Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pd malam hari (dr Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa); ~ Mikraj Ar peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pd malam hari dr Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa, seterusnya naik ke Sidratulmuntaha, lalu kembali ke Mekah pd malam yg sama, yg berlaku pd 27 Rejab tahun ke-11 selepas baginda dilantik menjadi Rasul (3 tahun sebelum hijrah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pd waktu malam dr Masjidilharam di Mekah ke Masjidilaqsa di Baitulmuqaddis. ~ mikraj peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pd waktu malam dr Masjidilharam ke Masjidilaqsa, seterusnya naik ke langit, lalu kembali ke Mekah pd malam yg sama, yg berlaku pd 27 Rejab tahun ke-11 selepas baginda dilantik menjadi Rasul (3 tahun sebelum hijrah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Israk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SAYA HENDAK MENCARI BIODATA PENULIS CERPEN "ISRAK"IAITU PENGARANG ERDA ROSLAN KHAIRI DAN JUGA CERPEN " BIARKAN SAMUDARA" PENGARANG RAIHANAH SALLEH. KEDUA-DUA CERPEN INI MERUPAKAN CERPEN YANG TERDAPAT DALAM BUKU KOMSAS TINGKATAN EMPAT IAITU ANTOLOGI HARGA REMAJA. UNTUK MAKLUMAN, BUKU INI MERUPAKAN KELUARAN DBP.PERTOLONGAN DARIPADA PIHAK DBP SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Biodata Raihanah Saleh adalah seperti yang berikut:

Raihanah Salleh dilahirkan pada 29 januari 1965 di Dungun, Terengganu. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Mida Pendidikan Bahasa  Malaysia dari Universiti Putra Malaysia dan kini mengajar di Sekolah Menengah Agama Khairiah Kuala Terengganu. Beliau amat meminati bidang penulisan dan banyak menghasilkan karya seperti cerpen, novel dan skrip drama radio. Cerpen beliau juga tersiar dalam antologi cerpen Riak Kabus Danau Maninjau, Talian Kasih, Wacana Hitam Putih, Sayang Sufi, Kasut Hitler dan Sesudah Senja. Beliau juga pernah menghasilkan novel remaja, Kotak Rahsia Ismah. Beliau turut aktif menyertai peraduan dan sayembara penulisan. Antara penghargaan yang diperolehnya ialah Hadiah Utama Peraduan Novel Kanak-Kanak anjuran Jabatan Alam Sekitar 1995, Hadiah Utama Cerpen Dewasa anjuran Utusan-Public Bank 1995, Hadiah Penghargaan Cerpen Esso-Gapena 1995, Hadiah Utama Cerpen Remaja anjuran Utusan-Public Bank 1996, Hadiah Penghargaan Cerpen dewasa anjuran Public Bank 1997, Hadiah Pertama Cerpen Hari Guru anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu 1996 dan 1997, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2000, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2001, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2002, Hadiah Penghargaan Skrip Drama Radio anjuran IKIM 2005 dan Hadiah Pertama Skrip Drama Radio anjuran RTM Perlis dan Jabatan Kesihatan Perlis 2008.

Biodata Erda Roslan Khairi pula tiada dalam simpanan kami, harap maaf.

Lain-lain31.07.2010

Kembali ke atas