Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Jamaica


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JAMAICA UMUM 
REGGAE

Reggae ialah sejenis muzik popular yang

dikembangkan di Jamaica pada tahun 1960-an. Pada

mulanya, reggae dipersembahkan khusus untuk

rakyat Jamaica yang miskin. Kemudiannya Reggae

menjadi popular di seluruh Jamaica dan England

serta Amerika Syarikat. Reggae mempengaruhi jiwa

irama blues dan muzik rock.

UMUM 
KINGSTON

Kingston (pend. 104 041; pend. kaw. met.

524 638) ialah ibu negara dan pelabuhan utama

Jamaica, negeri kepulauan Caribbean, yang

merupakan sebahagian daripada Hindia Barat.

Kingston terletak di kariah (daerah kerajaan

tempatan) Kingston dan Saint Andrew, di bahagian

pantai tenggara Jamaica. Bandar raya ini berada di

hujung utara pelabuhan yang hampir dilingkungi

daratan. Lihat Jamaica (peta).

UMUM 
OCHO RIOS

Ocho Rios ialah tempat peranginan di Jamaica

yang mempunyai keindahan alam semula jadi. Ia

terletak kira-kira 100 kilometer ke timur Teluk

Montego. Ia merupakan teluk yang terlindung

yang dikelilingi oleh dusun kelapa dan tebu serta

kebun buah-buahan. Ocho Rios merupakan tarikan

pelancong dengan pantai, pasar, kedai, restoran,

hotel, dan kemudahan rekreasi lain yang

dimilikinya yang dapat dibanggakan. Kawasan

yang menarik yang terletak berdekatan dengannya

termasuk Galur Fern, iaitu kawasan tumbuh-

tumbuhan tropika yang tidak tercemar; Air Terjun

Sungai Roaring, yang sebahagiannya digunakan

bagi tenaga hidroelektrik; dan Air Terjun Sungai

Dunn.

UMUM 
MARLEY, BOB

Marley, Bob (1945–1981), pemuzik Jamaica,

penyanyi dan penggubah muzik reggae. Sebagai

seorang ahli pegangan keagamaan Rastafari,

Marley menjadi wira gerakan kesedaran orang

kulit hitam.

UMUM 
BUSTAMANTE, SIR WILLIAM ALEXANDER

Bustamante, Sir William Alexander

(1884–1977), menjadi perdana menteri Jamaica yang

pertama apabila pulau ini mencapai kemerdekaan

pada tahun 1962.

UMUM 
RASTAFARIAN

Rastafarian ialah ahli Ras Tafari, iaitu

pergerakan agama dan politik yang bermula di

kepulauan Caribbean di Jamaica pada tahun 1920-

an.

UMUM 
ALLSPICE

Allspice ialah sejenis rempah berperisa menyamai

gabungan kayu manis, cengkih, dan buah pala.

Allspice kadangkala dinamai lada Jamaica atau

pimento . Ia diperoleh daripada buah beri yang

belum matang daripada pokok pimento.

UMUM 
PIMENTO

Pimento ialah nama yang popular bagi pokok

malar hijau yang kecil dalam famili mirtel.

Rempah yang dikenali sebagai allspice, lada

Jamaica , atau pimento berasal daripada pokok ini.

Pimento yang berwarna merah, berisi tebal yang

digunakan untuk diisi ke dalam buah zaitun hijau

bukan berasal daripada pokok pimento. Perasa ini

adalah buah daripada tumbuhan yang dikenali

sebagai Lada Benggala.

UMUM 
SLOAN, SIR HANS

Sloan, Sir Hans (1660 –1753) ialah doktor dan

ahli botani kelahiran Ireland. Koleksi dan

perpustakaan peribadinya menjadi bahan

permulaan British Museum. Sloan mengumpul

tumbuh-tumbuhan sepanjang hayatnya. Tumbuh-tumbuhan

yang diambil dari Jamaica pada tahun

1687 dan 1688 merupakan tanaman pertama yang

dibawa ke Britain dari Hindia Barat. Sloan

menggantikan Sir Isaac Newton sebagai Presiden

Royal Society. Sloan lahir di Killyleagh, kaunti

Down. Dia menjadi baron pada tahun 1716.

UMUM 
12

Kembali ke atas