Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Jerman

Puisi
 

Kapal Inggeris kapten Jerman,
     Teluk meneluk di Negeri Jawa;
Putih kuning merubah iman,
     Hitam manis merubah nyawa.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAAR

Saar ialah negeri di Jerman di sempadan Perancis-

Jerman (lihat Jerman [peta politik]). Saar meliputi

2574 kilometer persegi dan mempunyai jumlah

penduduk 1 045 900. Ia dinamakan sempena

Sungai Saar yang mengalir melalui kawasan itu.

Kawasan itu juga dikenali sebagai Wilayah Saar

atau Lembangan Saar. Nama Jerman untuk Saar

ialah Saarland . Saar amat bernilai kerana lombong

batu arangnya dan loji kelulinya yang banyak. Ibu

negerinya ialah Saarbrucken.

UMUM 
STUTTGART

Stuttgart (pend. 561 628) ialah ibu negeri Baden-

Wüttemberg Jerman (lihat Jerman [peta politik]).

Bekas ibu negeri Duchy dan kerajaan

Württemberg ini terletak di sepanjang Sungai

Neckar. Stuttgart ialah pusat utama ekonomi,

politik, dan kebudayaan Jerman.

UMUM 
JERMAN UMUM 
KESUSASTERAAN JERMAN

Kesusasteraan Jerman ialah kesusasteraan

orang Eropah tengah yang bertutur dalam bahasa

Jerman. Ia termasuk karya dari Jerman, Austria,

Switzerland dan juga kawasan berjiran seperti

Alsace, Bohemia dan Silesia.

UMUM 
KOHL, HELMUT

Kohl, Helmut (1930– ), canselor Jerman.

Dia berkhidmat sebagai canselor Jerman Barat

dari tahun 1982 hingga tahun 1990. Dia kekal

sebagai canselor negara Jerman bersatu berikutan

penyatuan kedua-dua negara Jerman pada 3

Oktober 1990. Sejak tahun 1949, Jerman

terbahagi kepada dua – Jerman Barat dan Jerman

Timur.

UMUM 
OBERAMMERGAU

Oberammergau (pend. 4664) ialah kampung

Bavaria yang terletak 72 kilometer ke barat daya

Munich di selatan Jerman [lihat Jerman [(peta

politik)]. Ia terkenal kerana persembahan Passion

Play , yang biasanya diadakan sekali setiap 10 tahun.

Pertunjukan dramatik ini, yang menarik beribu-

ribu orang pelancong, memaparkan penderitaan

dan kematian Jesus Christ. Penduduk di sini

mengambil bahagian memainkan semua watak.

Persembahan ini mula dipentaskan pada tahun

1634.

UMUM 
DUISBURG

Duisburg (pend. 518 260) ialah bandar

perdagangan dan pembuatan di kawasan Ruhr,

Jerman (lihat Jerman [peta politik]). Ia merupakan

sebuah pelabuhan pedalaman yang terbesar di

barat Eropah.

UMUM 
LESSING, GOTTHOLD EPHRAIM

Lessing, Gotthold Ephraim (1729–1781),

penulis drama, pengkritik dan ahli falsafah Jerman.

Dia sering dianggap sebagai bapa kesusasteraan

moden Jerman. Lessing membantu membebaskan

penulisan Jerman daripada belenggu pengaruh

neoklasik Perancis. Dia mengalih perhatian para

penulis Jerman kepada kesusasteraan Inggeris,

khususnya hasil karya Shakespeare.

UMUM 
NUREMBERG

Nuremberg (pend. 465 255) merupakan sebuah

bandar perindustrian yang terletak di selatan

Jerman. Untuk lokasi Nuremberg, lihat Jerman

(peta politik). Nama Jerman bagi bandar ini ialah

Nürnberg.

UMUM 
ROSTOCK

Rostock (pend. 242 729) merupakan pelabuhan

di Jerman dan pusat perindustrian di Laut Baltik.

Untuk lokasi, lihat Jerman (peta politik). Bandar ini

terletak di muara Sungai Warnow dan merupakan

pusat perkapalan yang penting sejak beberapa

ratus tahun. Rostock merupakan pelabuhan masuk

utama bagi bekalan petroleum Jerman.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas