Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. = waktu ~ waktu setelah hilang cahaya merah di ufuk barat hingga terbit fajar; 2. = fardu ~ = sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu isyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = waktu ~ waktu malam hari yg bermula dr selepas hilang cahaya merah di langit sehingga terbit fajar: fardu (sembahyang) ~ sembahyang pd waktu isyak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Isyak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mengetahui apakah ejaan untuk solat zuhur, asar, maghrib, isyak dan subuh perlu menggunakan huruf besar seperti nama khas atau huruf kecil. Sekian. Terima kasih.Perkataan subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa08.07.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang kerelevanan penggunaan huruf kecil dan besar yang digunakan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat. Mengapakah istilah keagamaan seperti hari kiamat, syurga, neraka, lailatulqadar, subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak (saya hanya namakan sebahagian, sedangkan terdapat lebih banyak perkataan lain lagi) yang dieja dengan huruf kecil? Sedangkan hari Buruh, Gawai serta Hell, Heaven, Apocalypse, Halloween (dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan) dieja dengan huruf besar? Bukankah istilah keagamaan yang saya namakan tadi dianggap khusus dan sangat besar maknanya dalam isu keagamaan? Mengapakah hari yang darjatnya tidak setinggi hari kiamat, syurga, neraka, lailatulqadar dan sebagainya itu dieja dengan huruf besar tetapi perkataan yang kritikal seperti istilah tersebut digunakan huruf kecil?Pihak kami mengambil maklum atas pandangan puan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil  dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Pihak kami mendapatkan pandangan daripada pihak yang berkenaan dan akan menjawap pertanyaan puan dalam masa terdekat. Terima kasih atas kepekaan puan dalam tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa19.08.2019
1) Dia membatalkan hasratnya untuk menunaikan 'Solat Subuh' atau 'solat Subuh' di masjid. 2) Saya ingin bertanya makna 'triggered' bagi dua konteks ayat ini. "Abang ingatkan adik 'triggered' pasal Mak Long dera kita dulu" dan "Adik dah lama lupa tentang Mak Long melainkan tiba-tiba adik kena pukul balik. Tu mungkin boleh jadi PTSD adik 'triggered' semula.”
1.   Waktu solat merupakan kata nama am dan dieja dengan huruf kecil sekiranya bukan pada permulaan ayat. Contohnya solat subuh, solat zuhur, solat asar, solat maghrib dan solat isyak

2. Mengikut Kamus  Inggeris-Melayu Dewan, perkataan "trigger" membawa maksud "mencetuskan". Perkataan ini boleh digunakan mengikut konteks dan situasi yang sesuai, salah satunya ialah "menjadi marah".
Tatabahasa08.12.2020
ingin memahami dengan lebih mendalam mengenai penggunaan kata tugas "daripada". Contoh: Dia mengeluar pen daripada poket. (Adakah poket itu ialah tempat jadi... harus letakkan kata tugas "dari". Ataupun poket itu, sumber - jadi ayat itu betul?). Tolong jelaskan hukum "daripada dan dari" dengan jelas. Terima kasih

Sendi Nama "daripada"

Umumnya diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan manusia, unsur abstrak, perbandingan, sumber atau asal sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan. Menurut funsi tersebut, penggunaan SN daripada ini dapat dibahagikan kepada enam bahagian seperti yang berikut:

1. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata yang menyatakan manusia, dengan unsur manusia sebagai punca atau "tempat" datangnya sesuatu.

Contohnya: Aku tidak tahu daripada siapa dia mewarisi paras yang secantik itu.

2. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan sesuatu unsur yang abstrak.

Contohnya: Apabila Janaki telah baik daripada sakitnya, dia datang mengunjungi aku.

3. Menunjukkan perbandingan atau tahap yang didahulukan dan dikemudiankan.

Contohnya: Dia lebih pendiam daripada dulu.

4. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan penceraian sedikit daripada banyak atau menyatakan sebahagian daripada semua.

Contohnya: Enam orang daripada mereka mati disambar petir.

5. Menunjukkan perbezaan atau kelainan.

Contohnya: Cara hidupkau berbeza daripada cara hidupku.

6. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan maksud sumber atau asal.

Contohnya: Kulihat sebuah rumah kecil yang diperbuat daripada tanah.

 

Sendi Nama "dari".

Digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan araha, tempat atau waktu.

Contoh:

1. Hilmy keluar dari dalam bilik itu.

2. "Lama dah kak, dari pagi tadi".

3. Aku melangkah keluar dari rumahnya.

4. Dia betah sekali duduk bersila dari waktu sesudah sembahyang Isyak sampailah menjelang dinihari. 

 

 Yang betul: Dia mengeluar pen dari poket.

Poket dianggap tempat bukan sumber.

Tatabahasa22.08.2009

Kembali ke atas