Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Itali


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
irredentismfahaman iredentaSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang lahir daripada pengasingan wilayah yang beretnik Itali dari Itali pada tahun 1870. Fahaman ini kemudiannya digunakan untuk merujuk kepada pergerakan dan aspirasi yang ingin mengambil semula wilayah yang dipercayai telah diasingkan walaupun wilayah tersebut mempunyai persamaan dari segi etnik dan bahasa.
irredentairedentaSains PolitikHubungan AntarabangsaIstilah yang berasal daripada perkataan Itali yang bermaksud tidak dapat ditebus. Selepas penyatuan negara Itali pada tahun 1870, masih terdapat beberapa wilayah yang mempunyai etnik Itali yang tinggal dalam kekuasaan Austria seperti Trieste, Istria, Trentino dan Tiroi Selatan. Wilayah ini telah dituntut oleh golongan yang ingin mengambil wilayah tersebut berdasarkan persamaan etnik mereka.
Italian overtureovertur ItaliKesenianTiadaMuzik orkestra akhir abad ketujuh belas, sebagai prasembah kepada opera Itali atau oratorio dalam 3 gerakan, cepat-perlahan-cepat.
Italian sonnetsoneta ltaliKesusasteraanPuisiBentuk puisi yang berkembang di Itali yang terdiri daripada 14 baris. Soneta Itali terdiri daripada dua rangkap yang mengandungi lapan dan enam baris dan skema rimanya a b b a a b b a - c d e c d e atau boleh juga a b b a a b b a - c d c Cd C.
florentine lacerenda florentinKesenianTiada1. Renda torson bercorak bunga, dibuat pada Zaman Pembaharuan di Itali.,2. Renda tuntung jarum yang timbul dibuat di bandar Florence pada abad ke-16 di Itali.
opera buffaopera buffaMuzikTiada

 Opera jenaka Itali yang popular pada abad ke-18. Ceritanya berkenaan dengan kehidupan seharian. Opera buffa mempunyai watak lucu dan elemen jenaka. Skripnya, iaitu libretto dalam bahasa Itali. Contohnya, Le Nozze di Figaro, K. 492 (1786) ciptaan Mozart dan // barbiere di Siviglia (1816) ciptaan Rossini.

ItalianItaliKesenianTiadaTiada
Hispano-ItalianItali-SepanyolSejarahTiadaTiada
bourgeoisieborjuisSains PolitikPolitik PerbandinganKelas sosial yang wujud dalam masyarakat kapitalis. Istilah atau konsep borjuis ini berasal daripada bahasa Perancis yang dipinjam daripada perkataan Itali iaitu borghesia yang bermakna rumah golongan kaya yang berada di tengah-tengah perkampungan. Kelas borjuis mula muncul pada zaman pertengahan Itali melalui penguasaan terhadap faktor-faktor pengeluaran dan menjadi kaya berbanding dengan masyarakat di sekeliling mereka. Keadaan ini menjadikan mereka secara relatifnya lebih berkuasa dan berpengaruh sehingga setaraf dengan kelompok elit pemerintah atau golongan gereja pada ketika itu. Konsep ini kemudiannya dikembangkan oleh Karl Marx (1818-1883) bagi menghuraikan fenomena kelas sosial yang wujud dalam masyarakat kapitalis yang menguasai modal. Menurut Marx, golongan borjuis menguasai kelas bawahan iaitu kelas proletar (pekerja) secara dominasi dan memanipulasi tenaga kerja yang berlebihan dengan membayar upah yang rendah. Situasi ini dilihat oleh Marx sebagai satu bentuk penindasan golongan borjuis terhadap kelas pekerja.
Italian sonnetsoneta ItaliKesusasteraanTiadaPuisi yang mengandungi 14 baris puisi yang terbahagi dua; 8 baris pertama mengandungi oktaf atau ostet dan berima abbaabba; 6 baris berikutnya sestet biasanya berima cdecde.
12345678910...

Kembali ke atas