Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bulan pertama dlm tahun Masihi yg mengandungi 31 hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bulan yg pertama dlm tahun Masihi (terdiri drpd 31 hari). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Januari


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Y2K (year 2000)Y2K (tahun 2000)Teknologi MaklumatTiadaMasalah yang timbul akibat penggunaan 2 digit terakhir tahun untuk mewakili tahun 4 digit. Contohnya, 1988 diwakilkan sebagai 88. Jadi 00 pada 1 Januari 2000 bermaksud 1 Januari 1900 bukannya 1 Januari 2000. Masalah ini menimbulkan kekalutan pengiraan tempoh masa dan umur.
calendar durationtempoh kalendarPentadbiran PerniagaanTiadaTempoh satu tahun mulai 1 Januari sehingga 31 Disember dalam tahun yang sama.
QuadrantidsPancuran QuadransMatematikTiadaPancuran meteor, punca sinaran: RA 232o, dec + 50o mencapai maksimumnya pada 3 Januari.
calendar year experiencepengalaman tahun kalendarPentadbiran PerniagaanTiadaPengiraan premium dan kerugian bagi tempoh 12 bulan mulai 1 Januari yang dimasukkan ke dalam buku akaun.
Muasasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT)Muasasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT)EkonomiEkonomi IslamInstitusi pajak gadai Islam pertama di Malaysia yang ditubuhkan pada Januari 1992 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu. Penubuhannya berteraskan konsep rahnu dan qardul hasan. Fungsi awal penubuhannya adalah untuk mengatasi masalah caj kadar bunga tinggi yang dikenakan oleh pajak gadai konvensional di samping mengelakkan riba.
midnight sunmatahari tengah malamGeografiTiadaFenomena yang berlaku di antara bulan Mei dan Julai di hemisfera U dan di antara November dan Januari di hemisfera S, apabila matahari kekal di atas horizon bila dilihat di antara garis, latitud 632o - 90o U dan S daripada Khatulistiwa. Kawasan utara Skandinavia biasa dikenali sebagai kawasan Matahari Tengah Malam.
Greenwich mean astronomical timewaktu falak min GreenwichMatematikTiadaWaktu min Greenwich yang bermula pada tengah hari yang merupakan sistem waktu astronomi yang digunakan sebelum 1 Januari 1925.
churadachuradaSainsHidrometeorologiHujan badai yang lebat di Kepulauan Mariana (lautan Pasifik barat) semasa monsun timur laut. Hujan ini terjadi dari November ke April atau Mei, terutamanya dari Januari hingga Mac.
interdelivery spreadspread antara serahanPentadbiran PerniagaanTiadaKedudukan pandak dan panjang dalam opsyen atau komoditi bagi sekuriti yang sama tetapi bagi bulan serahan yang berbeza, misalnya pembelian satu kontrak tamat pada Januari dan penjualan satu kontrak tamat pada April.
North America Free Trade Agreement (NAFTA)Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika UtaraSains PolitikHubungan AntarabangsaPerjanjian yang ditandatangani pada tahun 1992 oleh negara Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat. Perjanjian ini mula dilaksanakan pada 1 Januari 1994. Tujuannya adalah untuk menubuhkan zon perdagangan bebas di Amerika Utara dan menghapuskan cukai tarif bagi kebanyakan barangan yang dihasilkan oleh negara yang menandatangani persetujuan tersebut. Perjanjian tersebut menganjurkan penghapusan secara beransur-ansur halangan kepada pelaburan dan pergerakan barangan serta perkhidmatan antara ketiga-tiga negara tersebut dalam tempoh 15 tahun. Antara sektor yang terlibat ialah pertanian, automobil, perkilangan tekstil, telekomunikasi, perkhidmatan kewangan, tenaga dan pengangkutan lori. Walau bagaimanapun, perjanjian ini telah dikritik sebagai penyebab kehilangan pekerjaan di Amerika Syarikat kerana banyak industri di negara tersebut telah memindahkan kilang mereka ke Mexico. Pada masa yang sama, perjanjian ini memberi kesan yang negatif kepada ekonomi beberapa buah negara Caribbean yang mengeksport barangan mereka ke Amerika Syarikat dan kini terpaksa bersaing dengan eksport Mexico yang bebas cukai. Sinonim NAFTA.
12

Kembali ke atas