Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n Iraq. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Iraq


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Baghdad PactPakatan BaghdadSains PolitikHubungan AntarabangsaPakatan yang ditubuhkan pada tahun 1955 di Baghdad, Iraq hasil daripada persetujuan antara pemimpin Iraq dengan Turki. Tujuan pakatan ini adalah untuk menjalin kerjasama keamanan dan pertahanan. Kedua-dua negara bersedia memberikan bantuan ketenteraan kepada negara Timur Tengah sekiranya diminta. Pakatan ini kemudiannya turut disertai oleh Britain (April 1955), Pakistan (September 1955) dan Iran (Oktober 1955). Pada tahun 1959, Iraq keluar daripada pakatan tersebut berikutan peristiwa kudeta yang berlaku pada 14 Ogos 1958.
Arab LeagueLiga ArabSains PolitikHubungan AntarabangsaOrganisasi yang ditubuhkan pada tahun 1945 di Syria. Liga ini dianggotai oleh Mesir, Arab Saudi, Iraq, Jordan, Yaman, Syria dan Lubnan. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk mewujudkan kerjasama politik, mempertahankan kedaulatan negara anggota, menyelesaikan masalah negara Arab serta meningkatkan kerjasama ekonomi, kebudayaan dan jaringan infrastruktur perhubungan. Liga tersebut mempunyai dewan eksekutif yang dikenali sebagai Dewan Liga. Setiap negara anggota mempunyai wakil di Dewan Liga. Penduduk Arab di Palestin juga mendapat peruntukan wakil di Dewan Liga ini sebagai perwakilan tidak rasmi. Prinsip Liga Arab dalam menangani setiap permasalahan adalah melalui permuafakatan, bukan melalui kekerasan.
shamalshamalMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin barat laut yang panas, kering, dan berdebu lajunya jarang melebihi 50 kmsj yang bertiup di lembah rendah Iraq dan Teluk Parsi. Angin ini datang secara tiba-tiba pada sebarang masa dan selalunya berlaku selama satu hingga lima hari, lemah pada waktu malam dan kuat pada waktu siang. Pada bulan Jun dan awal Julai, angin ini bertiup secara berterusan hampir tanpa henti (shamal 40 hari atau shamal besar). Ketika angin ini bertiup, langit biasanya tidak berawan tetapi selalunya berjerubu tebal yang akan menghalang penglihatan dan membahayakan pengemudian.
insurgencypemberontakanSains PolitikHubungan AntarabangsaAktiviti pemberontakan terhadap kerajaan dalam skop tertentu disebabkan oleh pelbagai faktor seperti politik, ekonomi, agama, etnik, kesejarahan atau kombinasi faktor-faktor tersebut. Keberkesanannya tertakluk kepada pengiktirafan merit quasi-diplomatik daripada negara-negara luar. Contohnya, kebangkitan penentangan pejuang Iraq terhadap tentera penceroboh pimpinan Amerika Syarikat dan penentangan terhadap rejim pemerintah Iraq selepas tahun 2003.
powerkuasaSains PolitikHubungan AntarabangsaKesanggupan aktor untuk mempengaruhi, mengugut dan menghukum tingkah laku pihak lain walaupun bertentangan dengan kemahuan pihak di negara tersebut. Pemegang kuasa mempunyai keupayaan tertentu untuk mengubah dasar negara lain untuk mengikut arahan negara tersebut. Terdapat pelbagai bentuk kuasa seperti pemujukan secara rasional, ekonomi, budaya, teknologi dan ketenteraan. Kuasa ketenteraan biasanya digunakan sebagai tindakan akhir. Contohnya, Amerika Syarikat menggunakan kuasa ketenteraan terhadap Iraq kerana penaklukan Iraq terhadap Kuwait pada tahun 1990.
reshabarreshabarMeteorologiMeteorologi PerhubunganNama yang membawa erti `angin hitam' bagi sejenis angin bora timur laut yang kencang, sangat bergelora dan kering, yang bertiup di banjaran gunung di utara Iraq. Angin ini kering dan agak panas pada musim panas, dan sejuk pada musim sejuk.
Act of StateTindakan NegaraSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan yang diambil oleh pemerintah bagi melindungi kepentingan negara dan warganya secara keseluruhan seperti kedaulatan, pembangunan ekonomi, keselamatan, hak rakyat dan sebagainya. Tindakan negara lazimnya diisytihar oleh ketua kerajaan atau ketua negara. Contohnya, pengisytiharan Presiden Bush untuk menyerang Iraq pada tahun 2003 bagi mempertahankan ancaman keganasan terhadap warga Amerika Syarikat merupakan satu bentuk Tindakan Negara. Begitu juga pengumuman yang dibuat oleh Presiden Saddam Hussein untuk mempertahankan negara Iraq daripada serangan Amerika Syarikat.
sanctionsanksiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHukuman yang dikenakan kerana melanggar undang-undang atau triti. Sanksi termasuklah sekatan ekonomi, sanksi ketenteraan dan pemecatan. Contohnya, Majlis Keselamatan PBB pernah mengenakan sekatan ekonomi dan sanksi ketenteraan ke atas Iraq kerana melanggar Piagam PBB dengan menakluki Kuwait pada 1990. Contoh lain ialah Rhodesia dan Afrika Selatan yang pernah dikenakan sekatan ekonomi sewaktu mereka menjalankan Pengisytiharan Kemerdekaan Satu Pihak (UDI) yang membawa kepada pemerintahan minoriti kulit putih (Rhodesia) dan dasar Aparteid (Afrika Selatan).
anarchyanarkiSains PolitikPolitik Perbandingan1. Keadaan sesebuah masyarakat yang kacau-bilau, tidak wujud kerajaan dan undang-undang untuk mengawal negara tersebut. Keadaan ini berlaku apabila wujudnya konflik politik di kalangan pemimpin atau kegagalan sesebuah kerajaan mentadbir negara. Contohnya, negara Iraq selepas kejatuhan Saddam Hussein. 2. Konsep masyarakat yang berasaskan kepada kerjasama secara sukarela dan individu yang bebas dalam mengatur hubungan sosial sesama anggota masyarakat. Masyarakat sebegini tidak memerlukan undang-undang, pemerintah dan juga autoriti. Dalam erti kata lain, konsep ini menerangkan keadaan masyarakat yang aman, harmoni dan sejahtera dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Konsep ini digunakan dalam konteks falsafah politik.
sovereign authorityautoriti berdaulatSains PolitikPolitik PerbandinganAutoriti pemerintah yang absah, merdeka, bebas daripada penguasaan luar, berupaya memerintah sendiri dan dihormati oleh pihak lain sama ada dar dalam dan luar negeri. Autoriti ini dimiliki oleh pemerintah dan merupakan lambang kedaulatan yang utama. Kedudukan autoriti yang berdaulat ini memberi pemerintah itu satu hak yang bebas untuk menyusun pentadbiran negaranya, sistem ekonomi sendiri serta melaksanakan dasar dalam dan luar negaranya. Autoriti berdaulat ini tidak wujud dalam pemerintahan yang dikuasai oleh pihak asing seperti kedudukan pemerintah boneka Iraq setelah dicerobohi oleh Amerika Syarikat pada pascaperang Iraq pada tahun 2003. Sinonim kuasa berdaulat.
1234

Kembali ke atas