Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Jamaica


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reggaereggaeMuzikTiada

 Muzik popular dari Jamaica yang mencantumkan patois Ja­maica, rentak sinkopasi dari Afrika dan muzik rhythm and blues dari Amerika Syarikat. Reggae muncul di Jamaica pada tahun 1970-an dan dipopularkan di peringkat antarabangsa oleh kumpulan Bob Marley and The Wailers. Link lagunya tentang kepercayaan Rastafarian dan masalah kehidupan orang kulit hitam kelas bawahan di Jamaica.

Jamaican coffeekopi JamaicaPentadbiran PerniagaanTiadaKopi yang diperasakan dengan herba dan likuor dan dihias dengan krim putar sebagai toping.
calypsocalypsoMuzikTiada

 Lagu popular rakyat Trinidad dan Jamaica yang bersinkopasi dan diimprovisasikan. Melodinya bercorak soal jawab dan liriknya bertemakan kehidupan rakyat serta komentar politik. Ensembelnya terdiri daripada alat muzik seperti dram besi, liub buluh, wisel timah dan gitar.

world musicworld musicMuzikTiada

Muzik popular yang mencantumkan idiom muzik popular Amerika Syarikat dan Eropah dengan elemen muzik Afrika, Amerika Latin, India dan negara lain. World music ini diperkenalkan oleh syarikat muzik transnasional di Amerika Syari­kat dan Eropah untuk memasarkan muzik tersebut pada tahun 1980-an. Contoh world music termasuklah reggae (Jamaica), rai (Algeria), highlife (Ghana), bhangra (India) dan qawwali (Pakistan). Di Malaysia, penyanyi pop yang dipengaruhi muzik jenis ini ialah Zainal Abidin, Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza yang menggabungkan idiom pop dengan elemen muzik dan alat muzik Melayu. Muzik Tuku Kame dan Sayu Ateng dari Sarawak yang menggunakan alat muzik dan ele­men muzik berbagai-bagai kaum di Sarawak juga diklasifikasikan sebagai world music. Sinonim world beat.

commonwealthKomanwelSains PolitikPolitik PerbandinganPerikatan negara merdeka yang terbentuk secara sukarela untuk melindungi kepentingan masing-masing atau melambangkan identiti politik tertentu yang sepunya di kalangan mereka. Ahli falsafah politik, Thomas Hobbes mentakrifkan konsep ini sebagai aksi kerjasama beberapa golongan masyarakat atau negara untuk melindungi nilai tertentu yang dikongsi bersama. Misalnya Poland dan Lithuania pernah mewujudkan Komanwel pada tahun 1569 bagi melindungi kedua-dua negara tersebut daripada ancaman Rusia dan juga Empayar Ottoman. Dalam konteks moden hari ini, Komanwel lebih merujuk kepada kesatuan sukarela atau kerjasama yang terbentuk di kalangan negara bekas tanah jajahan British. Terdapat dua jenis Komanwel iaitu Komanwel Lama yang terdiri daripada negara tanah jajahan British yang bersifat penempatan baru dan kemudiannya memperoleh kemerdekaan seperti New Zealand, Australia dan Kanada. Komanwel Lama juga terbentuk selepas Perang Dunia Pertama berakhir. Komanwel Baru pula ialah negara bekas tanah jajahan British yang memperoleh taraf kemerdekaan secara gerakan nasionalis seperti Malaysia, India, Jamaica, Kenya dan Nigeria.

Kembali ke atas