Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sifat atau ciri yg unik dan istimewa (dr segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yg menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb, identiti: pembinaan negara Malaysia lebih berteraskan kekuatan ~ bangsa dan seĀ­mangat patriotik yg utuh; pengisian program kebudayaan ini penting bagi memĀ­bentuk sahsiah dan ~ belia masa ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jati (adjektif)
Bersinonim dengan sejati, asli, murni, tulen, yang sebenarnya, betul, bukan peranakan, totok, kudrati;,
Kata Terbitan : kejatian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
national languagebahasa kebangsaan/ bahasa nasionalSosiolinguistikTiadaBahasa yang diterima oleh penduduk negara sebagai bahasa masyarakat, bahasa penyatuan bangsa yang merdeka, dan dapat membezakan jati diri daripada negara lain.
black theatreteater hitamKesusasteraanTiadaTeater yang bermula dengan hasrat warga Amerika yang berkulit hitam untuk mencari jati diri. Teater hitam dipengaruhi oleh Gerakan Hak-hak Sivil, dan gerakan Black Power di Amerika Syarikat. Pada tahun 60-an, gerakan teater ini menjadi semakin radikal. Pelakon teater berkulit hitam mula memisahkan diri mereka daripada pelakon teater berkulit putih Amerika. Seterusnya, mereka mementaskan teater untuk penonton berkulit hitam sahaja walaupun untuk drama Shakerspeare. Teater pertama dipentaskan oleh pelakon teater berkulit hitam berjudul A Raisin in the Sun (1959) oleh Hansberry. Antara pelakon teater dan drama berkulit hitam yang terkemuka ialah Jamses Baldwin, Ed Bullins, dan Le Roi Jones. Le Roi kemudiannya menukarkan nama kepada Amamu Amiri Baraka. Lihat juga negritude.
scientific managementpengurusan saintifikPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah terperinci dalam teori pengurusan yang menentukan pembaharuan untuk mempertingkatkan produktiviti organisasi. Pengurusan saintifik dipercayai dapat mengubah cara berfikir ahli organisasi bukan sahaja untuk memantapkan kedudukan dan imej organisasi, tetapi secara tidak langsung dapat mempertingkatkan jati diri kakitangan organisasi tersebut. Pengurusan saintifik dipelopori oleh Frederick Winslow Taylor yang memberikan penekanan bahawa sebarang keputusan yang dilaksanakan adalah berasaskan kepada tradisi dan pengamalan pengurusan organisasi. Walau bagaimanapun, corak pengurusan yang baik sentiasa berteraskan kepada kebijaksanaan kakitangan dalam membuat keputusan yang berkait dengan kerja dan tanggungjawab.

aptitude testujian kebolehan/ujian kecerdasanPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha atau tindakan pemeriksaan untuk mengesan dan mengenal pasti tahap keupayaan dan kebijaksanaan individu. Antara kandungan ujian yang biasa diberi tumpuan ialah menguji tahap kecerdasan intelektual (IQ), kecerdasan emosi (EQ), tahap kekuatan jiwa, kebolehan menangani konflik, kesihatan dan jati diri. Ujian kebolehan merupakan kaedah khas yang dilakukan dalam pengambilan kakitangan baru sesebuah organisasi. Ujian ini juga diamalkan sebagai langkah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan bagi meningkatkan tahap keyakinan. Walau bagaimanapun, tidak semua organisasi melaksanakan ujian kebolehan atau kecerdasan.

self-managementpengurusan kendiriPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah, kemahiran dan strategi yang ada pada individu dalam pelaksanaan aktiviti tertentu untuk mencapai matlamat atau tujuan yang ditetapkan. Pengurusan kendiri merupakan salah satu daripada faktor utama yang mempengaruhi peningkatan jati diri, sahsiah, integriti, profesionalisme dan kecekapan. Antara kaedah atau cara pengurusan yang diamalkan termasuklah penetapan matlamat, perancangan, penjadualan, penilaian diri, campur tangan, kemajuan diri, dan sebagainya. Pengurusan kendiri yang sempurna dipercayai dapat membantu seseorang individu memantapkan lagi daya fikir dan kemahiran yang sedia ada. Biasanya, dalam sesebuah organisasi, kaedah ini dijadikan sebagai salah satu daripada penekanan dalam program latihan dan pembangunan kakitangan.

ethopoeticsetnopuitikaKesusasteraanTiadaPerihal tafsiran baharu tentang sistem kesusasteraan sesuatu bangsa berdasarkan ciri-ciri khusus sastera bangsa tersebut. Dalam kalangan sarjana tempatan, wujud suatu kesedaran untuk menilai semula sistem sastera tempatan, sama ada dari segi sejarah atau teori dan kritikan yang berteraskan tradisi dan nilai tempatan. Sarjana tempatan tidak lagi bergantung pada tradisi dan nilai budaya luar (Barat), malah berdialog secara kritis dengan mereka. Unsur etnopuitika kesusasteraan sesuatu bangsa harus bersumberkan budaya pemikiran asli bangsa berkenaan yang banyak terakam dalam khazanah kesusasteraan lisan. Dengan kata lain, etnopuitika sastera sesuatu bangsa haruslah berteraskan jati diri dan tradisi bangsa yang melahirkan sastera tersebut yang diwarisi sejak zaman silam. Kesedaran tersebut telah muncul di seluruh dunia termasuklah di Afrika, Asia Barat, Jepun, China, dan Nusantara. Di Malaysia, perbincangan tentang konsep etnopuitika dalam satera Melayu telah dilakukan oleh Muhammad Haji salleh melalui bukunya Puitika Sastera Melayu (2000). Menurut beliau, konsep puitika sastera Melayu harus digali daripada sumber tradisi lisan Melayu. Oleh itu, beliau menyarankan agar konsep teks, genre, pengarang, khalayak, dan keindahan dalam sastera Melayu harus bersumberkan tradisi lisan Melayu. Sarjana lain yang turut membicarakan konsep puitika Melayu ialah Mohd. Affandi Hassan, Hashim Awang dan V,I. Braginsky.

Kembali ke atas