Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Iskandariah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ISKANDARIAH UMUM 
PERPUSTAKAAN ISKANDARIAH

Perpustakaan Iskandariah ialah tempat

koleksi skrol purba yang terbesar dan paling

terkenal.

UMUM 
ARIUS

Arius (256?–336 M.) ialah pendeta di Iskandariah,

Mesir yang mengasaskan pandangan teologi

Kristian awal yang dikenali sebagai Arianisme . Pada

tahun 318 M., Arius mencabar doktrin bahawa

ketiga-tiga orang dalam Triniti Kristian–Bapa, Anak

dan Roh Kudus – adalah sama. Arius mengajar

bahawa Tuhan sebagai Bapa adalah lebih tinggi

kedudukannya daripada Tuhan sebagai Anak iaitu

Jesus Christ, dan kedua-duanya lebih tinggi

daripada Roh Kudus.

UMUM 
ARIANISME

Arianisme ialah pandangan teologi Kristian awal

yang diajarkan oleh Arius, paderi di Iskandariah,

Mesir. Kira-kira pada tahun 318 M., Arius dan

pengikutnya menolak doktrin bahawa ketiga-tiga

orang dalam Triniti Kristian–Bapa, Anak dan Roh

Kudus – adalah sama. Arius menafikan bahawa

Jesus Christ sebagai Anak adalah benar-benar

tidak pernah berbuat salah. Arius mengajar

bahawa Anak dicipta oleh Tuhan sebagai Bapa

dan lebih rendah daripada-Nya. Mengikut Arius,

Jesus tidak kekal tetapi seorang yang mulia yang

dicipta oleh Tuhan untuk menebus dosa manusia.

Arius percaya bahawa Bapa dan Anak lebih mulia

daripada Roh Kudus.

UMUM 
LIGA ARAB

Liga Arab ialah sebuah pertubuhan Arab

antarabangsa yang dibentuk pada bulan Mac 1945,

rentetan daripada peristiwa Perjanjian Iskandariah

yang telah ditandatangani pada 20 Syawal 1363

H. bersamaan 7 Oktober 1944. Ia juga lanjutan

daripada persetujuan yang ditandatangani oleh

tujuh orang raja dan pemimpin Arab di Kaherah

pada 8 Rabiulakhir 1364 H. bersamaan 22 Mac 1945

M.

UMUM 
EL ALAMEIN

El Alamein (pend. 980) ialah sebuah

perkampungan pinggir pantai di Mesir yang kira-kira

105 kilometer di sebelah barat Iskandariah.

UMUM 
MAHMUD HAMDIY AL-FALAKI

Mahmud Hamdiy al-Falaki (1230 H.–1302 H./

1815 M.–1885 M.), jurutera daripada kalangan

ulama Mesir. Nama sebenarnya ialah Mahmud

Ahmad Hamdiy dan lebih dikenali sebagai

Mahmud Hamdiy. Dia lahir di bahagian barat

Mesir, mendapat pendidikan di Iskandariah dan

selepas itu menyambung pelajaran di Kaherah. Dia

terpilih menjadi guru di sekolah al-

Muhandiskhanah . Pada tahun 1845 M., kerajaan

Mesir menghantarnya ke Eropah dan kembali ke

Mesir pada tahun 1860 M.

UMUM 
PTOLEMY

Ptolemy (100 M.–165 M.) ialah salah seorang ahli

kaji bintang dan kaji bumi yang teragung pada

zaman purba. Dia juga dikenali sebagai Claudius

Ptolemaeus. Tidak banyak yang diketahui tentang

kehidupan Ptolemy. Walau bagaimanapun, sarjana

mendapati bahawa dia telah membuat kajian

bintangnya di Iskandariah, Mesir, kira-kira pada

tahun 150. Hasil penemuan dan teori-teori Ptolemy

telah ditulis dalam 13 bahagian karya berjudul

Mathematike Syntaxis , atau Mathematical

Composition . Hasil tulisannya sangat disanjung

sehingga dia dikenali sebagai Almagest , iaitu

istilah gabungan Arab-Yunani, yang bermaksud

yang agung .

UMUM 
SA‘ATIY AHMAD IBN ‘ABD AL-RAHMAN AL-

Sa‘atiy Ahmad ibn ‘Abd al-Rahman al-

(1301–1378 H./1883–1958 M.), ahli hadith. Nama

penuhnya ialah Ahmad ibn ‘Abd al-Rahman al-

Banna, dan al-Sa’atiy ialah nama samarannya. Dia

adalah bapa pembaharuan dan pemimpin Islam,

Ahmad lahir di perkampungan Shamsyairah,

berhampiran bandar Iskandariah, Mesir. Sejak

kecil lagi dia menunjukkan minat yang mendalam

untuk mempelajari hadith Rasulullah s.a.w. Antara hasil

karyanya termasuk Bada‘i al-Mannan fi Jam‘i wa

Tartib Musnad al-Shafi‘i wal-Sunnan, Al-Qaul al-

Hassan fi Sharhi Bada‘i al-Mannan, Minhat al-

Ma‘bud fi Tartib Musnad al-Tayalisi Abi Daud-

Tahzib Jam‘i Masanid Abi Hanifah, Hidayat al-

Muqtafi ila Tartib Musnad al-Haskafi, Ithaf Ahl al-

Sunnah al-Bararat Zibdah Ahadith al-Usul al-

Asharah, Tanwir al-Afidati al-Zakiyati fi Adillat

Azkar al-Wazifat al-Zaruqiyyah, dan Al-Fathu al-

Rabbani li-Syarhi wa Tartib Musnad Ahmad ibn

Hanbal al-Shaibani. Ahmad ibn Abd Rahman al-

Banna meninggal dunia di Kaherah.

UMUM 
STRABO

Strabo (63 S.M.?– 24 M.?) ialah ahli geografi dan

sejarah Yunani. Dia menjadi terkenal kerana

penulisan Geography sebanyak 17 jilid yang

memerihalkan seluruh bahagian dunia yang

diketahui ketika itu. Jilid-jilid tersebut adalah

sumber maklumat geografi yang terbaik tentang

negara-negara Mediterranean pada permulaan

Zaman Kristian. Strabo juga menulis suatu sejarah

yang panjang tetapi kini telah hilang. Dia lahir di

Amasia, Pontus. Dia menuntut di Rom dan

Iskandariah, dan mengembara ke negara Arab,

selatan Eropah, serta utara Afrika.

UMUM 
12

Kembali ke atas