Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Itali


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Setiap orang pemain bola sepak Perlis akan dibawa melancong ke Itali. Adakah ayat tersebut betul? Jika salah, apakah kesalahannya? Terima kasih.Ayat yang betul ialah: Setiap pemain bola sepak Perlis akan dibawa melancong ke Itali.
Pemain merujuk kepada orang yang bermain bola sepak.  Tidak perlu pengulangan.
Tatabahasa30.07.2022
Italian seasoningPerasa ItaliEjaan10.06.2013
Salam Satu Malaysia, Kata pemeri terdiri daripada "ialah" dan "adalah".Tolong berikan penjelasan tentang kedua-dua ayat di bawah dan yang mana satu betul. a)Buku yang sedang dibaca oleh kakak adalah kepunyaan saya. (perkataan "kepunyaan" merupakan kata nama/ kata adjektif?) b)Kasut kulit itu ialah buatan dari Itali.(perkataan "buatan" merupakan kata nama?) Terima kasih. b) Kasut kulit itu ialah buatan dari Itali.Untuk ayat 1. Buku yang sedang dibaca oleh kakak adalah kepunyaan saya.  Secara gramatisnya tidak perlu ditulis perkataan "adalah".  Cukup dengan ayat begini:  Buku yang sedang dibaca oleh kakak itu kepunyaan saya.  Penggunaan kata pemeri "adalah" dan "ialah" amat terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu.
"Kepunyaan" ialah kata nama terbitan.

Begitu juga dengan ayat 2. Kasut kulit itu ialah buatan dari Itali. Tidak perlu pemeri "ialah" di situ.  Cukup dengan ayat begini: Kasut kulit itu buatan Itali.
Lain-lain02.10.2014
Daniele Speziale Oct 21st, 9:02pm Baik. Saya seorang pelajar dari Itali, datang ke sini dengan biasiswa. Sekarang 3 bulan saya tinggal di Malaysia, dan boleh cakap Melayu (walaupun belum lagi fasih). Saya mahu tahu kalau PABM akan ambil bahagian tahun depan, saya sangat ingin menyertai smile emoticonSyabas kami ucapkan atas perhatian dan minat tuan terhadap bahasa Melayu. Untuk makluman tuan, PABM dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), DBP hanya menjadi sebahagian daripada jawatankuasa kerja dalam penganjurannya. Untuk maklumat lanjut tuan boleh hubungi urus setia di KPT.Lain-lain21.10.2015
Apa maksud novel? berikan senarai genre novel dan maksudnya sekaliNovel secara umum bermaksud kisah rekaan yang panjang dalam bentuk prosa. Novel berasal daripada perkataan novella dalam bahasa Itali yang membawa erti 'perkhabaran baru'. Antara genre novel ialah novel aliran kesedaran, novel antirealistik, novel aprentis, novel lawan alam, novel kedaerahan, novel gothik, novel masalah, novel peristiwa, novel pikares, novel psikologi, novel propaganda, novel politik, novel realistik, novel resaman, novel romantik, novel sejarah, novel sempurna, novel sensibiliti, novel sosial, novel tesis, novel warkah dan sebagainya.Lain-lain25.08.2009
Minta tanya, bagaimanakah menggunakan perkataan 'patriotisme' dan 'patriotik'?Patriotik = bersifat (berperasaan, bersemangat) sebagai patriot. Contoh ayat, Jepun telah berjaya membangkitkan perasaan patriotik di kalangan penduduk tempatan. Manakala, patriotisme ialah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Cntoh ayat, puisi Itali dipengaruhi oleh rasa perpaduan bangsa dan patriotisme keitalian yang menjadi tema popular ketika itu.Tatabahasa12.04.2013
Selamat sejahtera, saya keliru dengan patriotik dengan patriotisme.. Untuk bahagian komsas, nilai patriotik atau nilai patriotisme, mana satu lebih tepat ya?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, Patriotik membawa maksud bersifat (berperasaan, bersemangat) sebagai patriot. Contoh ayat, Jepun telah berjaya membangkitkan perasaan patriotik di kalangan penduduk tempatan. Manakala, patriotisme ialah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Contoh ayat, Puisi Itali dipengaruhi oleh rasa perpaduan bangsa dan patriotisme keitalian yang menjadi tema popular ketika itu.

Makna28.04.2019
Salam, saya ingin tahu tahun berapakah mulanya ejaan rumi diperkenalkan di Tanah melayu, adakah sejak Munshi Abdullah lagi? Setahu saya zaman Abdullah munsyi menggunakan ejaan jawi dalam semua aspek penulisan baik penterjemahan dari B.Inggeris dan persuratan. Siapakah yang menerajui atau memperkenalkan ejaan rumi di tanah melayu?

    Merujuk Ensiklopedia Bahasa Melayu, sistem ejaan dan tulisan bahasa Melayu yang berasal daripada huruf Latin (Roman) dan mempunyai sejarah lebih daripada 450 tahun. Huruf  Latin yang mula-mula digunakan untuk menulis bahasa Melayu ditemui dalam senarai pelayaran Pigafetta dari Itali pada tahun 1521. Bermula pada abad ke-16 itu, bahasa Melayu terus ditulis dengan huruf Roman oleh pedagang, pengembara dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara. Penggunaan huruf Roman untuk menulis kata-kata Melayu ini dapat dilihat dalam catatan dan tulisan yang dihasilkan dalam tempoh hingga akhir abad ke-17. 
    Untuk makluman tuan dalam perancangan bahasa Melayu tumpuan diberikan kepada aspek pembakuan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu bermula pada tahun 1904 dan disempurnakan pada tahun 1972.

 

    Sistem ejaan rumi yang pernah wujud:

  

    a.      Sistem Ejaan Wilkinson (1904) – ejaan sekolah Melayu di Malaya.

    b.      Ejaan Za’ba (1949) – ejaan sekolah hingga 1972;

    c.      Sistem Ejaan Fajar Asia – ejaan majalah Fajar Asia (1945-1954);

    d.      Ejaan Rumi Kongres 1956 – ejaan Asas  ‘50’ (Angkatan Sasterawan ’50)

    e.      Kaedah Ejaan PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya) – ejaan majalah Bahasa

    
    Penyatuan ejaan Rumi antara bahasa Melayu di  Malaysia dengan yang di Indonesia bermula pada tahun 1959.  Walau bagaimanapun, ejaan bersama yang dipersetujui (Ejaan Malindo tahun 1959) ini tidak dapat dilaksanakan.  Persetujuan tentang Sistem Ejaan Rumi Bersama yang ditandatangani pada 27 Jun 1967, telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Malaysia dan Indonesia pada 16 Ogos 1972.  Di Malaysia sistem ini dikenali dengan nama Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu.
 

        

Tatabahasa19.03.2013

Kembali ke atas