlaku terutamanya di Iraq

dan Kuwait, negara kecil yang kaya dengan

minyak, yang telah diserang dan diduduki oleh

Iraq . Kedua-dua negara ini terletak bersebelahan

antara satu sama lain di hujung utara Teluk Parsi.

Negara utama dalam gabungan tersebut yang

menewaskan Iraq termasuk Mesir, Perancis, Arab

Saudi, Syria, United Kingdom dan Amerika

Syarikat.

UMUM 
SAID, NURI AS-

Said, Nuri as- (1888–1958) ialah pegawai tentera

dan ahli politik Iraq, berkhidmat sebagai Perdana

Menteri Iraq pada 14 peristiwa yang berbeza. Dia

dikenali kerana usahanya untuk menyatupadukan

orang Arab.

UMUM 
ASSYRIA

Assyria, negara purba yang terletak di hulu

sungai Tigris di Mesopotamia. Bahagian utaranya

meliputi kawasan negara Iraq kini. Dalam banyak

perkara tamadun Assyria menyerupai tamadun

Babylonia lama yang terletak di selatannya. Lihat

Iraq.

UMUM 
SUMER

Sumer, sebuah kawasan purba di selatan

Mesopotamia (kini tenggara Iraq), iaitu tempat lahir

tamadun dunia yang pertama. Tamadun ini bermula

lebih kurang pada tahun 1500 S.M. dan berkembang

hingga lebih kurang tahun 2000 S.M. Ia kemudian

diserap oleh empayar Babylon dan Assyria yang

hebat. Orang Sumer mencipta sistem penulisan

pertama dunia, iaitu satu set perkataan bergambar.

Sistem ini berkembang menjadi sejenis tulisan yang

dikenali sebagai tulisan pepaku. Ia menggunakan

simbol yang terdiri daripada tanda-tanda segi tiga.

Tulisan pepaku ini digunakan untuk menulis

pelbagai bahasa di seluruh kawasan barat daya Asia

pada zaman purba.

UMUM 
KARBALA’

Karbala’ ialah sebuah bandar yang terletak di

selatan Iraq. Ia ialah salah satu bandar yang

terpenting bagi orang Islam daripada kalangan

pengikut Syiah kerana di situ terdapat makam

Sayidina Husayn ibn ‘Ali r.a.

UMUM 
SALJUK, KERAJAAN

Saljuk, Kerajaan, sebuah kerajaan yang

diasaskan oleh Dinasti Turki-Islam yang

memerintah Iran, Iraq, Syria dan negara Asia Kecil

pada abad ke-12 dan ke 13 M. Kerajaan Saljuk

dinamakan bersempena nama Saljuk, ketua dinasti

bangsawan Turki, iaitu al-Ghuzza al-Turkamaniyyah

yang pernah berhijrah dan membuat petempatan

di Bukhara. Seorang cucu Saljuk, Tughrul Bek telah

dilantik memerintah Khurasan pada tahun 429 H./

1037 M. Sewaktu kekuasaan Bani Buwayh di

Baghdad semakin lemah, lebih-lebih lagi setelah

mereka melakukan banyak kezaliman, khalifah

Abbasiyyah di Baghdad meminta bantuan daripada

al-Qa’im ibn Amrillah Tughrul Bek untuk

menghapuskan golongan tersebut. Tughrul Bek

segera mara ke Baghdad dan berjaya menewaskan

mereka. Sebagai membalas jasanya, khalifah

Abbasiyyah menganugerahkan gelaran raja kepada

Tughrul Bek sambil memberi kuasa pentadbiran

pada tahun 447 H./1055 M.

UMUM 
SENNACHERIB

Sennacherib (memerintah dari tahun 704 S.M.–

681 S.M.) ialah raja Assyria, kini di utara Iraq.

Sennacherib memerintah Empayar Assyria semasa

empayar ini berada dalam kancah pemberontakan

dan peperangan. Baginda terlibat dalam suatu siri

peperangan yang panjang dengan pihak Babylon

dan sekutunya dari Elam kini di Iran.

UMUM 
BUWAYHIYYAH, KERAJAAN

Buwayhiyyah, Kerajaan (320–447 H./932–1055

M.) didirikan di bahagian barat Iran dan meliputi

Iraq dan diasaskan oleh keluarga Bani Buwayh.

Pemerintah dalam kalangan keluarga Bani Buwayh

yang terkenal ialah ‘Ali, al-Hassan dan Ahmad, yang

merupakan anak-anak Buwayh.

UMUM 
12345

Kembali ke atas