Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Itali


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG ITALI–ETHIOPIA

Perang Itali–Ethiopia , pertempuran di antara

Itali dan Empayar Ethiopia Afrika (dahulunya

Abyssinia ) dari tahun 1935 hingga tahun 1936.

Benito Mussolini memulakan perang tersebut

kerana mahu mengalih perhatian rakyat Itali

daripada masalah dalam negara. Dia juga

berharap untuk mendapatkan sumber bahan

mentah untuk industri di Itali.

UMUM 
ITALI UMUM 
SIENA

Siena (pend. 61 888) terletak di atas bukit di Tuscany berhampiran Florence, Itali

(lihat Itali [peta politik]). Medan pusatnya, Piazza del Campo,

terkenal pada peringkat antarabangsa. Dewan

bandar rayanya terletak bertentangan medan pusat

bandar tersebut. Perlumbaan kuda yang dianjurkan

oleh daerah di bandar itu yang dikenali sebagai

Palio berlangsung di medan bandar ini setiap tahun.

Katedral Goth Siena dibina daripada marmar hitam

putih, ialah satu daripada katedral Zaman

Pertengahan yang terkenal di Eropah. Siena

mempunyai universiti yang bertarikh dari tahun

1200-an. Bandar ini ialah tempat lahir Saint Catherine,

santo penaung di Itali. Lihat juga Simone Martini.

UMUM 
TASIK COMO

Tasik Como, tempat yang cantik dan masyhur di

bahagian utara Itali. Dalam bahasa Itali, Tasik Como

dikenali sebagai Lago di Como . Tasik ini terletak di

wilayah Lombardy di kaki Pergunungan Alps. Tasik

tersebut meliputi sebuah kawasan seluas 145

kilometer persegi. Pantainya dibarisi rumah-rumah

musim panas yang cantik, taman indah dan ladang

anggur yang subur. Sungai Adda mengalir melalui

Tasik Como. Setiap tahun, beribu-ribu pelancong

melawat Como yang merupakan bandar utama di

tasik tersebut.

UMUM 
MILAN

Milan (pend. 1 369 231), bandar kedua terbesar di

Itali. Rom mempunyai lebih penduduk berbanding

Milan. Milan terkenal sebagai pusat kewangan,

pembuatan dan perdagangan antarabangsa yang

utama bagi Itali. Bandar terletak di utara Itali,

berhampiran dengan jalan tembus melalui

pergunungan Alps. Ini menjadikannya sebagai

pusat perdagangan sejak tahun 100-an M. (lihat Itali

[peta politik]). Ramai pelancong yang melawat

Milan untuk melihat hasil seni yang tidak ternilai

harganya di situ. Milan ialah ibu wilayah Lombardy,

salah satu wilayah politik Itali. Nama bandar ini

dalam bahasa Itali ialah Milano.

UMUM 
SARDINIA

Sardinia ialah pulau milik Itali yang terletak di Laut

Mediterranean di bahagian barat tanah besar Itali dan

jaraknya melebihi 160 kilometer dari tanah besar

tersebut. Daratan yang terdekat ialah Pulau Corsica

(milik Perancis), yang terletak 14 kilometer di sebelah

utara Selat Bonifacio. Nama Itali bagi Sardinia ialah

Sardegna. Ia merupakan pulau Mediterranean yang

kedua besarnya selepas Sicily. Luas Sardinia kira-kira

24 090 kilometer persegi. Pulau ini dan beberapa

pulau lain yang berhampiran membentuk kawasan

Sardinia yang mempunyai penduduk sebanyak 112

juta. Untuk lokasi Sardinia, lihat Itali (peta politik).

UMUM 
TASIK MAGGIORE

Tasik Maggiore ialah salah satu tasik yang

sangat terkenal di Itali. Sebahagian besar tasik ini

terletak di Itali, namun sebahagian kecil di utara

menganjur ke dalam Switzerland. Orang Itali

menamakan tasik tersebut Lago Maggiore yang

bermaksud tasik yang besar . Tasik Maggiore adalah

sepanjang 64 kilometer dan luasnya 212 kilometer

persegi. Di sesetengah tempat dalam tasik tersebut

melebihi 366 meter. Pergunungan yang tinggi

memuncak ke utara dan barat tasik itu. Di sebelah

selatan terdapat bukit-bukit yang dipenuhi dengan

ladang anggur. Bandar yang paling penting di Tasik

Maggiore ialah Locarno, Palanza dan Streza. Untuk

lokasi, lihat Switzerland (peta).

UMUM 
SICILY

Sicily (pend. 4 863 587) ialah sebuah pulau di Itali

yang terletak di tengah Laut Mediterranean. Selat

Messina memisahkan Sicily dari tanah besar Itali.

Untuk lokasi Sicily, lihat Itali (peta politik). Sicily

meliputi kawasan seluas 25 708 kilometer persegi

dan merupakan pulau terbesar di Laut

Mediterranean.

UMUM 
KESUSASTERAAN ITALI

Kesusasteraan Itali termasuk banyak karya

agung yang ditulis sejak awal tahun 1200-an.

Kesusasteraan ini juga telah menggalakkan gerakan

budaya yang penting, yang membawa kesan

berpanjangan terhadap kesusasteraan negara lain.

UMUM 
ORLANDO, VITTORIO EMANUELE

Orlando, Vittorio Emanuele (1860–1952),

berkhidmat sebagai perdana menteri Itali dari tahun

1917 hingga tahun 1919. Dia memegang jawatan

sebaik-baik sahaja selepas tentera Itali mengalami

kekalahan teruk dalam Perang Dunia I. Dia

berusaha untuk menaikkan semangat orang awam

dan tentera yang berdisiplin membantu Itali dalam

perang, bersama-sama tentera Berikat, sehinggalah

pihak Berikat mencapai kemenangan pada tahun

1918. Selepas perang, dia mengetuai delegasi Itali

ke Persidangan Keamanan Paris pada tahun 1919.

Dia meninggalkan persidangan itu buat sementara

waktu kerana memprotes pihak Berikat yang tidak

memenuhi tuntutan Itali terhadap bekas wilayah

Austria. Penentangnya dalam Parlimen kemudian

memaksa dia meletakkan jawatan sebagai perdana

menteri.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas